Ahad, 31 Januari 2021

Keikhlasan Dalam Menuntut Ilmu

 السلام عليكم

Renungan bersama insya Allah.

Keikhlasan Dalam Menuntut Ilmu

Hadis dan huraian

      Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.Riwayat Abu Daud


Orang yang berilmu dijanjikan Allah kedudukan yang tinggi di dunia mahupun di akhirat kelak.


Islam menuntut keihlasan niat dalam segala perkara termasuklah dalam menuntut ilmu sama ada yang berbentuk keduniaan atau ilmu agama.


Dengan perkataan lain, setiap ilmu yang dituntut janganlah terkeluar daripada landasan syariat.


Ia mestilah dimanfaatkan untuk kebaikan di dunia dan akhirat serta mengutamakan kebajikan manusia sejagat bukannya untuk kepentingan dunia semata seperti mengumpul harta, merebut kenaikan pangkat atau mengejar ˜glamour' dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan