Ahad, 31 Julai 2016

Assalamualaikum renungan bersama insya Allah.
Drpd  Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Allah berfirman dalam hadis  Qudsi yang bermaksud, “tiada balasan bagi seseorang hambaku yg telah Aku ambil kembali kekasihnya di dunia, kemudian dia mengharapkan pahala daripadaku melainkan (orang itu akan mendapat balasan) syurga.” Antara musibah yg menimpa manusia yg beriman dan dituntut bersabar ialah kehilangan orang yg disayangi. (Riwayat:  Bukhari)

Orang kafir tidak akan mendapat sebarang ganjaran daripada amalan yang baik kerana dia tidak beriman kepada Allah dan tidak percaya adanya ganjaran itu.

Mengharapkan ganjaran pahala dan bersabar atas musibah adalah tanda kesempurnaan iman seseorang, manakala marah dan gelisah atas musibah menunjukkan kelemahan iman.

Seseorang perlu bersabar  ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau ibu bapa, kerana ganjaran sabar di sisi Allah ialah syurga.

Tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar menghadapi bala dunia.

Khamis, 28 Julai 2016

Assalamualaikum muga kita semua setiasa mengingati di manakah kita setelah kita mati marilah sama2 kita merenung sejenak insya Allah.    
Dari Abu Sa'id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: 'Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya: 'Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat'. Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: 'Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu'; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu). Dan sebaliknya apabila oarang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: 'Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu'. Nabi s.a.w bersabda lagi: 'Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya'. Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w , (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: 'Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)'. Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: 'Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka'.
Dari Abu Sa'id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: 'Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya: 'Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat'. Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: 'Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu'; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu). Dan sebaliknya apabila oarang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: 'Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu'. Nabi s.a.w bersabda lagi: 'Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya'. Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w , (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: 'Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)'. Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: 'Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka'.

Khamis, 14 Julai 2016

Assalamualaikum marilah bersama2 Abg Ariif sahabat2 kita renungkan kelebihan yg banyak hari Jumaat insya Allah, Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah (mandi dengan membersih seluruh tubuh badan), kemudian dia pergi ke Jumaat (solat Jumaat) (sebagai orang yang pertama sampai) maka sama halnya seperti orang yang berkorban seekor unta; dan sesiapa yg datang sebagai orang kedua, sama halnya seperti orang yg berkorban seekor lembu betina; sesiapa yang datang sebagai orang ketiga, sama halnya seperti orang yg berkorban seekor biri2 bertanduk; sesiapa yg datang sebagai orang keempat, sama halnya dengan seorang yg berkorban seekor ayam; dan sesiapa yg datang sebagai orang kelima; sama halnya dengan orang yg berkorban dengan sebutir telur. Apabila imam telah menaiki mimbar maka para malaikat yg hadir juga ikut mendengar khutbah.

Allah menetapkan kelebihan tertentu pada tempat dan masa. Contohnya Allah melimpahkan berkatnya terhadap Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah drpd segala tempat lain di dunia ini. Begitu juga dengan kelebihan masa iaitu Allah SWT telah melebihkan Ramadhan daripada segala bulan yang lain dan Allah juga melebihkan hari Jumaat daripada segala hari yg lain dalam seminggu. Hari Jumaat juga dinamakan ˜Yaumul-mazid' iaitu hari pemberian tambahan kerana pada hari berkenaan, Allah mengurniakan rahmat yg banyak kepada hambanya. Segala permohonan seseorang hamba itu akan dikabulkan sekiranya permohonan itu menepati waktu yang dinamakan ˜waktu mustajab'. Betapa mulianya hari Jumaat ini hingga Allah juga mensyariatkan agar dikerjakan solat khusus pada hari tersebut iaitu yg dinamakan solat Jumaat di mana bagi setiap orang yg pergi menunaikan solat tersebut disediakan ganjaran yang amat besar yang tidak ada pada hari2 yg lain. Tetapi malang sekali ada juga antara kita yg berasakan hari Jumaat adalah sama seperti hari2 lain. Ini menyebabkan mereka mengisi hari tersebut dengan hati yg kosong, tanpa doa dan harapan kepada penciptanya. Lebih malang lagi, ada pula yang sanggup meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja, tanpa rasa berdosa kepada Allah SWT. Golongan ini bukan sahaja lupa pada kewajipan mereka terhadap Allah, malah mereka lupa pada azab Allah yg bakal menimpa. Jauh sekali ingin meraih seribu satu keuntungan daripada kemuliaan hari tersebut.

Jumaat, 6 Mei 2016

Assalamualaikum sedikit renungan tentang kiamat
Drpd Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi
qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari
dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".
(Riwayat Tirmizi)

Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat kita berbuat sesuatu, tiba2 masa sudah berlalu begitu cepat, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan2 terlau sibuk dgn hal2 yg tiada apa2 munafaat, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yg dimaksudkan dengan
singkatnya masa. Menurut Imam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. Memang benar apa yang dikatakan oleh
Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yg dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang hanya sikit perkara2
yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya qiamat.subhanallah.

Khamis, 31 Mac 2016

Assalamualaikum semuga semua sahabat2 bersama keredoan Allah insya Allah sedikit renungan bersama Abg Ariff tentang JUMAAT.
Hari Jumaat adalah hari2 besar di sisi Allah dan dikhususkan bagi umatnya. Ini jelas daripada Firman Allah : Apabila diseru untuk bersembahyang pada hari Jumaat maka segeralah kamu mengingati Allah serta tinggalkan jual beli. Inilah yang lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui. (Jumaah ayat 9)

Dalam ayat itu, Allah melarang manusia bekerja dan berusaha untuk kepentingan dunia sebaik ia mendengar seruan azan solat Jumaat. Larangan ini menggambarkan bahawa menunaikan fardu Jumaat penting dan wajib dikerjakan.

Dalam hadis lain Rasulullah mengatakan hari Jumaat adalah hari yang besar disisi Allah. Ia lebih besar daripada Aidilfitri dan Aidiladha.

Pada hari Jumaat kita disunatkan pergi ke masjid awal,sekurang2nya sebelum tergelincir mata hari mlm jumaat. Ini kerana pada setiap hari Jumaat, Allah mengutus malaikat berdiri di pintu masjid untuk mencatat nama mereka yang masuk. Apabila khatib naik ke mimbar, berhentilah mereka mencatatnya.

Dalam perjalanan ke masjid kita hendaklah dalam keadaan khusyuk dan merendahkan diri. Apabila berada dalam masjid, janganlah melangkah kepala orang untuk kesaf hadapan atau berjalan di sisi mereka. Jika hendak duduk di saf hadapan, kita hendaklah datang awal kerana Rasulullah sangat melarang  melangkah kepala orang. Apabila masuk masjid, hendaklah kita solat dua rakaat tahayattul masjid walaupun pada masa itu khatib sedang berkhutbah.

Sebaik2nya hendaklah ia solat di tiang yang terdekat dengannya supaya orang ramai tidak lalu di hadapannya ketika ia sedang solat. .Ketika imam berkhutbah, kita hendaklah  mendengar nasihat dan tunjuk ajar yang disampaikan. Anggaplah nasihat itu untuk diri kita dan berazamlah untuk melaksanakan segala nasihat tersebut.

Jangan sekali2 berkata2 atau bercakap dengan teman ketika imam berkhutbah. Larangan ini jelas daripada sabda Rasulullah:"Sesiapa yang berkata kepada temannya sedangkan imam masih berkhutbah: Dengarlah! Maka dia telah lalai, dan barang siapa yang lalai pada waktu imam sedang berkhutbah maka tiada Jumaat baginya. ( Riwayat Ibn Majah)

Ahad, 20 Mac 2016

Tips Cara Mendapatkan WhatsApp - Aplikasi chat WhatsApp, siapa yang tidak menggunakannya saat ini, hampir sebahagian pengguna telefon pintar pada masa ini menggunakan WhatsApp, data Januari 2015 mencatatkan bahawa pengguna WhatsApp mencapai angka 700 bilion pengguna. Wow !!
WhatsApp
Sebegitu ramainya pengguna WhatsApp, kita berkongsi video, kenalan, mesej yang penting dan bahkan butiran sensitif seperti akaun bank di WhatsApp. WhatsApp mempunyai data peribadi yang sangat banyak. Anda sebagai pengguna WhatsApp perlu mengetahui beberapa tips untuk mendapatkan berbual peribadi anda. Berikut adalah beberapa tips untuk mengamankan perbualan WhatsApp anda.

1. Mengunci WhatsApp

Whatapps memang tidak memberikan ciri-ciri khusus untuk mengunci, tapi anda boleh menggunakan aplikasi pihak ketiga yang menawarkan fungsi kunci WhatsApp. Jika anda kehilangan telefon bimbit atau rakan anda meminjam telefon bimbit, perbualan peribadi anda boleh dilindungi. Aplikasi seperti Messanger & Chat Lock, Lock for WhatsApp dan Secure Chat adalah beberapa pilihan yang boleh anda gunakan.

2. Sembunyikan Foto WhatsApp di Gallery.

WhatsApp bisanya akan membuat folder tersendiri untuk menampung video dan foto yang dihantar oleh rakan anda. WhatsApp akan membuat folder "WhatsApp Videos" dan "WhatsApp Photos" di gallery. Untuk menghalang folder tersebut agar tidak muncul di gallery cukup mudah.
di iPhone, Masuk menu Ke Tetapan -> Privasi -> Foto -> Buang tanda WhatsApp .
Pada Android, buka aplikasi File Manager yang anda miliki (anda boleh cari dan install di PlayStore)> masuk ke folder WhatsApp  -> Media  -> WhatsApps Image . 
Lalu buat satu fail dengan nama ' .nomedia ' di dalam folder tersebut (tanda tanda kutip ).
Dengan cara-cara tersebut maka gambar dan video yang ada di WhatsApp anda tidak akan muncul di Gallery.

3. Matikan Maklumat Last Seen

Di Whatsapp kita boleh mengetahui kapan seseorang terakhir kali online atau membuka aplikasi WhatsApp dengan cara melihat pada maklumat Last seen. Dengan status yang tertulis di situ sebenarnya kita boleh mengetahui sama ada seseorang sedang online atau offline. Nah untuk anda yang tidak ingin orang lain mengetahui sama ada anda online atau tidak, atau tidak ingin orang lain tau kapan terakhir kali anda dalam talian maka anda boleh mematikan atau menghilangkan maklumat Last Seen tersebut, caranya.
Buka WhatsApps  -> Akaun  -> Privasi  -> Kemunculan Terakhir  -> " Tiada siapa ".
keterangan:
  • Nobody: Semua orang tidak boleh melihat.
  • My Contacts: Hanya yang berdaftar di kenalan kita sahaja yang boleh melihat
  • Nobody: Semua orang tidak boleh melihat

4. Sembunyikan Photo Profile

Selain kita boleh menetapkan siapa yang boleh atau tidak boleh melihat Last Seen, kita juga boleh menyekat orang lain untuk tidak melihat gambar profile kita, atau kita boleh juga menetapkan hanya yang ada pada kenalan kita yang boleh melihat Gambar Profil, yang belum ada di kenalan tidak boleh melihat. Untuk itu kita boleh tetapkan di:WhatsApp  -> Account  -> Privacy  -> Profile Photo  -> " Nobody "

5. Sembunyikan Status

Selain Maklumat Last Seen dan Gambar Profil, kita juga boleh mematikan status agar semua orang boleh lihat, atau hanya orang yang berdaftar di kenalan yang boleh lihat atau semua orang tidak boleh melihat. Boleh diatur di: WhatsApps -> Account -> Privacy -> Status -> " Nobody "

6. Hati-Hati Penipuan Melalui WhatsApp

Sering kali terjadi penipuan melalui WhatsApps, oleh kerana itu selalu hadkan orang yang anda benarkan untuk mengetahui nombor tel anda, jangan berikan kepada sembarangan orang.
Selain itu perlu anda ketahui agar tidak berlaku penipuan yang mengatas namakan pegawai atau pekerja WhatsApps, bahawa WhatsApp tidak pernah setakat ini menghantar mesej kepada anda melalui chat , video, audio. Jadi jika anda menerima dari orang yang mengaku pegawai / pekerja WhatsApp maka dan boleh abaikan saja mesej tersebut.

7. Non-Aktifkan Akaun WhatsApp

WhatsApp menawarkan pelbagai langkah keselamatan untuk memberikan kawalan lebih besar kepada akaun anda jika peranti / telefon bimbit anda tersebut dicuri. Satu akaun WhatsApp boleh digunakan hanya pada satu peranti sahaja dalam satu masa. Misalnya ada kes telefon bimbit anda dicuri atau hilang, maka anda boleh mengunci kad SIM anda dengan meminta bantuan provider yang anda gunakan (yang penting hafal nombor tersebut) lalu meminta kad SIM baru dengan nombor yang sama sebagai penggantinya. Anda perlu mengaktifkan WhatsApp dengan kad SIM pengganti tersebut pada peranti anda yang baru dengan secepat mungkin. Jika tidak membolehkan anda boleh melawat laman web WhatsApp dan ikuti prosedur ringkas untuk mematikan akaun anda.

8. Berhati-hati berkomunikasi di WhatsApp

Walaupun WhatsApps adalah aplikasi yang sangat baik untuk melakukan sharing kepada rakan-rakan anda, namun anda tetap perlu waspada ketika melakukan perbualan, tetap menggunakan akal sehat dalam berkomunikasi di WhatsApp. Jangan pernah menghantar maklumat sensitif seperti butiran akaun bank, butiran kad kredit, maklumat pasport, password website, password e-mel atau apa-apa yang boleh merugikan diri anda.

9. Blok akaun pembuli.

Jika anda merasa terganggu dengan orang atau rakan anda yang tidak anda kehendaki untuk chat, maka anda boleh menghalang dia agar tidak boleh menghantar mesej kepada anda, tidak boleh melihat foto, last seen mahupun status anda. Caranya buka WhatsApps -> Klik Salah Satu Akaun ( yang ingin anda blok ) -> Klik icon / menu tetapan yang ada di kanan atas -> pilih More -> Block .

10. Padam Perbualan.

Jika anda tidak ingin orang lain membaca chattingan anda, maka anda boleh memadam chat anda, caranya bukaWhatsApps -> Klik Salah Satu Akaun ( yang ingin anda blok ) -> Klik icon / menu tetapan yang ada di kanan atas -> pilih More -> clear Conversation .

11. WhatsApps Web.

WhatsApp baru-baru ini melancarkan perkhidmatan web mereka. Perkhidmatan pencerminan ini boleh bekerja melalui rangkaian WI-FI di pelayar desktop anda. Jika anda lupa log out dari WhatsApp web tersebut, maka ada peluang orang lain boleh membuka dan membaca isi chatingan anda, jadi jangan lupa log out selepas menggunakan WhatsApp web, apatah lagi jika anda menggunakan dikomputer selain komputer peribadi anda, contohnya di kafe siber atau di komputer pejabat , atau ditempat-tempat umum lainnya.
Itulah beberapa tips cara mengamankan WhatsApp yang boleh jurnal web berikan kepada anda, mungkin masih banyak cara-cara lain yang belum tertulis di artikel ini, anda boleh menambah dibahagian komen jika mengetahui cara-cara lain mendapatkan chat whatsapp anda. Sampai jumpa di artikel jurnal web berikutnya
Assamualaikum sedikit renungan bersama Abg Ariff saat2 kita dikuburkan insya Allah.Rasulullah s.a.w bersabda: 'Apabila si mati dikuburkan.., datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama 'Munkar' dan yang satulagi disebut dengan nama 'Nakir', (lalu keduanya mendudukan si mati itu.

Setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:'Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)? (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud: Mereka bertanya kepadanya: 'Apa yang engkau pernah sembah? Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: 'Aku menyembah Allah! Kemudian ia ditanya lagi: 'Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)? (Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: 'Siapa Tuhanmu?' Ia menjawab: 'Tuhanku ialah Allah!' Mereka bertanya lagi: 'Apa agama mu?' Ia menjawab: 'Agamaku ialah Islam!' Mereka bertanya lagi: 'Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?' Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: 'Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!' Mereka berkata kepadanya: 'Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian'; (Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: 'Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: 'Sungguh benar hambaku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga'. 'Rasulullah s.a.w bersabda lagi: 'Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya ); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: 'Tidurlah!' Lalu ia berkata: 'Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?' Dua Malaikat itu berkata kepadanya: 'Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih2 ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu.

Jika si mati itu seoarang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: 'Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak'. Lalu dua Malaikat itu berkata: 'Memang kami tahu engkau berkata demikian'; (dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud: 'Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: 'Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka'. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: 'Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang2 rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya.'