Jumaat, 12 Februari 2021

  Maksudnya:

Ya Allah, bagiMu segala puji, Engkaulah penegak langit dan bumi serta segala isinya. BagiMulah segala puji, Engkau raja penguasa langit dan bumi. BagiMulah segala puji, pemancar cahaya langit dan bumi. BagiMulah segala puji, Engkaulah yang benar, janjiMu adalah benar, perjumpaanMu itu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar, dan hari Kiamat adalah benar. Ya Allah, kepadaMulah aku berserah diri, kepadaMulah aku kembali, kepadaMulah aku rindu, dan kepada Engkaulah aku berhukum. Ampunilah aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan yang sebelumnya, baik yang aku sembunyikan mahupun yang dinyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (kekuasaan) Allah.

Ahad, 31 Januari 2021

Keikhlasan Dalam Menuntut Ilmu

 السلام عليكم

Renungan bersama insya Allah.

Keikhlasan Dalam Menuntut Ilmu

Hadis dan huraian

      Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.Riwayat Abu Daud


Orang yang berilmu dijanjikan Allah kedudukan yang tinggi di dunia mahupun di akhirat kelak.


Islam menuntut keihlasan niat dalam segala perkara termasuklah dalam menuntut ilmu sama ada yang berbentuk keduniaan atau ilmu agama.


Dengan perkataan lain, setiap ilmu yang dituntut janganlah terkeluar daripada landasan syariat.


Ia mestilah dimanfaatkan untuk kebaikan di dunia dan akhirat serta mengutamakan kebajikan manusia sejagat bukannya untuk kepentingan dunia semata seperti mengumpul harta, merebut kenaikan pangkat atau mengejar ˜glamour' dan sebagainya.

Sabtu, 16 Januari 2021

Keadaan Seseorang Ketika Dalam Kubur

 

Keadaan Seseorang Ketika Dalam Kubur

Hadis dan huraian
Riwayat:  Abu Hurairah r.a

      Rasulullah s.a.w bersabda: 'Apabila si mati dikuburkan.., datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama 'Munkar' dan yang satulagi disebut dengan nama 'Nakir', (lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:'Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?' (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud: Mereka bertanya kepadanya: 'Apa yang engkau pernah sembah?' Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: 'Aku menyembah Allah!' Kemudian ia ditanya lagi: 'Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?' (Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: 'Siapa Tuhanmu?' Ia menjawab: 'Tuhanku ialah Allah!' Mereka bertanya lagi: 'Apa agama mu?' Ia menjawab: 'Agamaku ialah Islam!' Mereka bertanya lagi: 'Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?' Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: 'Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!' Mereka berkata kepadanya: 'Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian'; (Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: 'Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: 'Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga'.

'Rasulullah s.a.w bersabda lagi: 'Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya ); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: 'Tidurlah!' Lalu ia berkata: 'Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?' Dua Malaikat itu berkata kepadanya: 'Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu.

Jika si mati itu seoarang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: 'Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak'.

Lalu dua Malaikat itu berkata: 'Memang kami tahu engkau berkata demikian'; (dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud: 'Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: 'Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka'.

Rasulullah s.a.w.

bersabda lagi: 'Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya.' Rasulullah s.a.w bersabda: 'Apabila si mati dikuburkan.., datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama 'Munkar' dan yang satulagi disebut dengan nama 'Nakir', (lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:'Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?' (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud: Mereka bertanya kepadanya: 'Apa yang engkau pernah sembah?' Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: 'Aku menyembah Allah!' Kemudian ia ditanya lagi: 'Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?' (Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: 'Siapa Tuhanmu?' Ia menjawab: 'Tuhanku ialah Allah!' Mereka bertanya lagi: 'Apa agama mu?' Ia menjawab: 'Agamaku ialah Islam!' Mereka bertanya lagi: 'Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?' Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: 'Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!' Mereka berkata kepadanya: 'Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian'; (Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: 'Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: 'Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga'.

'Rasulullah s.a.w bersabda lagi: 'Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya ); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: 'Tidurlah!' Lalu ia berkata: 'Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?' Dua Malaikat itu berkata kepadanya: 'Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu.

Jika si mati itu seoarang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: 'Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak'.

Lalu dua Malaikat itu berkata: 'Memang kami tahu engkau berkata demikian'; (dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud: 'Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: 'Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka'.

Rasulullah s.a.w.

bersabda lagi: 'Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya.'

Selasa, 22 September 2020

Ceramah

 

SURAU AL ISLAH
PERUMAHAN AWAM SRI SARAWAK / LOKE YEW, JALAN KENANGA,
55200 KUALA LUMPUR. TEL 019-266 427 4
02 September 2020
14 Muharram 1442H
Tarikh :
YBRS AI Fadhil Ustaz Haji Nasrudin bin Hassan
Yang Dipertua
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Aras 4, Blok D Kompleks Islam Putrajaya
No. 3, Jalan Tun Razak
Presint 3
62100 Putrajaya
YBRS AI Fadhil Ustaz
MENJEMPUT BAGI TUJUAN CERAMAH PERDANA SEMPENA KEMERDEKAAN
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Terlebih dahulu kami seluruh AJK Surau Al Islah Perumahan Awam Sri Serawak/
Loke Yew mengucapkan tahniah di atas pelantikan sebagai Yang Dipertua Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia yang baru mendoakan agar YBRS AI Fadhil Ustaz, keluarga
serta seluruh warga kerja pegawai dan kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
sentiasa beroleh kerahmatan dan keberkatan dari Allah S.W.T, Amin.
3.
Dengan rasa rendah hati kami AJK Surau Al Islah melalui Abang Aris (Aripin)
menjemput hadir bagi tujuan ceramah perdana sempena Kemerdekaan di Surau Al
Islah Perumahan Awam Seri Sarawak/Loke Yew Jalan Kenanga 55200 Kuala Lumpur
dalam bulan September 2020 selepas Solat Maghrib In Sha Allah.
Besar harapan kami agar YBRS AI Fadhil Ustaz dapat melapangkan masa
memenuhi undangan atau jemputan ceramah perdana tersebut. Sehubungan itu,
sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut dengan urusan tersebut boleh
menghubungi Encik Abang Ariff (Ariffin) ditalian 013-606 7666.
4.
5.
Kerjasama daripada pihak YBRS Al Fadhil Ustaz amatiah kami hargai dan
diucapkan berbanyak terima kasih.
Wassallam.
Beng
(H) Zakaria bin Hj Omar)
Pengerusi
Surau Al Islah
Perumahan Awam Seri Sarawak/Loke Yew
Jalan Kenanga
55200 Kuala Lumpur.
Te l:019-2664274
Yang
s.k
: Sefiausaha Surau Al islah

Ceramah

 

SURAU AL ISLAH
PERUMAHAN AWAM SRI SARAWAK / LOKE YEW, JALAN KENANGA,
55200 KUALA LUMPUR. TEL 019-266 427 4
02 September 2020
14 Muharram 1442H
Tarikh :
YBRS AI Fadhil Ustaz Haji Nasrudin bin Hassan
Yang Dipertua
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Aras 4, Blok D Kompleks Islam Putrajaya
No. 3, Jalan Tun Razak
Presint 3
62100 Putrajaya
YBRS AI Fadhil Ustaz
MENJEMPUT BAGI TUJUAN CERAMAH PERDANA SEMPENA KEMERDEKAAN
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Terlebih dahulu kami seluruh AJK Surau Al Islah Perumahan Awam Sri Serawak/
Loke Yew mengucapkan tahniah di atas pelantikan sebagai Yang Dipertua Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia yang baru mendoakan agar YBRS AI Fadhil Ustaz, keluarga
serta seluruh warga kerja pegawai dan kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
sentiasa beroleh kerahmatan dan keberkatan dari Allah S.W.T, Amin.
3.
Dengan rasa rendah hati kami AJK Surau Al Islah melalui Abang Aris (Aripin)
menjemput hadir bagi tujuan ceramah perdana sempena Kemerdekaan di Surau Al
Islah Perumahan Awam Seri Sarawak/Loke Yew Jalan Kenanga 55200 Kuala Lumpur
dalam bulan September 2020 selepas Solat Maghrib In Sha Allah.
Besar harapan kami agar YBRS AI Fadhil Ustaz dapat melapangkan masa
memenuhi undangan atau jemputan ceramah perdana tersebut. Sehubungan itu,
sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut dengan urusan tersebut boleh
menghubungi Encik Abang Ariff (Ariffin) ditalian 013-606 7666.
4.
5.
Kerjasama daripada pihak YBRS Al Fadhil Ustaz amatiah kami hargai dan
diucapkan berbanyak terima kasih.
Wassallam.
Beng
(H) Zakaria bin Hj Omar)
Pengerusi
Surau Al Islah
Perumahan Awam Seri Sarawak/Loke Yew
Jalan Kenanga
55200 Kuala Lumpur.
Te l:019-2664274
Yang
s.k
: Sefiausaha Surau Al islah

Sabtu, 5 September 2020

BERSABAR DENGAN KELAKUAN MUSUHDALAM PERJUANGAN DEMI ISLAM

 KUATKAN KESABARAN DEMI PENJUANGAN ISLAM DENGAN KELAKUAN MUSUH.


Ali-‘Imran: 200


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ



Terjemahan

 Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.


Tafsir (Ibnu Katsir)


Tafsir Surat Ali-‘Imran: 199-200


Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab ada orang yang beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kalian dan yang diturunkan kepada mereka, sedangkan mereka berendah hati kepada Allah dan mereka tidak menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit. Mereka memperoleh pahala di sisi Tuhannya. Sesungguhnya Allah amat cepat perhitungan-Nya. Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri kalian) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kalian beruntung.


Allah subhanahu wa ta’ala memberitakan perihal segolongan Ahli Kitab, bahwa mereka beriman kepada Allah dengan iman yang sebenarnya, beriman pula kepada Al-Qur’an yang diturunkan kepada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam serta kitab-kitab terdahulu yang ada di tangan mereka. Bahwa mereka selalu taat kepada Allah, tunduk patuh di hadapan-Nya, dan tidak pernah menukar ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit. Yakni mereka tidak menyembunyikan berita gembira tentang Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam yang ada di dalam kitab-kitab mereka. Mereka menyebutkan sifat dan ciri khasnya, serta tempat beliau diutus dan sifat umatnya. Mereka adalah orang-orang yang terpilih dari kalangan Ahli Kitab dan merupakan orang-orang paling baik di antara mereka, baik dari kalangan orang-orang Yahudi ataupun orang-orang Nasrani.


Allah subhanahu wa ta’ala telah berfirman di dalam surat Al-Qashash: Orang-orang yang telah Kami datangkan kepada mereka Al-Kitab sebelumnya Al-Qur’an mereka beriman pula dengan Al-Qur’an itu. Dan apabila dibacakan (Al-Qur’an) itu pada mereka, mereka berkata, “”Kami beriman kepadanya: sesungguhnya Al-Qur’an itu adalah suatu kebenaran dari Tuhan kami. sesungguhnya kami sebelumnya adalah orang-orang yang membenarkannya.”” Mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka, dan mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan sebagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka, mereka nafkahkan. (Al-Qashash: 52-54) Allah subhanahu wa ta’ala telah berfirman dalam ayat yang lain, yaitu: Orang-orang yang telah Kami berikan Al-Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya. (Al-Baqarah: 121) Dan di antara kaum Musa itu terdapat suatu umat yang memberi petunjuk (kepada manusia) dengan hak, dan dengan hak itulah mereka menjalankan keadilan. (Al-A’raf: 159) Mereka itu tidak sama; di antara Ahli Kitab itu ada golongan yang berlaku lurus, mereka membaca ayat-ayat Allah pada beberapa waktu di malam hari, sedangkan mereka juga bersujud (shalat). (Ali imran: 113) .


Katakanlah, “”Berimanlah kalian kepadanya atau tidak usah beriman (sama saja bagi Allah). Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya apabila Al-Qur’an dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil sujud, dan mereka berkata, “”Mahasuci Tuhan kami; sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi.”” Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk. (Al-Isra: 107-109) Sifat-sifat tersebut memang dijumpai di kalangan orang-orang Yahudi, tetapi sedikit.


Seperti yang ada pada diri Abdullah ibnu Salam dan orang-orang Yahudi yang semisal dengannya dari kalangan rahib-rahib Yahudi yang beriman, tetapi jumlah mereka tidak sampai sepuluh orang. Adapun di kalangan orang-orang Nasrani, sifat-sifat tersebut banyak dijumpai; di kalangan mereka banyak orang yang mendapat petunjuk dan mengikuti kebenaran. Sebagaimana yang disebutkan oleh firman-Nya: Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.


Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatan dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata.Sesungguhnya kami ini orang Nasrani.”” (Al-Maidah: 82) sampai dengan firman-Nya: Maka Allah memberi mereka pahala terhadap perkataan yang mereka ucapkan, (yaitu) surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, sedangkan mereka kekal di dalamnya. (Al-Maidah: 85) Demikian pula yang dikatakan oleh Allah subhanahu wa ta’ala dalam surat ini melalui firman-Nya: Mereka memperoleh pahala di sisi Tuhannya. (Ali lmran: 199), hingga akhir ayat. Di dalam sebuah hadits telah disebutkan bahwa ketika Ja’far ibnu Abu Thalib membacakan surat kaf ha ya ‘ain sad di hadapan Raja Najasyi, Raja negeri Habsyah yang saat itu di hadapannya banyak terdapat para patrik dan pendeta, maka Raja Najasyi menangis, dan mereka ikut menangis pula bersamanya hingga air mata membasahi jenggot mereka.

Khamis, 27 Ogos 2020

HADIS TENTANG SOLAT JUMAAT

 Ancaman Meninggalkan Solat

Jumaat

Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a

keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar

daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang

berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:Hendaklah

orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat

menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah

mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai? Meninggalkan solat Jumaat merupakan

perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim.Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan.

Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah

pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada

mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain.

Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan

solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi

kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar'i

sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan

orang musafir.

Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan

yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan

solat Jumaat, maka hendaklah mereka

mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib

dipelihara demi menjaga kesucian agama.