Assalamualaikum ramai sahabat2 yg bertanya tentang hadis yang Abg Ariff post kemarin apa pula tanggungjawab suami pada isteri.
Firman Allah
Lelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa2 yg Allah telah lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yg lain, dan lantaran lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka. Perempuan2 yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga diri di belakang suami akan apa2 yang disuruh Allah menjaganya.
(An-Nisak:34)
Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya.
Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan orang2 dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak2nya. Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar, oleh itu si suami hendaklah bersedia untuk memimpin sebuah kerajaan yang dibinanya.
suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.
Firman Allah
Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik.
(Al-Baqarah:233)
Tanggungjawab suami (Hak Isteri)
1.Memberi nafkah zahir dan batin
2.Membayar mas kahwin kepada isteri
3.Memberi layanan yang baik
4.Menjaga maruah isteri
5.Memberi didikan agama
6.Memberi bimbingan dan tunjuk ajar
7.Menjaga dari sebarang ancaman
8.Adil terhadap semua isteri
Tanggungjawab isteri terhadap suami (Hak Suami)
1.Taat dan hormat kepada suami
2.Menjaga maruah suami
3.Memberi layanan yang baik
4.Memuaskan hati suami dan menyenangkan pada bila-bila masa
5.Menjaga dan membelanjakan harta suami dengan sebaiknya
6.Tidak keluar rumah tanpa izin
7.Tidak mendedahkan kelemahan suami
Tanggungjawab bersama
1.Mengekalkan kerukunan rumahtangga
2.Memelihara dan menjaga anak-anak
3.Memberi pendidikan yang sempurna
4.Memberikan layanan yang saksama kepada keluarga kedua-dua belah pihak
5.Menyediakan rawatan dan perubatan
6.Menjamin keselamatan
Insya Allah semuga kita semua mendapat keredaan Allah serta menjaga hukum2 Allah.
Yang terakhirnya semoga kita semua menjaga serta bertanggungjawab mengikuti perkara-perkara yang disuruh oleh allah serta bertanggungjawab di atas keluarga kita insyaallah kita akan selamat di dunia mahupun di akhirat amin.. amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan