Rabu, 29 Mac 2017

السلام عليكم و رحمه الله تعالى و بركاته.
Waalaikummussalam pada yang memberi salam. Sedikit renungan tentang bulan Rejab.

Sama-sama kita berhati-hati di dalam kita berdakwah dan menyampaikan ilmu.
Setiap penyampaian yang kita nampak baik kadang-kadang perkara itu tidak pernah disebut oleh junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda.
Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka).

TIADA SATU HADITH SHAHIH pun berkaitan kelebihan BULAN REJAB SECARA KHUSUS. Yang ada cuma ia bulan haram dan digalakkan berpuasa pada bulan haram. Namun puasa itu boleh dilakukan bila-bila sahaja dalam bulan Rejab. Tidak ditentukan hari-hari tertentu. Demikian yang disebut oleh Ibn Hajar al-Asqalani.

” لم يرد في فضل شهر رجب ولا في صيامه ولا صيام شيء منه معين ولا في قيام ليلة مخصوصة فيه حديث صحيح يصلح للحجة “

Maksudnya: Tidak ada hadis sahih yang boleh dijadikan hujah tentang kelebihan bulan Rejab, begitu juga (tidak ada riwayat) tetang berpuasa padanya, dan berpuasa mana-mana hari daripadanya secara khusus, begitu juga tentang menghidupkan malam tertentu padanya.

Namun tidak salah berdoa selagi tidak disandarkan kepada nabi secara pasti kerana bab doa ini luas. Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan