Khamis, 27 Ogos 2020

HADIS TENTANG SOLAT JUMAAT

 Ancaman Meninggalkan Solat

Jumaat

Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a

keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar

daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang

berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:Hendaklah

orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat

menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah

mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai? Meninggalkan solat Jumaat merupakan

perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim.Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan.

Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah

pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada

mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain.

Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan

solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi

kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar'i

sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan

orang musafir.

Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan

yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan

solat Jumaat, maka hendaklah mereka

mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib

dipelihara demi menjaga kesucian agama.

1 ulasan:

  1. 888 casino - Dr.MCD
    Casino in Las Vegas 광양 출장샵 - No deposit 김해 출장마사지 bonus codes, free spins, cashback & more for 시흥 출장안마 888 Casino in Las Vegas The หาเงินออนไลน์ casino also has 보령 출장샵 a casino with a large number of games, slots, table games, and video

    BalasPadam