السلام عليكم.
renungan bersama Abang Ariff serta semua sahabat-sahabat yang dirahmati Allah Subahanallah ta'ala. Semoga Jumaat kali ini Jumaat yang terbaik pada kita semua ان شاء الله.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang2 bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang2 itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan2 yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.
Islam adalah satu2nya agama di dunia yang sangat mendorong umatnya untuk menuntut ilmu. Di dunia moden ini Begitu mudah untuk kita menuntut ilmu untuk kita mempelajarinya menggunakan app dan sebagainya dengan syarat setelah kita memahaminya kita harus berjumpa dengan guru-guru serta para para ustaz yang kita yakini dengan ilmunya. Ulama adalah orang yang sangat memahami permasalahan agama dan mereka merupakan orang yang mendalami ilmu. Di zaman ini, hampir tiada lagi ulama' yang mempunyai penguasaan ilmu yang pelbagai melainkan hanya yang pernah belajar beberapa bidang ilmu tetapi hanya menguasai satu atau dua cabang ilmu sahaja. Berbeza dengan zaman lampau, orang yang disebut sebagai ulama' adalah mereka yang menguasai dengan ahli banyak cabang2 ilmu. Dengan perkataan lain golongan ulama' semakin lama semakin kurang. Justeru, dengan waktu yang semakin singkat di akhir zaman ini ditambah dengan kesibukan dan kelalaian kita sendiri dalam mengurus waktu dan mengambil ilmu daripada mereka kerana kehidupan tidak akan berjalan dengan tertib tanpa bimbingan daripada para ulama'. Namun kenyataannya juga bahawa hari ini ramai orang yang tidak menyedari situasi tersebut hingga mereka mengatur kehidupan dunia mengikut cara mereka sendiri tanpa merasa perlu melibatkan golongan ulama untuk meminta pandangan mahupun nasihat.
Ulama dipinggirkan bahkan dianggap sebagai kelompok yang tidak mengetahui perkembangan zaman dan hanya berbicara dalam masalah ibadah dan akhirat semata. Akibatnya timbul sikap menolak dan meremehkan golongan ulama dan keterlibatan mereka di dalam urusan keduniaan. Justeru tidak hairanlah akan ada manusia yang menjadikan golongan yang jahil dan bodoh sebagai pemimpin mereka hingga akhirnya membawa kemusnahan dan mengundang kecelakaan.
Khamis, 27 April 2017
Selasa, 25 April 2017
السلام عليكم
Dalam perjalanan israk mi'raj Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa ajaib sebangai pengajaran serta keinsafan pada kita semua insya Allah.
Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut:
1)Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang2. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
2)Tempat yang berbau harum. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
3)Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah:Itulah orang yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).
4)Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail: Itulah orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
5)Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.
6) Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.
7)Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
8)Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali2. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
9)Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10)Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
11) Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai hiasan. Rasulullah tidak mempedulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12)Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia2kan umurnya sampai ke tua. Seorang perempuan bongkok 3 menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

السلام عليكم .
Sedikit renungan bersama Abang Ariff serta semua sahabat-sahabat yang dirahmati Allah Insyaallah.
Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya:Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu dari gadis pingitan. Apabila baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya dari wajah baginda.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang paling utama ialah ucapan Laa ilaha illallah (Tidak ada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah membuang duri dari jalan dan sifat malu ialah satu cabang dari iman.(al- Baihaqi). Riwayat: (Muslim)
Di dalam perjalanan manusia sebagai hamba untuk mendekatkan diri kepada-Nya, ˜rasa malu' merupakan tangga yang pertama. Maka, masih sangat jauh sebenarnya kita daripada kewujudan rasa cinta kepada Allah. Rasulullah sekalipun mempunyai rasa malu terhadap Allah SWT. Ia terserlah dalam kisah Mi'raj baginda iaitu di saat Rasulullah menerima perintah secara langsung agar umatnya mengerjakan solat. Di peringkat awalnya, Allah memerintahkan solat sebanyak 50 kali dalam sehari. Baginda menyanggupinya, namun nabi dan Rasul lain yang ditemui dalam perjalanan mikraj tersebut menasihati bahawa tugas itu terlalu berat bagi umat Muhammad. Lantas baginda meminta keringanan sehingga bilangan solat dikurangkan kepada lima kali sehari. Saat itu, baginda diingatkan sekali lagi bahawa solat lima kali sehari pun masih terlampau berat. Namun, baginda berasa amat malu untuk kembali meminta keringanan daripada Allah SWT. Inilah contoh sifat malu yang ada pada diri baginda. Malu untuk mengurangi nilai pengabdian seorang hamba terhadap Tuhannya. Namun kita selaku umatnya tidak pula mempunyai rasa malu mengabaikan perintah solat tersebut dan juga ibadah-ibadah yang lain? Begitulah manusia, lazimnya hanya merasa malu untuk urusan duniawi di hadapan manusia, bukan urusan keakhiratan di hadapan Tuhan. Kita tidak merasa malu dengan dosa yang berbukit yang pernah kita lakukan. Malah mungkin tidak pernah terdetik rasa enggan kita untuk bertemu Allah lantaran merasa malu di atas segala kejahatan yang dilakukan yang tak pernah luput dari pernglihatan Nya? Sesungguhnya kita benar-benar tidak tahu malu. Abdullah Ibn Mas'ud r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Orang yang malu kepada Allah dengan sepenuh malu adalah orang yang menjaga kepalanya dari isinya, menjaga perutnya dari segala rezeki tidak halal, selalu mengingati kematian, meninggalkan kemewahan dunia dan menjadikan perbuatan akhirat sebagai hal yang lebih utama. Sesiapa yang melakukan semua itu, maka ia telah malu kepada Allah dengan sepenuh malu.

Rabu, 29 Mac 2017
السلام عليكم و رحمه الله تعالى و بركاته.
Waalaikummussalam pada yang memberi salam. Sedikit renungan tentang bulan Rejab.
Sama-sama kita berhati-hati di dalam kita berdakwah dan menyampaikan ilmu.
Setiap penyampaian yang kita nampak baik kadang-kadang perkara itu tidak pernah disebut oleh junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda.
Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka).
TIADA SATU HADITH SHAHIH pun berkaitan kelebihan BULAN REJAB SECARA KHUSUS. Yang ada cuma ia bulan haram dan digalakkan berpuasa pada bulan haram. Namun puasa itu boleh dilakukan bila-bila sahaja dalam bulan Rejab. Tidak ditentukan hari-hari tertentu. Demikian yang disebut oleh Ibn Hajar al-Asqalani.
” لم يرد في فضل شهر رجب ولا في صيامه ولا صيام شيء منه معين ولا في قيام ليلة مخصوصة فيه حديث صحيح يصلح للحجة “
Maksudnya: Tidak ada hadis sahih yang boleh dijadikan hujah tentang kelebihan bulan Rejab, begitu juga (tidak ada riwayat) tetang berpuasa padanya, dan berpuasa mana-mana hari daripadanya secara khusus, begitu juga tentang menghidupkan malam tertentu padanya.
Namun tidak salah berdoa selagi tidak disandarkan kepada nabi secara pasti kerana bab doa ini luas. Wallahua'lam.

Selasa, 28 Mac 2017
السلام عليكم و رحمه الله تعالى و بركاته
Sedikit renungan bersama abang Ariff serta sahabat-sahabat yang dirahmati Allah semoga memberi pengajaran kepada kita semua Insyaallah. Sama-sama kita buat renungan bagaimana sifat orang-orang Munafik.
Orang-orang yang menjadikan orang-orang kafir sebagai pemimpin dengan meninggalkan orang-orang mukmin.
Termasuk ciri-ciri orang munafiq yaitu, orang-orang yang menjadikan orang-orang kafir sebagai pemimpin dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Orang-orang munafiq pada hakikatnya berpihak pada orang kafir dan menyembunyikan rasa cinta mereka kepada orang-orang kafir. Orang-orang munafiq itu menganggap orang-orang kafir itu mempunyai kekuatan, sehingga mereka mencari kekuatan dan berlindung di sisi orang kafir itu. Orang-orang munafiq lupa bahwa semua kekuatan itu milik Allah.
Allah telah mengecam orang-orang munafiq itu dengan ancaman siksaan yang sangat pedih di hari akhir.
Kabarkanlah kepada orang-orang munafiq bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih, (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah. (An-Nisa 138-139)
Orang-orang beriman dilarang sekeras2nya untuk tidak mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Jika tidak ingin mendapat kemudaratan dan jika tidak ingin mendapat siksa dari Allah di hari akhir.
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya. (Ali-Imran : 118 )
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu)? ( An-Nisa : 144)
Istilah ‘wali’ disini ialah berteman dengan mereka, setia dan ikhlas, dan merasiakan kecintaan serta membuka rasia orang-orang mukmin kepada orang-orang kafir.
Subhanallah marilah sama-sama
Kita jauhi dari sifat-sifat orang munafik.

Khamis, 9 Mac 2017
BALASAN PADA YANG SUKA MENFITNAH SERTA YANG SUKA MENHINA SESAMA ISLAM.
السلام عليكم ورحمه الله تعالى و بركاته
Sedikit renungan bersama Abg Ariff serta semua sahabat2 yang dirahmati Allah.
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum merendahkan kaum yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang direndahkan) lebih baik dari mereka (yang merendahkan)
(QS. Al-Hujurat: 11) Yakni, jangan merendahkan orang atau kaum tertentu. Meremehkan dan memandang hina orang lain termasuk kesombongan.
Rasulullah SAW bersabda, Tidak akan masuk surga orang yang didalam hatinya terdapat sebutir debu dari kesombongan. (HR. Muslim)
Kesombongan, walau hanya sebesar butir debu, akan menghalangi orang untuk masuk ke dalam surga. Rasulullah SAW bersabda, Kesombongan itu menolak kebenaran dan meremehkan orang lain.
Menghina dan meremehkan orang lain adalah tindakan zalim dan dosa. Jika kita meremehkan orang lain, maka pahala kebaikan kita akan hilang dan kita akan mendapatkan murka Allah SWT.
Ingatlah sabda Rasulullah SAW kepada Abu Dzar, setelah Abu Dzar mencaci orang lain dengan menyebut ibunya. Apa yang dikatakan Rasulullah kepada Abu Dzar? Beliau bersabda, “Sesungguhnya engkau seorang yang didalam dirimu masih ada sifat jahiliyah. (HR. Bukhari)
Bukhari membuat bab tersendiri, dalam bukunya, yang membahas tentang ayat, Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan)dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk.Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Hujurat: 11) Di dalam bab ini Bukhari menyebutkan dua hadits:
1. Dari Abdullah ibn Zama’ah, ‘Rasulullah melarang orang menertawakan (orang lain) kerana sesuatu yang keluar dari dalam tubuhnya.(HR. Bukhari)
2. Dari Abdullah Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah mengharamkan (untuk dilanggar) atas kalian darah-darah kalian, harta kalian dan harga diri kalian, sebagaimana haramnya hari kalian ini, dalam bulan ini, di kota ini. (HR. Bukhari)
Termasuk bentuk meremehkan orang lain adalah meremehkan mereka kerana dosa dan kesalahan yang mereka lakukan. Apalagi jika ternyata mereka telah bertobat dari dosa dan kesalahannya.
Firman Allah, Boleh jadi mereka yang diremehkan itu lebih baik daripada mereka yang meremehkan.( Al-Hujurat: 11) mereka yang diremehkan blh jadi lebih baik dan lebih mulia di sisi Allah daripada mereka yang meremehkan. Orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa.
Allah berfirman, Sesungguhnya orang yang termulia disisi Allah adalah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Pandai.(Al-Hujurat: 13)
“Sesungguhnya barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan berdosa, maka sesungguhnya baginya neraka Jahannam. Ia tidak mati di dalamnya dan tidak (pula) hidup. Dan barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman, Dan bersungguh-sungguh beramal soleh, maka mereka itulah orang-orang yang memperoleh tempat-tempat yang tinggi (mulia), (yaitu) surga ‘Adn yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Dan itu adalah balasan bagi orang yang bersih (dari kekafiran dan kemaksiatan).(QS. Thaha: 74-76)
“Dan janganlah sekali-kali orang kafir menyangka bahwa pemberian tangguh Kami kepada mereka adalah lebih baik bagi mereka. Sesungguhnya Kami memberi tangguh kepada mereka hanyalah supaya bertambah-tambah dosa mereka; dan bagi mereka azab yang menghinakan.( Ali-Imran: 178)
“Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa itu lebih mulia dari pada mereka di hari Kiamat. Dan Allah memberi rezki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas.” (Al-Baqarah: 212)
Rasulullah SAW ditanya, “Siapakah orang yang paling mulia? Rasulullah menjawab, “Orang yang paling bertaqwa kepada Allah.( Bukhari dan Muslim)
Bukhari meriwayatkan dari Sahal ibn Sa’ad as-Saidi, “Seorang laki-laki datang didepan Rasulullah, Rasulullah berkata kepada seseorang yang duduk disisi beliau, “Bagaimana pendapatmu tentang orang ini? Orang yang disisi Nabi itu menjawab, “Ia adalah dari golongan terhormat. Demi Allah, jika ia meminang, ia pasti diterima; jika ia meminta bantuan, pasti dibantu.” Rasulullah SAW diam. Kemudian datang orang yang lain. Dan Rasulullah pun bertanya kepada orang yang disampingnya tadi, “Bagaimana pendapatmu tentang yang ini? Orang itu menjawab, “Wahai Rasulullah, dia orang dari golongan muslim yang miskin. Jika ia meminang, pasti ditolak; jika ia minta bantuan, pasti tidak ada yang membantu; jika ia berkata, pasti tidak ada yang mendengarkan ucapannya.” Kemudian Rasulullah SAW berkata, “Orang ini (yang miskin) lebih baik daripada bumi dengan segala isinya dan orang yang tadi (yang dari golongan terhormat).(HR. Bukhari)
Dalam hadits ini mungkin orang miskin itu lebih baik agamanya daripada orang yang dari golongan terhormat.
Dalam Shahih Muslim disebutkan bahwa Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa kalian, tidak pula melihat harta kalian. Tetapi Allah melihat hati dan perbuatan kalian.”
Perhatikanlah bayi kecil yang boleh berkata2 untuk mengukuhkan kebenaran. Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, “Nabi SAW bersabda, ‘Hanya ada tiga bayi yang boleh berkata2 ketika masih dalam buaian…’ Kemudian lanjutan hadits itu adalah, ‘Ketika seorang bayi sedang menyusu pada ibunya, datanglah seseorang dengan menunggang kuda yang gagah dan berpenampilan menarik. Sang ibu berkata, ‘Ya Allah jadikanlah anakku seperti orang ini.’ Lalu anak itu melepaskan mulutnya dari puting susu ibunya, melihat orang itu dan berkata, ‘Ya Allah, jangan Engkau jadikan aku seperti orang itu!’ Kemudian bayi itu kembali menyusu.’ Aku (Abu Hurairah) berkata, ‘Aku melihat Rasulullah menceritakan kasih itu dengan penuh penghayatan. Sampai-sampai, ketika berkata ‘bayi itu menyusu’, beliau tanpa sadar menhisap jari tangannya.’ ‘Kemudian (dihadapan ibu dan bayi tadi) datang banyak orang menggiring seorang sahaya sambil memukuli dan memakinya, ‘Engkau berzina dan mencuri!’ Sedang sahaya itu berkata, “Allah mencukupi aku dan Dialah pelindung yang paling baik”
Melihat itu sang ibu berucap, ‘Ya Allah, jangan jadikan anakku seperti dia.’ Bayi yang didukun tersebut segera melepaskan puting ibunya, menatap sahaya itu dan berkata, ‘Ya Allah, jadikanlah aku seperti dia.’ Sang ibu bertanya kepada bayinya tentang apa saja yang baru ia alami. Sang bayi menjelaskan kepaa ibunya bahwa sahaya wanita itu tidak berzina dan tidak mencuri. Sedangkan laki-laki dengan kendaraan yang gagah itu adalah seorang penindas.
Firman Allah, …dan jangan pula wanita-wanita (meremehkan) wanita-wanita lainnya, (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diremehkan) lebih baik dari wanita (yang meremehkan). (Al-Hujurat: 11) Ini memberi peringatan terhadap kaum wanita agar tidak menyombongkan diri. Para wanita adalah “kurang daya dan ugamanya”, dan saling menyombongkan diri itu sering terjadi kalangan kaum wanita. Itulah alasan mengapa mereka disebut secara khusus dalam ayat ini.
Semuga sedikit renungan menjadi pengajaran pada kiita semua insya Allah.

Ahad, 22 Januari 2017
Assalamualaikum ramai sahabat2 yg bertanya tentang hadis yang Abg Ariff post kemarin apa pula tanggungjawab suami pada isteri.
Firman Allah
Lelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa2 yg Allah telah lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yg lain, dan lantaran lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka. Perempuan2 yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga diri di belakang suami akan apa2 yang disuruh Allah menjaganya.
(An-Nisak:34)
Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya.
Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan orang2 dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak2nya. Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar, oleh itu si suami hendaklah bersedia untuk memimpin sebuah kerajaan yang dibinanya.
suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.
Firman Allah
Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik.
(Al-Baqarah:233)
Tanggungjawab suami (Hak Isteri)
1.Memberi nafkah zahir dan batin
2.Membayar mas kahwin kepada isteri
3.Memberi layanan yang baik
4.Menjaga maruah isteri
5.Memberi didikan agama
6.Memberi bimbingan dan tunjuk ajar
7.Menjaga dari sebarang ancaman
8.Adil terhadap semua isteri
Tanggungjawab isteri terhadap suami (Hak Suami)
1.Taat dan hormat kepada suami
2.Menjaga maruah suami
3.Memberi layanan yang baik
4.Memuaskan hati suami dan menyenangkan pada bila-bila masa
5.Menjaga dan membelanjakan harta suami dengan sebaiknya
6.Tidak keluar rumah tanpa izin
7.Tidak mendedahkan kelemahan suami
Tanggungjawab bersama
1.Mengekalkan kerukunan rumahtangga
2.Memelihara dan menjaga anak-anak
3.Memberi pendidikan yang sempurna
4.Memberikan layanan yang saksama kepada keluarga kedua-dua belah pihak
5.Menyediakan rawatan dan perubatan
6.Menjamin keselamatan
Insya Allah semuga kita semua mendapat keredaan Allah serta menjaga hukum2 Allah.
Yang terakhirnya semoga kita semua menjaga serta bertanggungjawab mengikuti perkara-perkara yang disuruh oleh allah serta bertanggungjawab di atas keluarga kita insyaallah kita akan selamat di dunia mahupun di akhirat amin.. amin.

Langgan:
Catatan (Atom)