Rabu, 15 Ogos 2018


Hadis ini telah dipetik daripada buku bertajuk
BUKAN DARI GOLONGANKU… Himpunan Ustaz Kamil Ashaari dan Nafisah Binti Hj. Md. Tahir cetakan pertama Ogos 2007

Hadith 1

Bukan dari golonganku ………… yang tidak menyukai sunnahku.

أَنَّ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ جَاءَ ثَلَاثَةُ رَهْطٍ إِلَى بُيُوتِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْأَلُونَ عَنْ عِبَادَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا أُخْبِرُوا كَأَنَّهُمْ تَقَالُّوهَا فَقَالُوا وَأَيْنَ نَحْنُ مِنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ قَالَ أَحَدُهُمْ أَمَّا أَنَا فَإِنِّي أُصَلِّي اللَّيْلَ أَبَدًا وَقَالَ آخَرُ أَنَا أَصُومُ الدَّهْرَ وَلَا أُفْطِرُ وَقَالَ آخَرُ أَنَا أَعْتَزِلُ النِّسَاءَ فَلَا أَتَزَوَّجُ أَبَدًا فَجَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَيْهِمْ فَقَالَ أَنْتُمْ الَّذِينَ قُلْتُمْ كَذَا وَكَذَا أَمَا وَاللَّهِ إِنِّي لَأَخْشَاكُمْ لِلَّهِ وَأَتْقَاكُمْ لَهُ لَكِنِّي أَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأُصَلِّي وَأَرْقُدُ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata ; Pada suatu hari sekumpulan kaum muslimin ( dalam lingkungan tiga orang sahabat ) datang kepada isteri Rasulullah s.a.w. Mereka bertanyakan tentang jumlah ibadat yang Rasulullah s.a.w. lakukan setiap hari. Setelah mendapat penjelasan, mereka menggangap ibadah Rasulullah s.a.w. hanya sedikit. Mereka berkata : Kita tidak boleh meniru – niru baginda s.a.w. kerana Allah telah mengampuni segala dosanya yang telah lalu dan yang akan datang! Salah seorang dari mereka berkata : Aku tidak begitu, kerana aku bersembahyang malam ( tahajjud ) terus – menerus!.. Sahabatnya menyahut : Aku berpuasa terus – menerus tanpa berbuka!.. Dan sahabat yang lain berkata : Aku menjauhkan diri dari perempuan dan tidak akan berkahwin selama – lamanya! Ketika Rasulullah s.a.w datang, baginda bersabda : Tadi kamu telah mengatakan begini dan begitu….. Demi Allah, aku ini lebih takut dan lebih bertaqwa kepada Allah daripada kamu sekelian; tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku menunaikan sembahyang dan tidur, dan aku berkahwin dengan wanita. Kerana itu sesiapa yang tidak menyukai sunnahku ia bukan dari golonganku ( bukan dari umatku ).
Riwayat Bukhari, Muslim dan Nasaie, lafaz oleh Bukhari.

Didalam maksud hadith ini ialah nabi diutuskanNya adalah untuk diteladani, dicontohi dan dipatuhi dan bukanlah untuk dikagumi semata-mata malah apa yang dilakukan adalah yang terbaik untuk diikuti. Menambah-nambah dan berlebihan dalam ibadah adalah sesuatu yang dipanggil di dalam islam sebagai bid’ah.

Kehidupan manusia didalam dunia ini terbahagi kepada tiga jenis golongan :
Yang berpaling dari dunia dan menghinanya kerana ianya sibuk menyuburkan jiwa dan ruhnya dengan beriktikaf dan mengasingkan diri dari masyarakat semata-mata untuk beribadat sehingga sanggup membujang.
Yang tenggelam dengan dunia dan perhiasannya iaitu dengan bermati-matian mengumpul harta hanya untuk kepentingan peribadinya tanpa memperdulikan akhlak yang mulia serta keperluan ruh untuk disucikan serta tidak menunaikan haknya kepada penciptanya yang telah melimpahkan rezeki keatasnya dengan mensyukuri segala nikmatnya.
Yang amat menitikberatkan pembinaan ruh, menyeru manusia kepada menghubungkan diri dengan tuhannya dengan ibadat, ketaatan dan amalan mendekatkan diri kepada penciptanya dengan tidak melupakan pembinaan hubungan manusia untuk menjaga wasilah keturunan, ketenangan jiwa serta terjaga maruah diri.
Dengan itu marilah kita beramai-ramai transformasi diri dengan menjadikan kehidupan manusia yang ketiga sebagai panduan dan ikutan sepanjang perjalanan hidup kita.



Hadith 2

Bukan dari golonganku………yang keluar dari jamaah islam, yang berjuang di atas dasar asaobiyah


Daripada Abu Hurairah r.a., daripada Rasulullah s.a.w. bersabda : 'Sesiapa yang tidak mematuhi iman dan memencilkan diri dari jamaah lalu dia mati, maka matinya seperti mati jahiliyyah, dan sesiapa yang berperang di bawah bendera ( panji ) buta dan marah ( bermusuhan ) kerana asaobiyyah dan menyeru kepadanya atau membantu kerananya ( asaobiyyah ) maka kematiannya adalah mati jahiliyyah, dan sesiapa yang keluar dari umatku, membunuh orang-orang yang baik dan orang-orang jahat tanpa memperdulikan apakah dia orang mukmin atau tidak, dan tanpa mengendahkan janji yang telah dibuat, maka orang itu juga bukan dari golonganku dan aku bukan dari golongannya'.
Riwayat Muslim, nasaie dan Ibnu Majah. Lafaz oleh Muslim


Yang dimaksudkan asaobiyyah ini ialah seseorang yang menolong kaumnya sendiri di atas dasar kezaliman dan menindas-nindas semata-mata fanatik perkauman. Dan ianya mati dalam keadaan jahiliyyah.


Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab berada dalam semangat assabiyyah yang mendalam sehingga sanggup berperang dan mati demi mempertahankan bangsa atau kabilah masing-masing. Kedatangan Rasulullah s.a.w datang dan serta merta menghapuskan segala bentuk assabiyyah yang ada dan sekaligus menyatukan masyarakat Arab di bawah satu kalimah, tanpa mengira bangsa, keturunan dan warna kulit.


Masyarakat Jahiliyyah telah bangkit dari bangsa yang paling mundur dangan melalui perubahan pemikiran Islam yang akhirnya telah berjaya mewujudkan satu negara dan pemikiran Islam ini telah menjadi anjakan kepada perubahan-perubahan yang lain.


-------------------------


Hadith 3

Bukan dari golonganku… yang bersekongkol dengan pemimpin yang zalim.

Daripada Ka’ab Bin Ujrah berkata : Telah keluar Rasulullah s.a.w. kepada kami. Kami dalam lingkungan sembilan orang, lima orang dari bangsa Arab dan empat orang berbangsa bukan Arab. Baginda berkata : Dengarkan kamu semua, adakah kamu telah mendengar bahawa sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin ( zalim dan pembohong ), sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga ( telaga al-Kautsar di syurga ) dan sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalangan umatku dan mereka dari kalangan yang akan mendatangi telaga ( telaga al-Kautsar di syurga ).
Riwayat Tarmizi dan Nasaie

Telaga al-Kautsar : Nabi pernah menggambarkan keistimewaan telaga ini dengan menyebut antara sifatnya air di dalamnya tersangat putih mengalahkan susu, tersangat manis lebih daripada madu, tersangat luas tadahannya dan terdapat gelas-gelas di sisinya seumpama bintang-bintang di langit dan sesiapa yang meminum air di telaga ini tidak akan berasa haus selama-lamanya.

Rasulullah s.a.w. bersabda dari Anas bin Malik yang bermaksud :
“Keluasan telagaku ialah seperti jarak antara Ailah dan Sona’a di Yaman. Di sisinya terdapat gelas-gelas seumpama bintang-bintang di langit.”
Anas bin Malik
Dari Tsuban r.a. berkata : Nabi s.a.w. telah ditanya tentang air minuman di telaga al-Kautsar, maka bersabda nabi s.a.w : Ianya lebih putih daripada susu, dan lebih manis daripada madu. Sentiasa terpancar padanya air yang membuak-buak daripada dua saluran pancuran air dari syurga, satunya diperbuat daripada emas, dan yang satu lagi diperbuat dari perak.
Riwayat Muslim

Pada hakikatnya Islam menghendaki ketenteraman dan ketertiban, baik individu mahupun masyarakat. Hadith ini adalah antara perkhabaran dan nasihat daripada nabi s.a.w. tentang peristiwa akhir zaman supaya berhati-hati ketika memberi ketaatan kepada golongan pemimpin, lebih-lebih lagi pemimpin yang zalim dan menipu yang bererti secara tidak langsung telah membuat kekacauan dan kerosakan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“ Tidak ada jalan atas orang yang menzalimi manusia dan membuat kerosakan di bumi dengan tidak benar. Kecuali bagi mereka azab yang pedih.”
Asy-Syura : 42

Pada hari ini, fenomena kerakusan pihak penguasa nampak jelas dan ketara di merata tempat dengan cara membohongi rakyatnya sendiri dengan mengatakan orang yang benar bersalah, yang menyatakan kebenaran dan berjihad dikatakan pengganas, menangkap ulama, orang yang menentangnya tanpa bukti dihumban dalam penjara tanpa diadili, menghina nabi, malah lebih ketara lagi mereka mengambil hukum selain dari hukum Allah dalam Al-Quran bererti menduakan hukum Allah dan merupakan satu kezaliman yang besar.
Apabila berlaku kepimpinan yang zalim dan menipu adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan menasihati mereka yang zalim. Bila teguran untuk menyatakan tanggungjawab melaksanakan perkara-perkara yang melibatkan hak-hak Islam, ditentang dan dibidas dengan jawapan yang tidak mencerminkan akhlak seorang Muslim malahan pula kekerasan digunakan untuk menghalang usaha-usaha mendaulatkan hukum Islam kepada manhajnya sendiri. Peranan umat Islam ketika berhadapan dengan pemimpin yang zalim ini ialah sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi dalam hadith ini iaitu tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka. Termasuk dalam golongan ini ialah :

Tidak mendengar dan mentaati mereka, kerana ia tidak akan mampu melakukan perkara yang melampaui batas tanpa pertolongan dan ketaatan dari para pengikut. Oleh yang demikian mereka juga dianggap zalim seperti pemimpinnya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“ Tidak ada ketaatan kepada makhluk untuk melakukan maksiat kepada Allah ”

Tidak menyokong dan memilih mereka, kerana Allah mengharamkan hamba-hambanya memberi sokongan dan pertolongan kepada pemimpin yang zalim dan melampui batas, bahkan melarang dari cenderung kepadanya. Para ulama telah berhujjah bahawa Allah s.w.t. melarang dari memberi sebarang bentuk pertolongan kepada orang-orang yang zalim dan berkhidmat denganya menerusi firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“ Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka ( kalau kamu berlaku demikian ), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian ( dengan sebab kecenderungan kamu itu ) kamu tidak akan mendapat pertolongan “
Surah Huud : 113

Membangkang setiap penyelewengan dan kezaliman kerana umat Islam hendaklah mengambil sikap sebagai pembangkang sekiranya berbagai-bagai nasihat yang diberikan tidak mampu mengubah kezaliman dan kemungkaran yang dilakukannya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“ Sesungguhnya semulia-mulia jihad ialah mengatakan
kepada penguasa yang zalim “

Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah

Sikap membangkang ini juga hendaklah disertakan dengan menghalang segala kefasadan
( kerosakan ) yang dilakukan dengan apa sahaja cara yang terbaik dengan membuat penyelidikan dan kajian serta memberi peringatan dan menghebahkan penyelewengan yang berlaku kepada masyarakat.





Hadith 4
BUKAN DARI GOLONGANKU….YANG MENIPU
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah melalui tepi satu longgokan makanan ( gandum yang dijual dipasar ), lalu baginda memasukkan tangan ke dalam longgokan itu maka jarinya mencapai atau merasai sesuatu yang basah. Baginda bersabda : Wahai penjual makanan, kenapa jadi begini? Berkata ia : Ia telah ditimpa hujan wahai Rasulullah. Bersabda Rasulullah : Kenapakah tiada engkau letakkan yang basah di sebelah atas supaya dilihat orang? Kemudian baginda bersabda : Barangsiapa yang menipu maka ia bukan dari golonganku.
Riwayat Muslim dan Tarmizi
Secara umumnya hadith ini mengharamkan semua jenis penipuan sama ada dalam masalah jual beli mahupun seperti dalam perjanjian, percakapan, pemberian amanah dan seumpamanya kerana ianya dituntut berlaku jujur dalam seluruh urusannya sebab keikhlasan dalam beragama, nilainya lebih tinggi daripada seluruh usaha duniawi. Antara bentuk-bentuk penipuan ialah :
1.    Penipuan dalam jual beli : penjual cuba untuk menyembunyikan keaiban barangan jualannya, menambah barangan dengan bahan-bahan tiruan agar berat sukatannya dan mengelabui mata pembeli dengan pelbagai cara lagi. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang ( dalam timbangan dan sukatan ), iaitu mereka yang apabila menerima sukatan ( gantang cupak ) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, Dan sebaliknya apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangkan.
Surah Al-Mutaffifin : 1-3

2.    Penipuan dalam perkahwinan : ibu bapa menyembunyikan keaiban yang nyata ada pada anak perempuannya daripada orang yang meminangnya serta mengahwinkan anak perempuannya tanpa bersungguh-sungguh merisik bakal suaminya sama ada dari agama dan akhlaknya.

3.    Penipuan kepada rakyat : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
Seorang hamba yang dipercayakan Allah memimpin rakyatnya, tetapi dia menipu rakyat, maka jika dia mati, Allah mengharamkan syurga baginya.
4.    Penipuan dalam peperiksaan : Tidak boleh berbuat curang dalam ujian dan tidak boleh membantu orang yang curang dalam hal ini, baik dengan bisikan atau menunjukkan jawapan kepada yang di sebelahnya untuk ditiru atau dengan upaya-upaya lainnya kerana hal ini boleh menimbulkan mudharat terhadap masyarakat.

Dan banyak lagi bentuk penipuan di dalam dunia ini apabila manusia tidak bertaqwa kepada Allah. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, ( terutama balasan akhirat ).
                                                                                                                                                               Surah Al-Fajr: 14



Hadith 5

BUKAN DARI GOLONGKANKU…YANG TIDAK MEMPERCAYAI TAKDIR

Daripada Abi Hafsah berkata : ‘Ubadah bin Somit telah berkata kepada anaknya: Wahai anakku, sesungguhnya engkau tidak akan dapat merasai hakikat keimanan sehinggalah engkau mengetahui bahawa apa yang menimpa kamu (tidak ditakdirkan) tidak mungkin akan menimpamu, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Sesungguhnya yang pertama sekali Allah ciptakan ialah al-Qalam (pena). Maka Allah berfirman kepadanya (al-Qalam) : Tulislah!. Berkata ia : Ya tuhanku apa yang harus aku tulis?. Allah berfirman : Tulislah qadar setiap sesuatu sehingga datangnya hari qiamat. Wahai anakku, sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Sesiapa yang mati di atas selain daripada keyakinan ini (selain dari iktiqad ini), maka ia bukanlah dari golonganku.
                                                                                                                                                               Riwayat Abu Daud

Sesungguhnya apa sahaja yang berlaku dan menimpa manusia di dunia ini sama ada baik atau buruk maka ia adalah takdir Allah s.w.t. sebagaimana firmanNya yang bermaksud :

Tidak ada suatu bencana apa pun yang menimpa di muka bumi ini dan tidak pula pada dirimu sendiri melainkan telah bertulis dalam kitab Luh Mahfuz, sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Kami jelaskan yang demikian itu agar kalian tidak berduka cita dari apa yang lepas dari diri kalian dan supaya kalian jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya terhadap kalian dan Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri”
                                                                                                                                               
Surah Al-Hadid : 22-23

Allah s.w.t telah menetapkan kadar dan ukurannya masing-masing dari segi kuantiti, kualiti, ruang dan waktu. Jadi bagi manusia dan semua makhluk, yang namanya takdir Allah itu adalah hal ghaib dan misteri. Kerana itu haram hukumnya seseorang berpangku tangan tidak berusaha dengan alasan sudah takdir. Padahal Allah sendiri sebagai Penulis Takdir telah memerintahkan kita untuk berusaha dan bekerja serta berikhtiar. Takdir ini memiliki empat tingkatan (konsep) yang semuanya wajib diimani, iaitu :
  1. Al-‘Ilmu bahawa seseorang harus menyakini bahawa Allah mengetahui segala sesuatu yang baik secara global mahupun terperinci. Dia mengetahui apa yang telah terjadi dan apa yang akan terjadi. Kerana segala sesuatu diketahui oleh Allah, baik yang terperinci mahupun jelas atas setiap gerak-geri makhluknya.
  2. Al-Kitabah bahawa Allah mencatat semua itu dalam Luh Mahfuz sebagaimana firmanNYA yang bermaksud :
Apakah kamu tidak mengetahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang ada di langit dan dibumi?; bahawasanya yang demikian itu terdapat dalam sebuah kitab. Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah”.                        
                                                                                                                                               Surah Al-An’am : 59
  1. Al-Maashi ah ( Kehendak) iaitu Allah ini bersifat umum. Bahwa tidak ada sesuatu pun di langit maupun di bumi melainkan terjadi dengan ibarat / masyiah Allah s.w.t. Maka tidak ada dalam kekuasannya yang tidak diinginkannya selamanya. Baik yang berkaitan dengan apa yang dilakukan oleh Zat Allah atau yang dilakukan oleh makhlukNya.
  2. Al-Khalqu bahawa tidak sesuatu pun di langit dan di bumi melainkan Allah sebagai penciptanya, pemiliknya, pengaturnya dan menguasainya.


Segala ketentuan qada dan qadar itu tertulis di Luh Mahfuz di mana tidak ada manusia yang berupaya mengubahnya kecuali kehendak Allah. Ketika ia merasa yakin bahwa kejadaian-kejadian itu merupakan kerja Ilahi Yang Bijaksana, pasti akan terwujud sesuai dengan kemaslahatan dan kebijaksanaan. Demikian pula hati seorang mukmin tidak akan terkait dan tidak akan tertipu oleh dunia, dan tidak akan bangga dengan kesenangannya. Hendaklah kita berusaha menghindari pengaruh-pengaruh yang berlipat ganda dari penafsiran yang menyimpang terhadap masalah ini.





HADITH 7: BUKAN DARI GOLONGANKU….LELAKI YANG MENYEBABKAN TIMBULNYA FITNAH AL-SARRAA


Daripada Umair bin Hani berkata : Aku mendengar  Abdullah bin Umar berkata : Ketika Kami duduk bersama-sama Rasulullah s.a.w. baginda telah menyebut tentang fitan (peristiwa akhir zaman). Dan Baginda seringkali menyebutnya sehinggalah baginda menyebut tentang fitnah al-Ahlas. Maka berkata seseorang : Wahai Rasulullah, apakah dia fitnah al-Ahlas itu? Bersabda Rasulullah s.a.w. : Ia adalah malapetaka berterusan iaitulah apabila berlakunya pelarian dan peperangan secara besar-besaran. Kemudian, fitnah al-Sarraa (kemewahan dan kesenangan) bermula dari bawah kaki seorang lelaki yang mendakwa yang dia adalah keturunanku. Bagaimanapun, dia bukanlah dari golonganku kerana yang termasuk dalam golonganku ialah mereka yang bertaqwa. Selepas itu, orang ramai akan tunduk taat di bawah telunjuk seorang lelaki tempang (pemerintah yang menyeleweng). Kemudian, fitnah al-Duhaymaa (fitnah gelap dan hitam lantaran jenayah yang berleluasa) sehingga ia tidak akan meninggalkan seorangpun dari umat ini tanpa kekejaman atau penindasan. Apabila disangkakan fitnah ini telah tiba ke penghujungnya, rupanya ia semakin dipanjangkan dan berkekalan. Pada ketika itu terjadilah seorang itu yang paginya beriman dan apabila waktu petang ia menjadi kafir. Sehingga akhirnya manusia pada ketika itu terbahagi kepada dua kumpulan. Sebuah kumpulan keimanan yang tidak ada kemunafikan, dan sebuah lagi kumpulan kemunafikan yang tiada keimanan di dalamnya. Jika keadaan ini berlaku, maka kalian tunggulah kemunculan Dajjal pada hari itu atau esoknya.
Riwayat Abu Daud, Ahmad dan Hakim. Berkata Halim : Hadith ini sanadnya sahih tetapi tidak diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.


Hadith ini dengan jelas menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. telah memberi isyarat kepada kita semua, bahawa di zaman akhir nanti akan terjadi berbagai fitnah atau ujian yang mengharuskan kita untuk berwaspada agar jangan sampai menjadi korban hilangnya keimanan. Iaitulah fitnah al-Ahlas, al-Sarraa dan al-Duhayma. Fitnah yang berpunca dari pengaruh harta benda dan kemewahan duniawi yang dapat menyeret seseorang menuju kesesatan kerana kerapuhan iman yang dimiliki oleh orang-orang di akhir zaman, sedang pihak lain berusaha untuk menggelincirkan iman seseorang dengan begitu hebat sekali iaitu golongan yang mendakwa dia adalah sebahagian daripada keturunan Nabi s.a.w. padahal baginda menyangkal sama sekali: golongan ini menjadi punca kepada datangnya cubaan besar kepada umat terkemudian dengan mengumpankan kemewahan-kemewahan dunia.


Dimana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadah. Tetapi Rasulullah s.a.w. mengatakan “ Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita,” ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat. Bila dibandingkan dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita jauh sangat jauh ketinggalan. Kita sibuk menyimpan harta dan menghalang dari berbuat ibadah. Seperti Rasulullah s.a.w. berkata : “Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang emas yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah”. Begitulah gambaran sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan.
Nabi s.a.w. telah menganjurkan kepada umatnya untuk bergegas atau segera memperbanyakkan amal soleh untuk menghadapi datangnya fitnah. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya. Semakin banyak amal solehnya semakin kuat pula imannya. Fitnah- fitnah ini sebenarnya berpunca daripada manusia-manusia yang mempunyai karakter seperti Dajjal. Meraka datang pada setiap tempat dan waktu sedangkan Dajjal hanya muncul pada hari kiamat. Oleh yang demikian Rasulullah s.a.w. tidak meninggalkan umatnya begitu sahaja malah diajarkan kepada kita agar sentiasa memohon perlindungan dengan Allah s.w.t. daripada fitnah Dajjal ini menurut hadith yang bermaksud seperti :

Daripada Ibn Abbas r.a. berkata “Bahawasanya Nabi s.a.w. mengajar akan mereka itu akan doa ini seperti mana baginda mengajar mereka itu akan Surah dari Al-Quran iaitu “Wahai Allah! Sesungguhnya aku memohon berlindung dengan Mu daripada azab jahannam dan daripada azab kubur dan daripada fitnah hidup dan mati dan daripada fitnah al-Masih Dajjal.”
Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim






Hadith 11: BUKAN DARI GOLONGAN KAMI….. YANG MERAMPAS HARTA ORANG LAIN

Berkata Jabir bin Abdullah: Telah bersabda Rasulullah s.a.w., perampas harta orang lain tidak dikenakan hukuman potong tangan (tetapi dikenakan takzir) dan sesiapa yang merampas satu rampasan secara terang-terangan maka bukanlah ia dari golongan kami.
                                                                                                                Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah

Hadith ini adalah satu ancaman dan melarang keras umat Islam daripada merampas harta dan barang orang lain secara terang-terangan, paksaan dan kekerasan. Ini adalah termasuk dalam dosa-dosa besar, walaupun Nabi mengatakan ‘’dia bukan dari golongan kami ” bukanlah bermaksud dia akan jatuh kafir kerana dia tidak melakukan kekufuran dan tidak melakukan sesuatu yang membatalkan iman dan Islamnya. Dalam undang-undang jenayah Islam pencuri atau perampas yang tidak boleh dikenakan hukuman kesalahan sariqah (potong tangan) ialah :

  1. Pencurian yang dilakukan secara khianat, iaitu orang yang mengambil harta atau barangan yang diamanahkan kepadanya. Mereka yang melakukan kesalahan tersebut tidak boleh didakwa di bawah kes sariqah (mencuri) dan tidak dikenakan hukuman hudud, tetapi mereka itu hendaklah didakwa di bawah kes kesalahan pecah amanah yang wajib dikenakan hukuman takzir. Perlu diingat bahawa hukuman takzir adakalanya lebih berat dari potong tangan seperti dihukum bunuh, sebat, buang daerah dan sebagainya.

  1. Orang yang merampas dan mengambil harta atau barangan orang lain dengan cara paksaan atau kekerasan.

  1. Orang yang menyambar barangan orang lain sambil lalu, iaitu semasa berjalan atau atas kenderaan, termasuk juga penyelok saku.

  1. Pencurian berlaku di medan peperangan.

  1. Mengambil buah yang tergantung di atas dahannya kerana tersangat lapar dan dahaga.
Walaupun tidak dikenakan hudud ke atas mereka di atas muka bumi ini mereka tetap akan diberi hukuman oleh Allah s.w.t. suatu hari nanti dengan azab yang pedih. Rasulullah s.a.w. juga bersabda yang telah diriwayatkan oleh Abu Umamah r.a. yang bermaksud :

“ Sesiapa yang mengambil hak orang Islam dengan sumpahnya, Allah mewajibkan mereka baginya dan diharamkan syurga untuknya (sekiranya mati sebelum bertaubat dan mengembalikan hak orang lain tersebut). Sahabat bertanya : Walaupun benda yang diambil itu sesuatu yang amat sedikit wahai Rasulullah? Baginda menjawab : Walaupun sekecil batang kayu sugi. “





Hadith  15 - BUKAN DARI GOLONGAN KAMI……… LELAKI YANG MENIRU (MENYERUPAI) KAUM WANITA ATAU SEBALIKNYA.

Daripada Atho’, daripada seorang lelaki dari Huzail telah berkata : Aku telah melihat Abdullah bin Amru bin Al-As (yang rumahnya di luar tanah haram dan masjidnya di Al-Haram), sedang aku berada di sisinya dia telah melihat Ummu Said, anak perempuan Abu Jahal sedang meniru-niru lenggokan lelaki, dia sedang berjalan seperti jalannya seorang lelaki. Maka berkata Abdullah : Siapa dia? Berkata Al-Hazliy : Dia ialah Ummu Said, anak perempuan Abu Jahal. Maka berkata Abdullah : Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Bukan dari golongan kami sesiapa dari kalangan wanita yang menyerupai lelaki begitulah juga lelaki yang menyerupai wanita.                                                                                                                                                                                                                                                                       Riwayat Ahmad

Daripada Yazid bin Aus berkata : Aku telah menziarahi Abu Musa yang sedang sakit tenat, didapati isterinya menangis kerana bimbang akan kematiannya, seraya Abu Musa berkata kepada isterinya : Tidakkah engkau mendengar apa yang telah nabi perkatakan. Berkata isterinya : Ya, bahkan. Langsung ia terdiam. Apabila Abu Musa meninggal dunia. Berkata lagi Yazid : Aku telah bertemu dengan isteri Abu Musa lalu bertanya kepadanya : Apakah yang telah diperkatakan olehnya kepada kamu tentang sabda nabi itu sehingga kamu terdiam? Berkata ia : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. : “Bukan dari golongan kami orang yang mencukur rambutnya, meraung-raung dan mengoyak-ngoyak leher baju ketika ditimpa musibah.”                           
Riwayat Abu Daud dan Nasaei

Di antara fitrah yang disyari’atkan Allah s.w.t. kepada hambaNya iaitu agar laki-laki menjaga sifat kelakiannya dan wanita menjaga sifat kewanitannya seperti yang telah diciptakan Allah. Oleh yang demikian hadith ini meletakkan satu hukum dengan melarang bagi lelaki menyerupai perempuan samada dalam bentuk pergerakan, pemakaian, dan sebagainya yang menjadi perkara-perkara khusus bagi perempuan pada kebiasaan semulajadinya dan sama halnya haram bagi perempuan menyerupai lelaki. Mereka yang melakukan sedemikian akan berdosa besar dan mendapat laknat dari Nabi  s.a.w. secara jelas telah disebut didalam hadith yang bermaksud :

Daripada Ibnu Abbas r.a. beliau berkata : “Bahawa Rasulullah s.a.w. melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau meniru-niru kaum wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau meniru-niru kaum lelaki.”
Riwayat Bukhari

Daripada Ibnu Abbas r.a. beliau berkata : “Rasulullah s.a.w. melaknat kaum lelaki yang lemah lembut berlagak seperti perempuan dan perempuan yang berlagak dengan gaya lelaki. Nabi bersabda lagi : Keluarkan mereka dari rumah-rumah kamu.”
Riwayat Bukhari

       Pada perkataan Tasyabbuh di dalam hadith-hadith ini, Ibnu Hajar Al-Asqalani menyatakan di dalam hadith-hadith ini ialah membawa maksud secara zahir dengan  larangan dari segi pakaian, perhiasan, berdandan, sikap, gerak-geri dan seumpamanya, dan bukan dalam berbuat kebaikan. Imam Tabari juga menyatakan tidak boleh bagi kaum lelaki menyerupai wanita pada pakaian dan perhiasan yang dikhaskan untuk wanita. Manakala tasyabbuh pada perkara kebaikan tidaklah dikeji seperti pada keilmuan, pengetahuan dan pandangan serta pendapat.

Timbul persoalan, adakah perempuan yang memakai seluar termasuk dalam menyerupai lelaki? Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan dalam bukunya Al-Mufassol fi Al-Ahkam Al-Mar’ah, menyatakan boleh bagi wanita memakai seluar, tetapi wajiblah seluar itu dipakai di bawah bajunya. Seluar itu hendaklah besar sehingga pemakainya tidak Nampak bentuk, tebal, tidak jarang dan panjang sehingga buku lali.

Kesimpulannya menunjukkan kepada hukum haram meniru dan menyerupai jantina. Malah Nabi tidak mengakui umatnya kerana perbuatan tersebut dilaknat oleh Allah s.w.t. Hikmah dilarang menyerupai yang bukan sejenis kerana perbuatan tasyabbuh ini mengeluarkan seseorang dari sifat-sifat adilnya yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepadanya. Ia termasuk dalam golongan yang mengubah ciptaan Allah dan menyimpang dari fitrah Allah, padahal Allah s.w.t. telah menciptakan manusia di atas fitrahnya itu sendiri.
  







Hadith  16 - BUKAN DARI GOLONGAN KAMI……..YANG MENIRU ATAU MENYERUPAI YAHUDI DAN NASRANI



Daripada Amru bin Syuaib dari bapanya dari datuknya berkata : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda : Bukan dari golongan kami sesiapa yang menyerupai selain dari agama kami. Janganlah kalian menyerupai kaum Yahudi dan juga Nasrani. Sesungguhnya cara Yahudi mereka memberi salam dengan isyarat jari-jemari manakala Nasrani pula dengan isyarat tangan.                                                                                                                                       Riwayat At-Tarmizi



Sebagai umat yang mulia, seseorang muslim harus memiliki dan memelihara jati diri berasaskan apa yang diajarkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Oleh itu Nabi s.a.w. menyarankan agar umat ini sentiasa menjaga dan membiasakan diri dengan melarang menyerupai akhlak, suluk, tabiat dan penampilan kaum yang beragama selain Islam atau orang-orang kafir seperti Yahudi dan Nasrani. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :



Janganlah kamu memberi salam seperti orang-orang Yahudi kerana sesungguhnya mereka memberi salam menggunakan dengan kepala, tangan dan isyarat.“

Riwayat An-Nasaie


Adapun larangan ini ditujukan khas bagi sesiapa yang mampu memberi salam tetapi tidak mengucapkannya, kecuali jika ada keuzuran, seperti orang bersembahyang, bisu dan orang yang diberi salam itu jauh jaraknya sepertimana yang diriwayatkan daripada Asma’ r.a. beliau berkata yang bermaksud : 



          Nabi s.a.w. telah melalui dalam masjid dan dalamnya terdapat sekumpulan wanita yang duduk, maka Baginda memberi isyarat salam dengan tangan Baginda.

Riwayat At-Tirmizi


Wajib bagi orang-orang yang beriman menjalani kehidupan ini di atas jalan yang di lalui oleh Nabi s.a.w. dan para sahabat r.a. dan wajib mengikuti dan mencontohi segala adat dan ikutan yang membawa kepada kesahihan aqidah dan kesucian prinsip dari ajaran nabi. Setiap agama dan bangsa manusia dinilai prinsip dan pegangannya dari sudut pakaian dan penampilannya. Oleh yang demikian wajiblah bagi umat Islam menjaga keteguhan aqidahnya dengan segala upayanya melalui kemampuan fizikal, spiritual dan kemanusiannya. Nabi s.a.w. selalu memerintahkan umat Islam untuk berbeza dengan orang kafir baik dalam kehidupan seharian serta dalam perayaan mereka misalnya perayaan Natal, Valentine dan yang lain-lain. Sebelum itu Allah s.w.t. juga melarang umat Islam mengikuti jejak langkah orang-orang kafir sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud :


Dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al-Kitab kepadanya, Kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik ”

Al-Hadid : 16



Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); Sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim”

Al-Maidah : 51


Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah r.a. mengatakan : “Dalil-dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah serta ijma’ telah memerintahkan supaya menyelisihi orang-orang kafir dan melarang menyerupai mereka. Sebab menyerupai mereka secara lahiriyah merupakan sebab menyerupai tabiat dan tingkah laku mereka yang tercela. Bahkan merupakan sebab meniru keyakinan-keyakinan sesat mereka. Dan dapat mewariskan benih-benih kecintaan dan kesetiaan dalam batin kepada mereka. Sebagaimana kecintaan dalam hhati dapat menyeret kepada penyerupaan dalam bentuk lahiriyah.”





Hadith  17 - BUKAN DARI GOLONGAN KAMI... YANG TIDAK HORMAT-MENGHORMATI SESAMA INSAN DAN TIDAK MENJALANKAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR.

Daripada Ibnu Abbas berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w: Bukan dari golonganku sesiapa yang tidak mengasihi golongan muda dan yang tidak menghormati orang tua dan tidak menyeru kepada makruf dan melarang kemungkaran.

Sebagai seorang nabi, Rasulullah s.a.w telah menganggap masalah hilangnya penghormatan pada orang dewasa dan lenyapnya kasih-sayang kepada anak-anak kecil dan orang muda sebagai sebuah masalah besar. Orang tua, terutama ibubapa wajiblah selalu kita hormati sepanjang hidup kita walaupun itu bukan orang tua kita. Baginda memerintahkan agar hendaklah dimulai oleh orang yang lebih tua, sebagaimana dalam tegurannya kepada Abdul Rahman bin Sahl yang memulai pembicaraan, kerana dia adalah yang termuda ketika itu berbincang dengan dua sahabatnya, Huwayyishah dan Muhayyishah. Demikian pula ketika mengangkat seorang menjadi pemimpin jika keilmuan dan keagamaannya setara hendaklah didahulukan yang lebih tua, kecuali jika keilmuan dan keagamaan berbeza maka haruslah didahulukan ilmu dan agamanya sebagaimana dalam sabda Rasulullah s.a.w:

Yang paling berhak menjadi imam bagi suatu kaum adalah yang paling menguasai kitabullah jika dalam hal tersebut sama derajatnya maka yang paling dahulu hijrah, jika sama hijrahnya maka yang paling tua…”.

          Di dalam hadith ini juga telah menetapkan bahawa tugas menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran adalah wajib kepada umat Islam. Ia merupakan ciri khas bagi umat nabi Muhammad s.a.w. Di dalam Al-Quran Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :

Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran, merekalah orang-orang yang beruntung.”
                                                                  Surah Ali Imran : 104

      Tugas berdakwah adalah tugas semua pihak. Namun yang diberatkan untuk tugas ini ialah golongan ulama atau orang-orang yang berilmu. Sabda Rasulullah s.aw. yang bermaksud :

Barangsiapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya (kekuasaan), jikalau tidak berkuasa hendaklah dicegah dengan lisannya, jikalau tidak berkuasa juga, hendaklah dicegah dengan hatinya (membenci kemungkaran itu), dan ini adalah selemah-lemah iman.”
                                                                                          Riwayat Muslim

         Namun perlaksanaannya terdapat adab-adab yang perlu dipatuhi. Ianya mesti dengan penuh hikmah dan bijaksana yang bermula dari peringkat diri, keluarga, masyarakat, negara dan alam sejagat. Bagi penguasa dan pemerintah wajiblah ia melaksanakan amar makruf nahi mungkar dalam masyarakat dan negaranya.  












HADIS KESEPULUH - HADIS POLITIK

 
BERPEGANG TEGUH DENGAN JAMAAH ISLAM 

عَنْ حُذَيْفَةِ بن اليمان رضي الله عنه قَالَ : " أَنْ رَسُوْلُ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْل ُ : كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُوْنَ عَن رَسُوْلِ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْخَيْرِ وَكُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنِ الشِّرِّ مُخَافَةً أَنْ يُدْرِكُنِيْ , فَقُلْتُ : يَا رَسُوْلَ اللهِ , إِنّا كُنَّا فِيْ جَاهِلِيَّةِ وَشَرٌّ فَجَاءَنَا اللهُ بَهَذَا الْخَيْرِ , فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الْخَيْر مِنْ شَرٌّ ؟ قَالَ نَعَمْ , قُلْتُ : فَهَلْ مِنْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَرِّ مِنْ خَيْرٍ ؟ قَالَ نَعَمْ ,قُلْتُ هَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الخيْر مِنْ شَرٌّ قَالَ : نَعَمْ , وَفِيْهِ دَخَنٌ . قَلْتُ : وَمَا دَخْنُهُ ؟ قَالَ : قَالَ : قَوْمٌ يَهْدُوْنَ بِغَيْرِ هَدْيِيْ , تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ . قُلْتُ : فَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الخيْر مِنْ شَرٌّ ؟ قَالَ نَعَمْ , دَعَاةُ إِلَي أَبْوَابِ جَهَنَّمِ , مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قّذَفُوْهُ فِيْهَا قُلْتُ : يَا رَسُوْلُ اللهِ ! صِفْهُمْ لَنَا ! فَقَالَ : هُمْ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَّمُوْنَ بِأَلْسِتِنَا , قُلْتُ : فَمَا تَأْمُرُنِيْ إِنْ أَدْرَكَنِيْ ذَلِكَ ؟ قَالَ : تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمُيْنَ وَإِمَامَهُمْ . قُلْتُ : فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلاَ إِمَامٌ ؟ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفَرْقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَغُضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّي يُدْرَكَكَ الْمَوْتَ وَأَنْتَ عَلَي ذَلِكَ .(رواه البخاري ومسلم)
Terjemahan Hadis
Daripada Huzaifah bin Al Yaman r.a katanya :”Adalah orang ramai bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai kebaikan, manakala aku bertanya Rasulullah SAW mengenai kejahatan kerana takut menimpaku .Aku berkata : Ya Rasulullah SAW ! Kami dahulu dalam jahiliyah dan kejahatan lalu Allah mendatangkan kepada kami akan kebaikan ini, apakah sesudah kebaikan ini ada pula keburukan / kejahatan .Beliau bersabda : Ya! Saya bertanya lagi : Dan apakah sesudah kejahatan itu ada kebaikan .Beliau bersabda : Ya ! Padanya ada kejerubuan .Saya bertanya : Apakah dia kejerubuan itu ? Beliau bersabda : Orang – orang yang memimpin tidak menurut sunnahku , sehingga engkau dapat mengenal dan mengingkarinya .Saya bertanya : Apakah sesudah kebaikan itu ada lagi kejahatan ? Beliau bersabda : Ya ! Penganjur – penganjur ke pintu Jahannam , siapa yang menyahutnya akan dilemparkan ke- dalam Jahannam .Saya bertanya : Ya Rasulullah Terangkan kepada kami mengenai ciri –ciri mereka ! Beliau bersabda : Mereka dari golongan kami dan mereka bercakap dengan bahasa kami .Saya berkata : Apakah yang anda hendak perintah kpeada saya , jika saya menghadapi keadaan itu ? Beliau bersabda : Hendaklah engkau berpegang teguh dengan jamaah (kesatuan) orang –orang Islam dan pimpinan mereka ! Saya bertanya : Jika tidak ada jamaah dan tidak ada pimpinan mereka . Nabi SAW bersabda :Tinggalkanlah semua golongan itu dan menyendirilah.Walapun engkau terpaksa menggigit batang pokok sehingga mati dalam keadaan demikian itu .(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
 
Keterangan mengenai perawi Hadis.
Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Huzifah bin AlYaman seorang sahabat dari Madain semasa Khalifah Omar bin Khatab menawan Parsi , beliau wafat pada tahun 36 Hijrah .

Nilai Hadis .
Hadis ini adalah hadis yang tinggi nilainya kerana ia menerangkan tentang perkara – perkara yang akan dihadapi oleh Umat Islam pada akhir zaman seperti kejerubuan , anti hadis , kumpulan mengajak masuk neraka Jahannm dan juga pentingnya mendirikan jamaah Islam , dan langkah yang perlu diambil, kiranya jamaah itu tidak wujud , maka hendaklah tinggal berasingan , walaupun terpaksa menanggung kesusuhan dan kesulitan sehingga akhir hayat .

Keterangan Hadis secara terperinci .
1.Pengertian kebaikan dan kejahatan .
Kebaikan adalah perkara- perkara baik yang dipandang oleh syarak sama ada ia berbentuk amalan , tingkah laku , akhlak ataupun suasana , di dalam al-Quran terdapat beberapa perkataan yang membawa makna kebaikan , seperti :
الحسنة ,البر ,الخير ,الطيب , المعروف , الاحسان .
(1)Firman Allah SWT yang bermaksud :
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
(Ali Imran : 104 )
(2) )Firman Allah SWT yang bermaksud :
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya.(Ali Imran : 92 )
(3) Firman Allah SWT yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.(Al-Nahl : 90)
(4) Firman Allah SWT yang bermaksud:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, Iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)(Al-hzab :21)
Kejahatan adalah perkara –perkara yang dipandang buruk oleh syarak sama ada ia berbentuk amalan , tingkah laku , akhlak ataupun suasana , di dalam al-Quran terdapat beberapa perkataan yang membawa makna kejahatan , seperti :
الشر , السوء , القبيح ,الفاحشة ,الفساد ,السيئة .
(1)Firman Allah SWT yang bermaksud :
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(2)Firman Allah SWT yang bermaksud :Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.(An-Nisa, :85)

(3)Firman Allah SWTyang bermaksud :
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).(Ali Imran : 135)
Di dalam surah Al syams ayat 7 -10 menerangkan tentang kebaikan dan kejahatan :
7. Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
8. serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
10. dan Sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
Dalam ayat 9 surat as Syams tersebut diatas disebutkan bahwa secara fitri Allah mengilhamkan kepada jiwa manusia pengetahuan tentang keburukan (fujur) dan kebaikan (taqwa). Mengapa dalam ayat tersebut keburukan (fujur) disebutkan lebih dahulu, baru kebaikan (taqwa), bukanlah sekadar penyebutan, tetapi mengandungi makna bahwa jiwa manusia lebih mudah mengenali keburukan dibandingkan dengan kebaikan.Secara fitri, manusia akan langsung mempersepsi keburukan sebagai keburukan, karena keburukan berseberangan dengan fitrah dasar manusia sebagai makhluk yang baik. Menurut al - Qur’an manusia juga secara saikologi lebih mudah mengerjakan kebaikan, karena sesuai dengan fitrahnya (laha ma kasabat), sedangkan untuk berbuat jahat manusia harus “berjuang” melawan suara hatinya, suara nuraninya, sehingga terasa berat (wa `alaiha ma iktasabat). Kalimat kasabat dan iktasabat dalam bahasa Arab mengandungi erti dasar yang sama, tetapi kasabat dalam al Qur’an terdapat sebutan al khair dan fahisyah. Al Khair mengandungi erti mudah mengerjakannya dan iktasabat mengandungi erti susah mengerjakannya ,firman Allah yang bermaksud :
ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Al-Baqarah : 286)
Dalam Al-Quran terdapat sebutan al khair dan fahisyah .Al Khair mengandungi erti kebaikan yang biasa yang datangnya dari Tuhan dan bersifat menyeluruh seperti keadilan, kejujuran, berbakti kepada orang tua, menolong yang lemah dansebagainya. Pandangan ini secara fitri dimiliki oleh semua manusia sepanjang zaman, bahkan pada masyarakat primitip yang belum mengenal pendidikan.

Sedangkan bagaimana cara menegakkan keadilan dan kejujuran, atau bagaimana caranya berbakti kepada orang tua atau bagaimana caranya membela orang lemah, tidak lagi masuk kategori al khair, tetapi masuk apa yang dalam al Qur’an disebut al ma`ruf, ya’muruna bi al ma`ruf firman Allah SWTyang bermaksud:
dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji.(Ali Imran : 104)
Makruf membawa makna sesuatu yang di ketahui umum , kemudian diberi makna sebagai kebajikan ..
Sedangkan fahisyah mengandungi erti sesuatu yang secara umum dipandang
sebagai kekejian.
Dalam al Qur’an firman Allah SWT Ayat 15 Surah An –Nisa yang bermaksud:
Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu,).
Fahisyah sering digunakan untuk menyebut zina. Ertinya secara fitri, semua manusia sepanjang sejarah kemanusiaan pada dasarnya mengerti bahwa hubungan seks di luar nikah (zina) adalah perbuatan keji. Para pezina professional pun tersinggung jika isterinya dizinai orang lain karena secara fitri zina adalah fahisyah, sesuatu yang jelas kekejiannya. 

2.Tiap –tiap kebaikan diikuti dengan kejahatan dan sebaliknya .
Pada kebiasaannya kebaikan akan diikuti oleh kejahatan atau sebaliknya , kedua-duanya datang silih berganti seperti yang diterangkan di dalam hadis ini yang mana Rasulullah SAW menyebut :
a.Selepas kebaikan datang kejahatan
b.Selepas kejahatan datang kebaikan .
Contoh Selepas kejahatan datang kebaikan , orang Arab pada mulanya musyrik kemudian mereka memeluk Islam.
Dan contoh Selepas kebaikan datang kejahatan , umat Islam hidup dengan aman menganut Islam datang beberapa anasir jahat untuk merosakkan umat Islam .
Di dalam hadis lain Rasulullah Saw bersabda :
وَاتَّبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا
“Ikutilah kejahatan dengan mengerjakan kebaikan nescaya menghapuskannya”.
 
3.Umat Islam akan ditimpa kejerubuan .
Sebagaimana diterangkan di atas bahawa selepas kebaikan akan datang kejahatan ,iaitu mereka akan ditimpa oleh kejerubuan , apakah yang dimaksudkan dengan kejerubuan itu ? Rasulullah menerangkan ialah pemimpin yang memimpin tidak ikut sunnah Rasulullah , maka ini adalah satu kejahatan , kerana Umat Islam diperintahkan berpegang teguh kepada sunnah Rasulullah ,sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِيْنَ , عَضُّوْا عَلَيْهَا بِالْنَوَاجَدِ
“Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khalifah yang mendapat kebenaran dan pertunjuk dan gigitlah dengan gerham-gerham gigi (berpegang sungguh-sungguh).”

4.Ciri –ciri kumpulan yang mengajak masuk neraka jahannam .
Kumpulan ini adalah mempunyai dua ciri :
(1) Dari golongan Islam sendiri .
(2) Tahu tentang Islam , dan bercakap dalam nada Islam .
Kumpulan yang disebutkan di atas adalah kumpulan yang mengajak masuk neraka jahannam , mereka adalah orang Islam , tahu tentang Islam , mengaku Islam ,bercakap dalam nada Islam , tetapi bertujuan untuk meruntuhkan Islam , golongan ini amat bahaya kepada gerakan Islam , kerana merupakan gunting dalam lipatan , musuh dalam selimut, menganjurkan pesta - pesta berbentuk amal , tetapi mengandungi unsur –unsur maksiat yang disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai pengajur kepada masuk neraka Jahannam ,seperti kanival –kanival yang bercanggah dengan Islam , yang mana berlakunya pergaulan bebas muda mudi , yang akhirnya berlakulah perzinaan ,minum arak dan lain, dari segi ekonomi menjalankan kegiatan yang berunsur riba . Oleh itu kita hendaklah menghadapi kumpulan ini dengan dakwah “Menyuruh berbuat makruf , mencegah kemungkaran”.Ketahuilah bahawa neraka Jahannam itu amat panas ,yang akan dipenuhkan oleh Allah akan mereka-mereka yang menganjurkan masuk ke dalamnya ,
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“ (Peringatkanlah manusia) akan hari Kami bertanya kepada neraka Jahannam: "Adakah Engkau sudah penuh? " ia menjawab: "Adakah lagi sebarang tambahan?" (Qaaf : 30)
 
5.Kepentingan berjamaah .
Allah SWT telah berfirman di dalam surah al-Hajj, ayat 41 yang bermaksud :
Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.
Daripada ayat ini terang dan jelas kepada kita bahawa tugas ummat Islam , di samping mereka itu mendirikan solat dan mengerjakan tugas –tuga ‘ibadat yang diperintahkan oleh Allah SWT , sama ada secara wajib atau pun sunat , mereka juga hendaklah merubah muka bumi ini ke corak yang diredai oleh Allah SWT dengan menegakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran .Oleh kerana tugas dan tanggungjawab untuk menegak kebaikan dan mencegah keburukan ini merupakan satu tugas yang amat besar yang tidak mungkin dilaksanakan secara perseorangan , maka Islam mengarahkan ummatnya atau memerintah kepada penganutnya supaya mewujudkan jamaah yang terdiri dari perbadi –peribadi Muslim yang berada dalam satu jamaah Islam yang dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang besar itu . 
Dalam ayat yang lain Allah berfirman yang bermaksud:
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.(Ali Imran : 104 )
Daripada ayat ini , terang dan jelas kepada kita sebagaimana ditafsirkan oleh ulamak – ulamak Islam bahawa tugas kita ummat Islam ini di samping kita mengerjakan tugas ibadah kepada Allah SWT, di mana termasuk di dalam pengertian ibadah itu juga ialah kita dapat menjalankan tugas- tugas kita di atas muka bumi ini , sebagaimana yang diamanahkan oleh Allah SWT iaitu untuk menjadi khalifah sebagai pentadbir bumi ini .
Oleh kerana itu tugas kita Ummat Islam adalah merubah muka bumi ini dengan corak Islam ialah dengan cara berdakwah dan menegakkan kekuasaan serta kemampuan yang dapat mengujudkan suasana dan keadaan Islam yang dikehendaki oleh Allah SWT .
Tugas dan tanggungjawab yang diterangkan di atas tidak mungkin dilakukan oleh seorang Islam secara perseorangan , walau bagaimana kuatnya sekalipun , ia memerlukan satu jamaah Islam , hal ini amat penting sehinggakan Rasulullah SAW bersabda :
مَنْ خَرَجَ مِنَ الْجَمَاعَةِ قِيْدَ شِبْرٍ فَقَدْ خَلَعَ رِيْقَةَ الْإِسْلاَمِ مِنْ عُنُقِهِ إِلاَّ أَنْ يَرْجَعَ وَمَنْ دَعَا بِدَعْوَى الْجَاهِلِيَّةِ فَهُوَ مِنْ جَثَاءِ جَهَنَّمَ , قَالُوْا : يَا رَسُوْلَ اللهِ وَإِنْ صَامَ وَإِنْ صَلَّى قَالَ : وَإِنْ صَامَ وَإِنْ صَلَّى وَزَعَمَ أَنَّهُ مُسْلِمٌ فَادْعُوْا الْمُسْلِمِيْنَ بِأَسْمَائِهِمْ بِمَا سَمَّاهُمْ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ الْمُسْلِمِيْنَ الُمُؤْمِنِيْنَ عِبَادَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ . (رواه أحمد( .
“Barangsiapa yang keluar daripada jamaah Islam,daripada golongan Islam walaupun sekadar sejengkal, seolah –olah dia memutuskan ikatan Islam daripada tengkoknya kecuali dia kembali .Siapa yang menyeru kepada seruan jahiliyah maka dia adalah daripada bahan bakar api jahannam . Lalu sahabat bertanya :”Wahai Rasulullah ! Bagaimanakah kalau sekiranya seseorang itu bersolat dan berpuasa “.Rasulullah SAW menjawab :”Sekalipun dia bersolat dan berpuasa dan sekalipun dia yakin bahawa dirinya muslim dan kamu serulah orang – orang Islam dengan nama – nama mereka yang Allah telah namakan kepada mereka yang muslim dan beriman sebagai hamba-hamba Allah “. (Hadis riwayat : Ahmad) .
Ini menunjukkan kepada kita betapa besarnya tanggungjawab melibatkan diri dalam jamaah Islam .Berhubung dengan jammah Islam Allah SWT mensifatkannya dalam dua tempat :
Pertama : Dalam surah Al – Maaidah ayat 54 – 56 )yang bermaksud :
54.Wahai orang-orang yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya.
55. Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).
56. dan sesiapa yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang.
Kedua : Dalam Surah Al-Mujadilah ayat 22 yang bermaksud :
Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadanya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya.
merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.
Dalam dua tempat ini ayat 54-56 surah Al-Maaidah dan ayat 22 surah Al –Mujadilah Allah SWT menerangkan kepada kita betapa perlunya jamaah Islam itu .Dan hendaklah diadakan , walaupun menghadapi tekanan dan cabaran dari pihak –pihak yang tidak suka kepada Islam . Di dalam hadis ini kalau pimpinan Islam dan jamaah Islam tidak wujud,maka umat Islam hendaklah melakukan langkah –langkah seperti berikut :
a.Tinggalkan golongan yang bukan jamaah Islam.
b.Tinggal bersendirian walaupun susuh dan sulit sekalipun .

Penjelasan :
a.Tinggalkan golongan yang bukan jamaah Islam.
Jika tidak ada jamaah Islam untuk dimasuki , maka dilarang untuk menyertai kumpulan yang tidak berteraskan Islam , kerana kumpulan itu akan membawa kesesatan dan kerugian , sebagai contoh kita akan menyesal kemudian hari , kerana berkawan dengan orang yang jahat ,seperti dikisahkan oleh Allah di dalam firmanNya yang bermaksud :
27. dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau Aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul?
28. "Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau Aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!
29. "Sesungguhnya Dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaKu. dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan Dia sahabat karibnya)". (Al-Firqaan : 27 -29).
Langkah yang paling baik hendaklah tinggalkan kumpulan yang bukan jamaah Islam itu
b.Tinggal bersendirian walaupun susah dan sulit sekalipun
“Nabi SAW bersabda :Tinggalkanlah semua golongan itu dan menyendirilah.Walapun engkau terpaksa menggigit batang pokok sehingga mati dalam keadaan demikian itu “
Umat Islam dikehendaki tinggal bersendirian , jangan sekali –kali menghampiri jamaah yang bukan jamaah Islam ,walaupun tinggal bersendirian itu akan menemui kesusuhan seperti makanan ,pakaian , tempat tinggal dan lain – lain kemudahan , kerana ia merupakan suruhan rasul yang patut dituruti , jika ada peluang mengumpulkan orang maka cuba tubuhkan jamaah Islam , untuk menjamin kehidupan yang baik dan selesa .

Pengajaran Hadis .
1.Umat Islam akan menghadapi beberapa pertukaran antara kebaikan dan kejahatan ,sebagai contoh dahulunya di dalam kejahilan , kemudian bertukar menjadi Islam.
2. Umat Islam hendaklah berhati –hati di dalam menjalani kehidupan , kerana mereka akan menghadapi ancaman daripada musuh-musuh Islam seperti golongan anti hadis (tidak pakai sunnah) yang mengajak ke arah kebinasaan dari segi akidah dan ibadah .
3. Umat Islam perlu berpegang teguh dengan jamaah Islam , yang mana dapat memimpin kea rah kesejahteraan dan menyelamatkan diri dari siksaan Allah .
4. Jika pimpinan dan jamaah Islam tidak ada, maka dilarang menyertai mana-mana kumpulan yang bukan jamaah Islam.
5. Umat Islam dikehendaki tinggal berasingan , jauh dari kumpulan yang menyesatkan , walaupun terpksa makan daun – daun dan batang – batang pokok sehingga menemui ajal



عَنْ أَبِيْ سَعِيْدِ الْخّدْرِيْ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :إِذَا خَرَجَ ثَلاَثَةٌ فِيْ سَفَرٍ فَلْيُؤَمَّرُوْا أَحَدَهُمْ .
Terjemahan Hadis
Daripada Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda :Apabila tiga (orang Islam) keluar dalam satu perjalanan maka hendaklah mereka melantik seorang dari mereka menjadi ketua “.(Hadis riwayat : Abu Daud) . 

Keterangan mengenai Perawi Hadis
Abu Said adalah seorang sahabat yang banyak menghafaz , dan banyak illmu , adalah orang yang terkenal di kalangan Ansar , fikiran yang pintar dan bijaksana . Hadis yang diriwayatkannya kira – kira sebanyak seribu lebih .
Nilai Hadis
Hadis ini penting untuk diamalkan di dalam masyarakat , melantik imam adalah tugas yang wajib bagi rakyat , supaya mereka mendapat panduan dan ada orang bertanggungjawab mentadbirkan mereka .

Keterangan Hadis secara terperinci

(i)Pengertian Imam (pemimpin).
Imam (pemimpin ) ialah ketua kepada sesuatu kumpulan , yang bertanggungjawab di dalam memandu arah kepada kumpuannya .ia mencakupi semua bidang , seperti suami ketau sebuah rumah tangga , Penghulu bagi , mukim dan sebagai nya .Setaiap yang kena pimpin hendaklah taat kepada orang memimpinnya , selagi ketua (pemimpin ) itu
tidak melakukan maksiat kepada Allah atau menyuruh kepada berbuat maksiat kepada Allah SWT .
Di dalam Al-Quran banyak perkataan Imam (pemimpin) disebut di dalamnya seperti ayat 124 Surah al-Baqarah yang bermaksud:
Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim."
Dan ayat 73 Surah Al-Inbiyaa’ yang bermaksud:
73. dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada kami
Dan juga ayat 74 Surah al-Fuqan yang bermaksud :
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
(ii) Pendapat ulamak mengenai kewajipan melantik imam(pemimpin) .
Telah menjadi ijma’ ulama Islam bahawa wajib mendirikan pmerintahan Islam dan menjalan syariat Islam , maka pemerintahan Islam tidak akan berjalan tanpa adanya ketua (imam ) yang memimpin.Berikut beberapa pendapat ulamak-ulamak mengenai kewajipan melantik Imam (pemimpin ) di dalam sesebuah jamaah :
(a) Iman al-Jurjani berkata :
إِنَّ نَصْبَ الإِمَامِ مِنْ أَتَمِّ مَصَالِحِ الْمُسْلِمِيْنَ وَأَعْظَمِ مَقَاصِدِ الدِّيْنِ .
Sesungguhnya perlantikan Imam (pemimpin) itu adalah sebahagian dari maslahat – maslahat kaum muslimin yang paling sempurna dan sebesar –besar matlamat agama .
(b) Imam al-Ghazali berkata :
إِعْلَمْ أَنَّ الشَّرِيْعَةَ أَصْلٌ وَالْمُلْكَ حَارِسٌ وَمَالاَ أَصْلَ لَهُ فَمَهْدُوْمٌ وَمَالاَ حَارِسَ لَهُ فَضَائِعٌ .
“Ketahuilah bahawa syariat itu adalah dasar dan pemerintahan itu adalah pengawalnya .Sesuatu yang tiada dasar akan runtuh dan sesuatu yang tiada pengawalnya akan sia – sia .
(c)Al-Imam syikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata :
يَجِبُ أَنْ يُعْرَفَ أَنَّ وِلاَيَةَ أَمْرِ النَّاشِ مِنْ أَعْظَمِ وَاجِبَاتِ الدِّيْنِ بَلْ لاَ قِيَامَةَ لِلْدِيْنِ إِلاَّ بِهَا .
Wajiblah diketahui bahawa pimpinan urusan manusia itu adalah di antara kewajipan agama yang terbesar, bahkan agama tidak boleh tegak kecuali dengan adanya pemerintahan /pimpinan .
(d) Al- Mawardi berkata :
عَقْدُ الْإِمَامَةِ لِمَنْ يَقُوْمُ بِهَا فِي الْأُمَّةِ وَاجِبٌ بَالْإِجْمَاعِ .
Melantik imam (pemimpin) bagi orang yang akan menegakkan pemerintahan itu di kalangan umat Islam adalah wajib secara ijma’ .

(e)Kata Ibnu Kahldun :
إِنَّ نَصْبَ الْإِمَامِ وَاجِبٌ قَدْ عُرِفَ وُجُوْبَهُ فِي الشَّرْعِ بِإِجْمَاعِ الصَّحَابَةِ والتَّابِعِيْنَ لِأَنَّ أَصْحَابَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَي الله عِنْدَ وَفَاتِهِ بَادِرُوْا إِلَى بَيْعَةِ أَبِىْ بَكْرٍ رَضِي اللهُ عَنْهُ وَإِلَى تَسْلِيْمِ النَظّرِ إَِلَيْهِ فِى أُمُوْرِهِمْ وَكَذَا كُلِّ عَصْرٍ مِنْ بَعْدَ ذَلِكَ وَلَمْ يُتْرِكَ النَّاسُ فَوْضَي فِيْ عَصْرِ مِنَ الْأَعْصَارِ وَاسْتَقَرَّ ذَلِكَ إِجْمَاعًا دَالاً عَلِى نَصْبِ الْإِمَامِ .
Sesungguhnya perlantikan imam ( pemimpin) itu adalah wajib .Kewajipan ini sesungguhnya dapat diketahui dalam syarak dengan ijma’ sahabat dan tabi’in r.a kerana sahabat –sahabat Rasulullah SAW di kala beliau wafat segera membai’ahkan Abu Bakar (sebagai khalifah) dan menyerahkan urusan mereka kepada kebijaksanaannya .Dan demikian (yang berlaku ) pada tiap – tiap zaman sesudah itu .Manusia tidak dibiarkan dalam keadaan kacau – bilau pada satu –satu masa , maka tetaplah yang demikian itu menjadi ijma’ yang menunjukkan wajibnya melantik imam (pemimpin) .
(iii)Tugas Imam(pemimpin) .
Apabila imam (pemimpin ) itu dilantik maka ia perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap mereka yang ia pimpin , sebagai contoh imam bagi sebuah negara bertanggung jawab seperti berikut :
(a)Mengislahkan masyarakat melalui guna tenaga yang layak .
Imam (pemimpin) hendaklah mengislahkan masyarakat , dengan melantik penolong-penolomgnya mereka yang benar –benar layak , supaya tugas yang diberikan kepada mereka dapat dijalankan dengan sebaik-baiknya , dan tidak membazirkan tenaga dan wang .
(b)Menegakkan kebenaran Islam.
Imam (pemimpin) berkewajipan menegekkan kebenaran Islam , dalam hal ini sekalipun kebenaran itu boleh menggugat jawatannya .
Firman Allah SWT yang bermaksud :
(Nabi-nabi Yang telah lalu itu) ialah orang-orang Yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah. dan cukuplah Allah menjadi penghitung (segala Yang dilakukan oleh makhluk-makhlukNya untuk membalas mereka). (al –Ahzab :39)
(c)Memelihara karamatul Insan (Nilai kemusiaan ) .
Imam (Pemimpin) hendaklah memerlihara nilai kemanusiaan dengan menjauhkan dirinya daripada melakukan sesuatu yang bertentangan dengan akhlak Islam dan peradapan timur .Meletakkan kepentingan negara dan rakyat lebih utama dari kepentingan peribadi .
(d)Memakmurkan bumi Allah SWT :

Memakmurkan bumi Allah SWT dalam koneks pertumbuhan, perkembangan ekonomi dan pembangunan negara adalah merupakan perkara yang semesti diambil berat .Segala urusan yang bersangkutan dengan ekonomi dan pembangunan negara hendaklah ditimbang dari segi keperluan dan kemanfaatan umat .Pengagihan kekayaan negara hendaklah dipastikan supaya dapat dirasai bersama oleh seluruh rakyat .Mempastikan tidak ada jurang perbezaan yang luas (jauh) di kalangan rakyat , memastikan wujudnya perindustrian ,perdagangan dan urusniaga .
(e)Menjalankan urusan Amar makruf dan Nahi munkar .
Adalah menjadi tanggungjawab imam (pemimpin) mengarah kepada melakukan amar makruf dan nahi munkar demi untuk mengujudkan negera yang sejahtera .
Firman Allah SWT yang bermaksud :
Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada kami. (Al-Anbiyaa’ :73)
Dan Firman Allah SWT yang bermaksud :
Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (Al-Hajj :41)
Pengajaran Hadis .
1. Di dalam sesuatu jemaah maka wajib melantik imam (pemimpin) untuk mengurus atau memandu jemaah tersebut .
2. Makmum (pengikut ) perlu taat kepada perintah imam (pemimpin) selagi dia tidak menyuruh kepada berbuat maksiat kepada Allah SWT .
3. Ketaatan kepada imam (pemimpin) akan terbatal apabila di dapati imam (pemimpin) itu menderhaka kepada Allah SWT.



Hadis Keempat 

PEMERINTAH YANG DIKASIHI RAKYAT

عَنْ عَوْفْ بِنْ مَالِك رضي الله عنه قَالَ : أن رَسُوْلَ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :خِيَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِيْنَ تُحِبُّوْنَهُمْ و َيُحِبُّوْنَكُمْ وَيُصَلِّوْنَ عَلَيْكُمْ وَتُصَلُّوْنَ عَلَيْهِمْ , وَشِرَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِيْنَ تُبْغِضُوْنَهُمْ وَيُبْغِضُوْنَكُمْ وَتَلْعَنُوْنَهُمْ وَيَلَعَنُوْنَكُمْ .قِيْلَ : يَا رَسُوْلَ اللهِ أَفَلاَ نُنَابِذْهُمْ بِالسَّيْفِ ؟فًقَالَ : لاَ مَا قَامُوْا فِيْكُمُ الصَّلاَةَ , وَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْ وِلاَتِكُمْ شَيْئًا تَكْرَهًوْنَهُ فَأَكْرَهُوْا عَمَلَهُ وَلاَ تَنْزَعُوْا يَدًا مِنْ طَاعَةٍ .
( رواه مسلم , الداريمي , احمد ) 
 
Terjemahan Hadis .
Daripada Auf bin Malik r.a berkata :Bahawasa Rasulullah SAW bersabda:” Pemerintah – pemerintah kamu yang terbaik ialah yang kamu mengasihi mereka dan mereka mengasihi kamu , mereka berdoa untuk kamu dan kamu berdoa untuk mereka .Dan Pemerintah –pemerintah kamu yang paling jahat ialah pemerintah –pemerintah yang kamu membenci mereka dan mereka membenci kamu , kamu mengutuk mereka dan mereka mengutuk kamu .Rasulullah SAW ditanya : Ya Rasulullah ! Bolehkah kami memecat dan memerangi mereka dengan pedang ? Rasulullah SAW bersabda : “ Tidak ! selama mereka mendirikan solat di antara kamu .  Dan apabila kamu melihat sesuatu yang kamu tidak menyukainya dari pemerintah –pemerintah kamu , maka hendaklah kamu membenci amalannya dan jangan kamu menderhaka .” (Hadis Sahih )

Keterangan mengenai perawai Hadis.
Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim , Al-Darimi dan Ahmad dari Auf bin Malik seorang sahabat Rasulullah 
Nilai Hadis.
Hadis ini adalah sangat tinggi nilainya kerana memberi keterangan tentang tanggungjawab rakyat terhadap pemerintah , hendaklah ditaati dan dipatuhi sebagai pemerintah , jika masih mendirikan solat .Tidak boleh dipecat atau menderhakakan kepadanya.
Kupasan Hadis secara terperinci .
1.Ciri –ciri pemerintah yang baik.
Pemerintah atau orang yang bertanggungjawab dalam mana-mana kedudukan dianggap sebagai contoh kepada rakyat , oleh itu ia hendaklah mempunyai sifat –sifat (akhlak) yang berikut supaya menjadi pemerintah yang baik :
a.Mengasihi rakyat dengan kasih sayang - dengan bersihnya hati dari perasaan hasad dengki , kebencian , iri hati,dan punca-punca yang boleh mendatangkan permusuhan dan pertengkaran .

b.Mempunyai sifat lemah lembut , mudah berurusan .dan dapat menarik rakyat kasih kepadanya , jauh dari kekasaran firman Allah SWT yang bermaksud:
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
(Ali Imran : 159 )

c. Berani dan bermaruah dan tidak penakut atau membuta tuli
d. Bersifat benar .
Sifat benar pemerintah akan dapat meningkatakan kepercayaan rakyat terhadapnya.
e.Tawadhu’ dan tidak meninggi diri ke atas rakyat .
Dengan sifat ini akan menghimpunkan hati-hati rakyat di sekelilingnya .
Firman Allah SWT yang bermaksud :
Dan hendaklah Engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman. (Asy – syu’raa’ : 215 )

f.,Kemaafan dan dapat menahan kemarahan . 
Adalah pemerintah perlu sangat mempunyai sifat ini , kerana ia mudah terdedah kepada sikap yang bermacam –macam dan masalah yang berbagai – bagai .
Firman Allah SWT yang bermaksud :
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; (Ali Imran : 134 )
Dan lain sifat –sifat mahmudah yang perlu ada pada seoramg pemerintah , supaya ia dikasihi rakyat .

2.Ciri-ciri pemerintah yang zalim (jahat)
Pemerintah yang zalim adalah dimurkai Allah kerana mempunyai sifat –sifat berikut :
a. Tidak mengasihi rakyat , dan rakyat benci kepadanya .
b. Berlaku kutuk mengukutuk di antaranya dengan rakyat .
c. Menindas rakyat dengan kezaliman .
d.Tidak ada tolak ansur dengan rakyat ( Kuku besi ) .
e.Tidak mahu mendengar pemintaan rakyat dan juga nasihat dan teguran dari rakyat .

3.Pendapat ulamak mengenai cara bermuamalah dengan pemerintah yang zalim 
1.Pendapat Abu Jaafar At-Thawi :
“kita tidak memandang adanya kebolehan untuk memberontak imam-imam dan Wulatul Umur sekalipun mereka itu zalim dan kita tidak mendoakan perkara yang buruk buat mereka. Kita tidak mencabut tangan ketaatan kepada mereka dan kita pun memandang ketaatan kepada mereka merupakan bahagian dari ketaatan kepada Allah, selama mereka tidak memerintahkan kepada kemaksiatan. Kita juga mendoakan kepada mereka.” 
(Syarah Aqidah Thahawiyyah 368)
2.Pendapat Imam Al-Barbahari :
“Ketahuilah, bahwa kezaliman sultan tidak mengurangi sedikitpun kewajiban yang diwajibkan oleh Allah melalui lisan Rasul-Nya (yakni untuk taat kepada sultan), kezhaliman dia (sultan) atas dirinya dan ketaatan serta kebaikanmu bersamanya,adalah sempurna isnya Allah, yakni ketaatan kau berjama’ah, shalat Jum’at dan jihad bersamanya, dan bergabunglah bersamanya dalam setiap amalan ketaatan. Bila kamu melihat seseorang mendoakan kecelakaan buat sultan ketahuilah bahwa dia pelaku bid’ah. Dan bila kamu mendengarkan seseorang mendoakan kebaikan buatnya, ketahuilah bahwa dia itu Ahlus Sunnah, insya Allah.” (Syarhus Sunnah 51)

Jumaat, 3 Ogos 2018

Assalamualaikum sedikit renungan bersama Abg Ariff insya Allah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.

1. Orang yang berilmu dijanjikan Allah kedudukan yang tinggi di dunia mahupun di akhirat kelak.
2. Islam menuntut keihlasan niat dalam segala perkara termasuklah dalam menuntut ilmu sama ada yang berbentuk keduniaan atau ilmu agama. Dengan perkataan lain, setiap ilmu yang dituntut janganlah terkeluar daripada landasan syariat. Ia mestilah dimanfaatkan untuk kebaikan di dunia dan akhirat serta mengutamakan kebajikan manusia sejagat bukannya untuk kepentingan dunia semata seperti mengumpul harta, merebut kenaikan pangkat atau mengejar ˜glamour' dan sebagainya.
3. Ilmu yang berkat adalah ilmu yang membuatkan seseorang itu semakin dekat dengan Allah SWT bukan menjadikan ia semakin jauh dan lalai sehingga melanggar hukum tuhan dan sanggup melakukan kemungkaran seperti keganasan, menipu, mencuri, merampas hak orang dan sebagainya.

Ahad, 18 Februari 2018

Assalamualaikum renungan bersama Abg Ariff serta semua sahabat2 Insyaallah tentang (ULAMAK TIDAK DIPEDULIKAN
LAGI)
Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; Ya Allah! Jangan
kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa
di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak
disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya) lidah mereka seperti
lidah orang Arab (pada fasihnya).(Riwayat Ahmad)

Mungkin zaman sekarang ini sudah mendekati keadaan yang telah digambarkan oleh
Rasulullah saw. ini. Masyarakat sudah agak jauh dari para ulama. Mereka takut
mendekati para ulama, kerana khuatir perbuatan mereka akan ditegur. Orang tidak segan
lagi membuat maksiat walau pun di hadapan orang yang tinggi akhlaknya. Terkadang,
sengaja perkara maksiat itu dibuat di hadapan para Ulama untuk menyatakan rasa ego
dan sekaligus untuk menyinggung perasaan mereka. Golongan ini juga pandai bercakap
dan sering memutarbelitkan kenyataan. Percakapan mereka begitu halus dan memikat
orang lain pada hal hati mereka adalah hati harimau yang bersedia untuk menerkam dan
memangsa musuhnya.

Sabtu, 10 Februari 2018

Assalamualaikum sedikit renungan bersama Abg Ariff serta semua sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 'Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki.
 Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi

1. Hasad dengki itu adalah seumpama api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti api yang membakar kayu.
2. Adanya perasaan dengki menunjukkan iman seseorang itu belum sempurna malah dengki merupakan sifat yang diwarisi daripada syaitan. Kerana dengkilah maka syaitan menggoda Adam a.s hingga terkeluar daripada syurga dan kerana dengki juga maka terjadinya pembunuhan di antara Qabil dan Habil.
3. Seorang pujangga Arab pernah berkata: Orang hasad tidak akan senang hidupnya dan orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang tidak berakhlak.
4. Dengki yang diharuskan dalam Islam hanyalah dengki yang menjadikan manusia berebut2 melakukan kebaikan seperti berlumba2 menuntut ilmu atau berlumba2 melakukan ibadat dan yang seumpamanya.

Khamis, 8 Februari 2018

   Assalamualaikum sedikit renungan di pagi Jumaat yang mulia ini bersama Abang Arif serta sahabat-sahabat yang dirahmati Allah InsyaAllah Semoga kita semua diberi kekuatan kesihatan oleh Allah subhanallah Taala di dalam ibadah beramal soleh diampun segala dosa-dosa.

Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah (mandi dengan membersih seluruh tubuh badan), kemudian dia pergi ke Jumaat (solat Jumaat) (sebagai orang yang pertama sampai) maka sama halnya seperti orang yang berkorban seekor unta; dan sesiapa yang datang sebagai orang kedua, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor lembu betina; sesiapa yang datang sebagai orang ketiga, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor biri-biri bertanduk; sesiapa yang datang sebagai orang keempat, sama halnya dengan seorang yang berkorban seekor ayam; dan sesiapa yang datang sebagai orang kelima; sama halnya dengan orang yang berkorban dengan sebutir telur. Apabila imam telah menaiki mimbar maka para malaikat yang hadir juga ikut mendengar khutbah.
Riwayat:  (Bukhari)

Allah menetapkan kelebihan tertentu pada tempat dan masa. Contohnya Allah melimpahkan berkat-Nya terhadap Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah daripada segala tempat lain di dunia ini. Begitu juga dengan kelebihan masa iaitu Allah SWT telah melebihkan Ramadhan daripada segala bulan yang lain dan Allah juga melebihkan hari Jumaat daripada segala hari yang lain dalam seminggu. Hari Jumaat juga dinamakan ˜Yaumul-mazid' iaitu hari pemberian tambahan kerana pada hari berkenaan, Allah mengurniakan rahmat yang banyak kepada hambanya. Segala permohonan seseorang hamba itu akan dikabulkan sekiranya permohonan itu menepati waktu yang dinamakan ˜waktu mustajab'. Betapa mulianya hari Jumaat ini hingga Allah juga mensyariatkan agar dikerjakan solat khusus pada hari tersebut iaitu yang dinamakan solat Jumaat di mana bagi setiap orang yang pergi menunaikan solat tersebut disediakan ganjaran yang amat besar yang tidak ada pada hari-hari yang lain. Tetapi malang sekali ada juga antara kita yang berasakan hari Jumaat adalah sama seperti hari-hari lain. Ini menyebabkan mereka mengisi hari tersebut dengan hati yang kosong, tanpa doa dan harapan kepada pencipta-Nya. Lebih malang lagi, ada pula yang sanggup meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja, tanpa rasa berdosa kepada Allah SWT. Golongan ini bukan sahaja lupa pada kewajipan mereka terhadap Allah, malah mereka lupa pada azab Allah yang bakal menimpa. Jauh sekali ingin meraih seribu satu keuntungan daripada kemuliaan hari tersebut.