Khamis, 14 Julai 2016

Assalamualaikum marilah bersama2 Abg Ariif sahabat2 kita renungkan kelebihan yg banyak hari Jumaat insya Allah, Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah (mandi dengan membersih seluruh tubuh badan), kemudian dia pergi ke Jumaat (solat Jumaat) (sebagai orang yang pertama sampai) maka sama halnya seperti orang yang berkorban seekor unta; dan sesiapa yg datang sebagai orang kedua, sama halnya seperti orang yg berkorban seekor lembu betina; sesiapa yang datang sebagai orang ketiga, sama halnya seperti orang yg berkorban seekor biri2 bertanduk; sesiapa yg datang sebagai orang keempat, sama halnya dengan seorang yg berkorban seekor ayam; dan sesiapa yg datang sebagai orang kelima; sama halnya dengan orang yg berkorban dengan sebutir telur. Apabila imam telah menaiki mimbar maka para malaikat yg hadir juga ikut mendengar khutbah.

Allah menetapkan kelebihan tertentu pada tempat dan masa. Contohnya Allah melimpahkan berkatnya terhadap Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah drpd segala tempat lain di dunia ini. Begitu juga dengan kelebihan masa iaitu Allah SWT telah melebihkan Ramadhan daripada segala bulan yang lain dan Allah juga melebihkan hari Jumaat daripada segala hari yg lain dalam seminggu. Hari Jumaat juga dinamakan ˜Yaumul-mazid' iaitu hari pemberian tambahan kerana pada hari berkenaan, Allah mengurniakan rahmat yg banyak kepada hambanya. Segala permohonan seseorang hamba itu akan dikabulkan sekiranya permohonan itu menepati waktu yang dinamakan ˜waktu mustajab'. Betapa mulianya hari Jumaat ini hingga Allah juga mensyariatkan agar dikerjakan solat khusus pada hari tersebut iaitu yg dinamakan solat Jumaat di mana bagi setiap orang yg pergi menunaikan solat tersebut disediakan ganjaran yang amat besar yang tidak ada pada hari2 yg lain. Tetapi malang sekali ada juga antara kita yg berasakan hari Jumaat adalah sama seperti hari2 lain. Ini menyebabkan mereka mengisi hari tersebut dengan hati yg kosong, tanpa doa dan harapan kepada penciptanya. Lebih malang lagi, ada pula yang sanggup meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja, tanpa rasa berdosa kepada Allah SWT. Golongan ini bukan sahaja lupa pada kewajipan mereka terhadap Allah, malah mereka lupa pada azab Allah yg bakal menimpa. Jauh sekali ingin meraih seribu satu keuntungan daripada kemuliaan hari tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan