Selasa, 28 Mac 2023

WANITA SOLEHAH DISEBUTKAN ALLAH

 WANITA SOLEHAH DISEBUTKAN ALLAH


“Apabila seorang wanita solat lima waktu, puasa sebulan di bulan Ramadan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai.”

(Hadis Riwayat Ahmad)


Berpandukan firman tersebut disenaraikan beberapa ciri wanita dan isteri solehah yang disebutkan oleh Allah:

1. Muslimat

Wanita-wanita yang ikhlas kepada Allah SWT dengan tunduk kepada perintahNya dan suruhan RasulNya.


2. Mukminat

Wanita-wanita yang mengakui perintah dan larangan Allah SWT.


3. Qanitat

Wanita-wanita yang taat kepada Allah.


4. Taibat

Wanita-wanita yang sentiasa bertaubat dari dosa-dosanya yang lampau dan kembali kepada perintah Rasulullah SAW walaupun harus meninggalkan segala kesenangan nafsu mereka.


5. Abidat

Wanita-wanita yang banyak melakukan ibadah kepada Allah SWT dengan mentauhidkan dirinya.


6. Saihat

Wanita-wanita yang sering berpuasa tidak kira dari kalangan janda atau pun anak dara.


Sesungguhnya mana-mana wanita yang sentiasa melakukan segala suruhan dan meninggalkan setiap larangan Allah pasti akan ditempatkan dalam golongan wanita yang dirahmati dan diberkati.


Isteri yang yang bagaimana yang layak menghuni syurga?

Allah SWT berfirman:


“Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kalian yang menjadi penghuni surga iaitu isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: ‘Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda”

(Hadis Riwayat An-Nasai)


Berdasarkan firman tersebut dapat disimpulkan bahawa, ciri-ciri wanita dan isteri solehah adalah:

Wanita yang mempunyai kasih sayang dan sentiasa mencari keredaan suaminya.

Wanita yang melayani suaminya dengan cara yang paling terbaik (sedia berkhidmat kepada suami) dengan menyiapkan segala keperluannya.

Wanita yang menjaga rahsia dan amanah suami,

Wanita yang selalu berpenampilan menarik di hadapan suaminya sehingga akan menyenangkannya.

Ketika bersama suaminya, wanita solehah itu tidak melakukan hal yang boleh menghalang suaminya untuk bermesra dengannya.

Wanita yang sentiasa bersyukur akan segala kebaikan dan pemberian suami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan