Assalamualaikum renungan bersama insya Allah.
Drpd Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Allah berfirman dalam hadis Qudsi yang bermaksud, “tiada balasan bagi seseorang hambaku yg telah Aku ambil kembali kekasihnya di dunia, kemudian dia mengharapkan pahala daripadaku melainkan (orang itu akan mendapat balasan) syurga.” Antara musibah yg menimpa manusia yg beriman dan dituntut bersabar ialah kehilangan orang yg disayangi. (Riwayat: Bukhari)
Orang kafir tidak akan mendapat sebarang ganjaran daripada amalan yang baik kerana dia tidak beriman kepada Allah dan tidak percaya adanya ganjaran itu.
Mengharapkan ganjaran pahala dan bersabar atas musibah adalah tanda kesempurnaan iman seseorang, manakala marah dan gelisah atas musibah menunjukkan kelemahan iman.
Seseorang perlu bersabar ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau ibu bapa, kerana ganjaran sabar di sisi Allah ialah syurga.
Tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar menghadapi bala dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan