Hadis ini telah dipetik daripada buku bertajuk
BUKAN DARI GOLONGANKU… Himpunan Ustaz Kamil Ashaari dan Nafisah Binti Hj. Md. Tahir cetakan pertama Ogos 2007
BUKAN DARI GOLONGANKU… Himpunan Ustaz Kamil Ashaari dan Nafisah Binti Hj. Md. Tahir cetakan pertama Ogos 2007
Hadith 1
Bukan dari golonganku ………… yang tidak menyukai sunnahku.
أَنَّ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ جَاءَ ثَلَاثَةُ رَهْطٍ إِلَى بُيُوتِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْأَلُونَ عَنْ عِبَادَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا أُخْبِرُوا كَأَنَّهُمْ تَقَالُّوهَا فَقَالُوا وَأَيْنَ نَحْنُ مِنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ قَالَ أَحَدُهُمْ أَمَّا أَنَا فَإِنِّي أُصَلِّي اللَّيْلَ أَبَدًا وَقَالَ آخَرُ أَنَا أَصُومُ الدَّهْرَ وَلَا أُفْطِرُ وَقَالَ آخَرُ أَنَا أَعْتَزِلُ النِّسَاءَ فَلَا أَتَزَوَّجُ أَبَدًا فَجَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَيْهِمْ فَقَالَ أَنْتُمْ الَّذِينَ قُلْتُمْ كَذَا وَكَذَا أَمَا وَاللَّهِ إِنِّي لَأَخْشَاكُمْ لِلَّهِ وَأَتْقَاكُمْ لَهُ لَكِنِّي أَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأُصَلِّي وَأَرْقُدُ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata ; Pada suatu hari sekumpulan kaum muslimin ( dalam lingkungan tiga orang sahabat ) datang kepada isteri Rasulullah s.a.w. Mereka bertanyakan tentang jumlah ibadat yang Rasulullah s.a.w. lakukan setiap hari. Setelah mendapat penjelasan, mereka menggangap ibadah Rasulullah s.a.w. hanya sedikit. Mereka berkata : Kita tidak boleh meniru – niru baginda s.a.w. kerana Allah telah mengampuni segala dosanya yang telah lalu dan yang akan datang! Salah seorang dari mereka berkata : Aku tidak begitu, kerana aku bersembahyang malam ( tahajjud ) terus – menerus!.. Sahabatnya menyahut : Aku berpuasa terus – menerus tanpa berbuka!.. Dan sahabat yang lain berkata : Aku menjauhkan diri dari perempuan dan tidak akan berkahwin selama – lamanya! Ketika Rasulullah s.a.w datang, baginda bersabda : Tadi kamu telah mengatakan begini dan begitu….. Demi Allah, aku ini lebih takut dan lebih bertaqwa kepada Allah daripada kamu sekelian; tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku menunaikan sembahyang dan tidur, dan aku berkahwin dengan wanita. Kerana itu sesiapa yang tidak menyukai sunnahku ia bukan dari golonganku ( bukan dari umatku ).
Riwayat Bukhari, Muslim dan Nasaie, lafaz oleh Bukhari.
Didalam maksud hadith ini ialah nabi diutuskanNya adalah untuk diteladani, dicontohi dan dipatuhi dan bukanlah untuk dikagumi semata-mata malah apa yang dilakukan adalah yang terbaik untuk diikuti. Menambah-nambah dan berlebihan dalam ibadah adalah sesuatu yang dipanggil di dalam islam sebagai bid’ah.
Kehidupan manusia didalam dunia ini terbahagi kepada tiga jenis golongan :
Yang berpaling dari dunia dan menghinanya kerana ianya sibuk menyuburkan jiwa dan ruhnya dengan beriktikaf dan mengasingkan diri dari masyarakat semata-mata untuk beribadat sehingga sanggup membujang.
Yang tenggelam dengan dunia dan perhiasannya iaitu dengan bermati-matian mengumpul harta hanya untuk kepentingan peribadinya tanpa memperdulikan akhlak yang mulia serta keperluan ruh untuk disucikan serta tidak menunaikan haknya kepada penciptanya yang telah melimpahkan rezeki keatasnya dengan mensyukuri segala nikmatnya.
Yang amat menitikberatkan pembinaan ruh, menyeru manusia kepada menghubungkan diri dengan tuhannya dengan ibadat, ketaatan dan amalan mendekatkan diri kepada penciptanya dengan tidak melupakan pembinaan hubungan manusia untuk menjaga wasilah keturunan, ketenangan jiwa serta terjaga maruah diri.
Dengan itu marilah kita beramai-ramai transformasi diri dengan menjadikan kehidupan manusia yang ketiga sebagai panduan dan ikutan sepanjang perjalanan hidup kita.
Hadith 2
Bukan dari golonganku………yang keluar dari jamaah islam, yang berjuang di atas dasar asaobiyah
Daripada Abu Hurairah r.a., daripada Rasulullah s.a.w. bersabda : 'Sesiapa yang tidak mematuhi iman dan memencilkan diri dari jamaah lalu dia mati, maka matinya seperti mati jahiliyyah, dan sesiapa yang berperang di bawah bendera ( panji ) buta dan marah ( bermusuhan ) kerana asaobiyyah dan menyeru kepadanya atau membantu kerananya ( asaobiyyah ) maka kematiannya adalah mati jahiliyyah, dan sesiapa yang keluar dari umatku, membunuh orang-orang yang baik dan orang-orang jahat tanpa memperdulikan apakah dia orang mukmin atau tidak, dan tanpa mengendahkan janji yang telah dibuat, maka orang itu juga bukan dari golonganku dan aku bukan dari golongannya'.
Riwayat Muslim, nasaie dan Ibnu Majah. Lafaz oleh Muslim
Yang dimaksudkan asaobiyyah ini ialah seseorang yang menolong kaumnya sendiri di atas dasar kezaliman dan menindas-nindas semata-mata fanatik perkauman. Dan ianya mati dalam keadaan jahiliyyah.
Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab berada dalam semangat assabiyyah yang mendalam sehingga sanggup berperang dan mati demi mempertahankan bangsa atau kabilah masing-masing. Kedatangan Rasulullah s.a.w datang dan serta merta menghapuskan segala bentuk assabiyyah yang ada dan sekaligus menyatukan masyarakat Arab di bawah satu kalimah, tanpa mengira bangsa, keturunan dan warna kulit.
Masyarakat Jahiliyyah telah bangkit dari bangsa yang paling mundur dangan melalui perubahan pemikiran Islam yang akhirnya telah berjaya mewujudkan satu negara dan pemikiran Islam ini telah menjadi anjakan kepada perubahan-perubahan yang lain.
-------------------------
Hadith 3
Bukan dari golonganku… yang bersekongkol dengan pemimpin yang zalim.
Daripada Ka’ab Bin Ujrah berkata : Telah keluar Rasulullah s.a.w. kepada kami. Kami dalam lingkungan sembilan orang, lima orang dari bangsa Arab dan empat orang berbangsa bukan Arab. Baginda berkata : Dengarkan kamu semua, adakah kamu telah mendengar bahawa sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin ( zalim dan pembohong ), sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga ( telaga al-Kautsar di syurga ) dan sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalangan umatku dan mereka dari kalangan yang akan mendatangi telaga ( telaga al-Kautsar di syurga ).
Riwayat Tarmizi dan Nasaie
Telaga al-Kautsar : Nabi pernah menggambarkan keistimewaan telaga ini dengan menyebut antara sifatnya air di dalamnya tersangat putih mengalahkan susu, tersangat manis lebih daripada madu, tersangat luas tadahannya dan terdapat gelas-gelas di sisinya seumpama bintang-bintang di langit dan sesiapa yang meminum air di telaga ini tidak akan berasa haus selama-lamanya.
Rasulullah s.a.w. bersabda dari Anas bin Malik yang bermaksud :
“Keluasan telagaku ialah seperti jarak antara Ailah dan Sona’a di Yaman. Di sisinya terdapat gelas-gelas seumpama bintang-bintang di langit.”
Anas bin Malik
Dari Tsuban r.a. berkata : Nabi s.a.w. telah ditanya tentang air minuman di telaga al-Kautsar, maka bersabda nabi s.a.w : Ianya lebih putih daripada susu, dan lebih manis daripada madu. Sentiasa terpancar padanya air yang membuak-buak daripada dua saluran pancuran air dari syurga, satunya diperbuat daripada emas, dan yang satu lagi diperbuat dari perak.
Riwayat Muslim
Pada hakikatnya Islam menghendaki ketenteraman dan ketertiban, baik individu mahupun masyarakat. Hadith ini adalah antara perkhabaran dan nasihat daripada nabi s.a.w. tentang peristiwa akhir zaman supaya berhati-hati ketika memberi ketaatan kepada golongan pemimpin, lebih-lebih lagi pemimpin yang zalim dan menipu yang bererti secara tidak langsung telah membuat kekacauan dan kerosakan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“ Tidak ada jalan atas orang yang menzalimi manusia dan membuat kerosakan di bumi dengan tidak benar. Kecuali bagi mereka azab yang pedih.”
Asy-Syura : 42

Pada hari ini, fenomena kerakusan pihak penguasa nampak jelas dan ketara di merata tempat dengan cara membohongi rakyatnya sendiri dengan mengatakan orang yang benar bersalah, yang menyatakan kebenaran dan berjihad dikatakan pengganas, menangkap ulama, orang yang menentangnya tanpa bukti dihumban dalam penjara tanpa diadili, menghina nabi, malah lebih ketara lagi mereka mengambil hukum selain dari hukum Allah dalam Al-Quran bererti menduakan hukum Allah dan merupakan satu kezaliman yang besar.
Apabila berlaku kepimpinan yang zalim dan menipu adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan menasihati mereka yang zalim. Bila teguran untuk menyatakan tanggungjawab melaksanakan perkara-perkara yang melibatkan hak-hak Islam, ditentang dan dibidas dengan jawapan yang tidak mencerminkan akhlak seorang Muslim malahan pula kekerasan digunakan untuk menghalang usaha-usaha mendaulatkan hukum Islam kepada manhajnya sendiri. Peranan umat Islam ketika berhadapan dengan pemimpin yang zalim ini ialah sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi dalam hadith ini iaitu tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka. Termasuk dalam golongan ini ialah :
Tidak mendengar dan mentaati mereka, kerana ia tidak akan mampu melakukan perkara yang melampaui batas tanpa pertolongan dan ketaatan dari para pengikut. Oleh yang demikian mereka juga dianggap zalim seperti pemimpinnya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“ Tidak ada ketaatan kepada makhluk untuk melakukan maksiat kepada Allah ”
Tidak menyokong dan memilih mereka, kerana Allah mengharamkan hamba-hambanya memberi sokongan dan pertolongan kepada pemimpin yang zalim dan melampui batas, bahkan melarang dari cenderung kepadanya. Para ulama telah berhujjah bahawa Allah s.w.t. melarang dari memberi sebarang bentuk pertolongan kepada orang-orang yang zalim dan berkhidmat denganya menerusi firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“ Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka ( kalau kamu berlaku demikian ), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian ( dengan sebab kecenderungan kamu itu ) kamu tidak akan mendapat pertolongan “
Surah Huud : 113
Membangkang setiap penyelewengan dan kezaliman kerana umat Islam hendaklah mengambil sikap sebagai pembangkang sekiranya berbagai-bagai nasihat yang diberikan tidak mampu mengubah kezaliman dan kemungkaran yang dilakukannya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“ Sesungguhnya semulia-mulia jihad ialah mengatakan
kepada penguasa yang zalim “
Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah
Sikap membangkang ini juga hendaklah disertakan dengan menghalang segala kefasadan
( kerosakan ) yang dilakukan dengan apa sahaja cara yang terbaik dengan membuat penyelidikan dan kajian serta memberi peringatan dan menghebahkan penyelewengan yang berlaku kepada masyarakat.
Hadith 4
BUKAN DARI GOLONGANKU….YANG MENIPU
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah melalui tepi satu longgokan makanan ( gandum yang dijual dipasar ), lalu baginda memasukkan tangan ke dalam longgokan itu maka jarinya mencapai atau merasai sesuatu yang basah. Baginda bersabda : Wahai penjual makanan, kenapa jadi begini? Berkata ia : Ia telah ditimpa hujan wahai Rasulullah. Bersabda Rasulullah : Kenapakah tiada engkau letakkan yang basah di sebelah atas supaya dilihat orang? Kemudian baginda bersabda : Barangsiapa yang menipu maka ia bukan dari golonganku.
Riwayat Muslim dan Tarmizi
Secara umumnya hadith ini mengharamkan semua jenis penipuan sama ada dalam masalah jual beli mahupun seperti dalam perjanjian, percakapan, pemberian amanah dan seumpamanya kerana ianya dituntut berlaku jujur dalam seluruh urusannya sebab keikhlasan dalam beragama, nilainya lebih tinggi daripada seluruh usaha duniawi. Antara bentuk-bentuk penipuan ialah :
1. Penipuan dalam jual beli : penjual cuba untuk menyembunyikan keaiban barangan jualannya, menambah barangan dengan bahan-bahan tiruan agar berat sukatannya dan mengelabui mata pembeli dengan pelbagai cara lagi. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang ( dalam timbangan dan sukatan ), iaitu mereka yang apabila menerima sukatan ( gantang cupak ) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, Dan sebaliknya apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangkan.
Surah Al-Mutaffifin : 1-3
2. Penipuan dalam perkahwinan : ibu bapa menyembunyikan keaiban yang nyata ada pada anak perempuannya daripada orang yang meminangnya serta mengahwinkan anak perempuannya tanpa bersungguh-sungguh merisik bakal suaminya sama ada dari agama dan akhlaknya.
3. Penipuan kepada rakyat : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
Seorang hamba yang dipercayakan Allah memimpin rakyatnya, tetapi dia menipu rakyat, maka jika dia mati, Allah mengharamkan syurga baginya.
4. Penipuan dalam peperiksaan : Tidak boleh berbuat curang dalam ujian dan tidak boleh membantu orang yang curang dalam hal ini, baik dengan bisikan atau menunjukkan jawapan kepada yang di sebelahnya untuk ditiru atau dengan upaya-upaya lainnya kerana hal ini boleh menimbulkan mudharat terhadap masyarakat.
Dan banyak lagi bentuk penipuan di dalam dunia ini apabila manusia tidak bertaqwa kepada Allah. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, ( terutama balasan akhirat ).
Surah Al-Fajr: 14
Hadith 5
BUKAN DARI GOLONGKANKU…YANG TIDAK MEMPERCAYAI TAKDIR
Daripada Abi Hafsah berkata : ‘Ubadah bin Somit telah berkata kepada anaknya: Wahai anakku, sesungguhnya engkau tidak akan dapat merasai hakikat keimanan sehinggalah engkau mengetahui bahawa apa yang menimpa kamu (tidak ditakdirkan) tidak mungkin akan menimpamu, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Sesungguhnya yang pertama sekali Allah ciptakan ialah al-Qalam (pena). Maka Allah berfirman kepadanya (al-Qalam) : Tulislah!. Berkata ia : Ya tuhanku apa yang harus aku tulis?. Allah berfirman : Tulislah qadar setiap sesuatu sehingga datangnya hari qiamat. Wahai anakku, sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Sesiapa yang mati di atas selain daripada keyakinan ini (selain dari iktiqad ini), maka ia bukanlah dari golonganku.
Riwayat Abu Daud
Sesungguhnya apa sahaja yang berlaku dan menimpa manusia di dunia ini sama ada baik atau buruk maka ia adalah takdir Allah s.w.t. sebagaimana firmanNya yang bermaksud :
“Tidak ada suatu bencana apa pun yang menimpa di muka bumi ini dan tidak pula pada dirimu sendiri melainkan telah bertulis dalam kitab Luh Mahfuz, sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Kami jelaskan yang demikian itu agar kalian tidak berduka cita dari apa yang lepas dari diri kalian dan supaya kalian jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya terhadap kalian dan Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri”
Surah Al-Hadid : 22-23
Allah s.w.t telah menetapkan kadar dan ukurannya masing-masing dari segi kuantiti, kualiti, ruang dan waktu. Jadi bagi manusia dan semua makhluk, yang namanya takdir Allah itu adalah hal ghaib dan misteri. Kerana itu haram hukumnya seseorang berpangku tangan tidak berusaha dengan alasan sudah takdir. Padahal Allah sendiri sebagai Penulis Takdir telah memerintahkan kita untuk berusaha dan bekerja serta berikhtiar. Takdir ini memiliki empat tingkatan (konsep) yang semuanya wajib diimani, iaitu :
- Al-‘Ilmu bahawa seseorang harus menyakini bahawa Allah mengetahui segala sesuatu yang baik secara global mahupun terperinci. Dia mengetahui apa yang telah terjadi dan apa yang akan terjadi. Kerana segala sesuatu diketahui oleh Allah, baik yang terperinci mahupun jelas atas setiap gerak-geri makhluknya.
- Al-Kitabah bahawa Allah mencatat semua itu dalam Luh Mahfuz sebagaimana firmanNYA yang bermaksud :
“Apakah kamu tidak mengetahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang ada di langit dan dibumi?; bahawasanya yang demikian itu terdapat dalam sebuah kitab. Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah”.
Surah Al-An’am : 59
- Al-Maashi ah ( Kehendak) iaitu Allah ini bersifat umum. Bahwa tidak ada sesuatu pun di langit maupun di bumi melainkan terjadi dengan ibarat / masyiah Allah s.w.t. Maka tidak ada dalam kekuasannya yang tidak diinginkannya selamanya. Baik yang berkaitan dengan apa yang dilakukan oleh Zat Allah atau yang dilakukan oleh makhlukNya.
- Al-Khalqu bahawa tidak sesuatu pun di langit dan di bumi melainkan Allah sebagai penciptanya, pemiliknya, pengaturnya dan menguasainya.
Segala ketentuan qada dan qadar itu tertulis di Luh Mahfuz di mana tidak ada manusia yang berupaya mengubahnya kecuali kehendak Allah. Ketika ia merasa yakin bahwa kejadaian-kejadian itu merupakan kerja Ilahi Yang Bijaksana, pasti akan terwujud sesuai dengan kemaslahatan dan kebijaksanaan. Demikian pula hati seorang mukmin tidak akan terkait dan tidak akan tertipu oleh dunia, dan tidak akan bangga dengan kesenangannya. Hendaklah kita berusaha menghindari pengaruh-pengaruh yang berlipat ganda dari penafsiran yang menyimpang terhadap masalah ini.
HADITH 7: BUKAN DARI GOLONGANKU….LELAKI YANG MENYEBABKAN TIMBULNYA FITNAH AL-SARRAA
Daripada Umair bin Hani berkata : Aku mendengar Abdullah bin Umar berkata : Ketika Kami duduk bersama-sama Rasulullah s.a.w. baginda telah menyebut tentang fitan (peristiwa akhir zaman). Dan Baginda seringkali menyebutnya sehinggalah baginda menyebut tentang fitnah al-Ahlas. Maka berkata seseorang : Wahai Rasulullah, apakah dia fitnah al-Ahlas itu? Bersabda Rasulullah s.a.w. : Ia adalah malapetaka berterusan iaitulah apabila berlakunya pelarian dan peperangan secara besar-besaran. Kemudian, fitnah al-Sarraa (kemewahan dan kesenangan) bermula dari bawah kaki seorang lelaki yang mendakwa yang dia adalah keturunanku. Bagaimanapun, dia bukanlah dari golonganku kerana yang termasuk dalam golonganku ialah mereka yang bertaqwa. Selepas itu, orang ramai akan tunduk taat di bawah telunjuk seorang lelaki tempang (pemerintah yang menyeleweng). Kemudian, fitnah al-Duhaymaa (fitnah gelap dan hitam lantaran jenayah yang berleluasa) sehingga ia tidak akan meninggalkan seorangpun dari umat ini tanpa kekejaman atau penindasan. Apabila disangkakan fitnah ini telah tiba ke penghujungnya, rupanya ia semakin dipanjangkan dan berkekalan. Pada ketika itu terjadilah seorang itu yang paginya beriman dan apabila waktu petang ia menjadi kafir. Sehingga akhirnya manusia pada ketika itu terbahagi kepada dua kumpulan. Sebuah kumpulan keimanan yang tidak ada kemunafikan, dan sebuah lagi kumpulan kemunafikan yang tiada keimanan di dalamnya. Jika keadaan ini berlaku, maka kalian tunggulah kemunculan Dajjal pada hari itu atau esoknya.

Riwayat Abu Daud, Ahmad dan Hakim. Berkata Halim : Hadith ini sanadnya sahih tetapi tidak diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Hadith ini dengan jelas menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. telah memberi isyarat kepada kita semua, bahawa di zaman akhir nanti akan terjadi berbagai fitnah atau ujian yang mengharuskan kita untuk berwaspada agar jangan sampai menjadi korban hilangnya keimanan. Iaitulah fitnah al-Ahlas, al-Sarraa dan al-Duhayma. Fitnah yang berpunca dari pengaruh harta benda dan kemewahan duniawi yang dapat menyeret seseorang menuju kesesatan kerana kerapuhan iman yang dimiliki oleh orang-orang di akhir zaman, sedang pihak lain berusaha untuk menggelincirkan iman seseorang dengan begitu hebat sekali iaitu golongan yang mendakwa dia adalah sebahagian daripada keturunan Nabi s.a.w. padahal baginda menyangkal sama sekali: golongan ini menjadi punca kepada datangnya cubaan besar kepada umat terkemudian dengan mengumpankan kemewahan-kemewahan dunia.
Dimana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadah. Tetapi Rasulullah s.a.w. mengatakan “ Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita,” ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat. Bila dibandingkan dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita jauh sangat jauh ketinggalan. Kita sibuk menyimpan harta dan menghalang dari berbuat ibadah. Seperti Rasulullah s.a.w. berkata : “Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang emas yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah”. Begitulah gambaran sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan.
Nabi s.a.w. telah menganjurkan kepada umatnya untuk bergegas atau segera memperbanyakkan amal soleh untuk menghadapi datangnya fitnah. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya. Semakin banyak amal solehnya semakin kuat pula imannya. Fitnah- fitnah ini sebenarnya berpunca daripada manusia-manusia yang mempunyai karakter seperti Dajjal. Meraka datang pada setiap tempat dan waktu sedangkan Dajjal hanya muncul pada hari kiamat. Oleh yang demikian Rasulullah s.a.w. tidak meninggalkan umatnya begitu sahaja malah diajarkan kepada kita agar sentiasa memohon perlindungan dengan Allah s.w.t. daripada fitnah Dajjal ini menurut hadith yang bermaksud seperti :
Daripada Ibn Abbas r.a. berkata “Bahawasanya Nabi s.a.w. mengajar akan mereka itu akan doa ini seperti mana baginda mengajar mereka itu akan Surah dari Al-Quran iaitu “Wahai Allah! Sesungguhnya aku memohon berlindung dengan Mu daripada azab jahannam dan daripada azab kubur dan daripada fitnah hidup dan mati dan daripada fitnah al-Masih Dajjal.”
Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim
Hadith 11: BUKAN DARI GOLONGAN KAMI….. YANG MERAMPAS HARTA ORANG LAIN
Berkata Jabir bin Abdullah: Telah bersabda Rasulullah s.a.w., perampas harta orang lain tidak dikenakan hukuman potong tangan (tetapi dikenakan takzir) dan sesiapa yang merampas satu rampasan secara terang-terangan maka bukanlah ia dari golongan kami.
Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah
Hadith ini adalah satu ancaman dan melarang keras umat Islam daripada merampas harta dan barang orang lain secara terang-terangan, paksaan dan kekerasan. Ini adalah termasuk dalam dosa-dosa besar, walaupun Nabi mengatakan ‘’dia bukan dari golongan kami ” bukanlah bermaksud dia akan jatuh kafir kerana dia tidak melakukan kekufuran dan tidak melakukan sesuatu yang membatalkan iman dan Islamnya. Dalam undang-undang jenayah Islam pencuri atau perampas yang tidak boleh dikenakan hukuman kesalahan sariqah (potong tangan) ialah :
- Pencurian yang dilakukan secara khianat, iaitu orang yang mengambil harta atau barangan yang diamanahkan kepadanya. Mereka yang melakukan kesalahan tersebut tidak boleh didakwa di bawah kes sariqah (mencuri) dan tidak dikenakan hukuman hudud, tetapi mereka itu hendaklah didakwa di bawah kes kesalahan pecah amanah yang wajib dikenakan hukuman takzir. Perlu diingat bahawa hukuman takzir adakalanya lebih berat dari potong tangan seperti dihukum bunuh, sebat, buang daerah dan sebagainya.
- Orang yang merampas dan mengambil harta atau barangan orang lain dengan cara paksaan atau kekerasan.
- Orang yang menyambar barangan orang lain sambil lalu, iaitu semasa berjalan atau atas kenderaan, termasuk juga penyelok saku.
- Pencurian berlaku di medan peperangan.
- Mengambil buah yang tergantung di atas dahannya kerana tersangat lapar dan dahaga.
Walaupun tidak dikenakan hudud ke atas mereka di atas muka bumi ini mereka tetap akan diberi hukuman oleh Allah s.w.t. suatu hari nanti dengan azab yang pedih. Rasulullah s.a.w. juga bersabda yang telah diriwayatkan oleh Abu Umamah r.a. yang bermaksud :
“ Sesiapa yang mengambil hak orang Islam dengan sumpahnya, Allah mewajibkan mereka baginya dan diharamkan syurga untuknya (sekiranya mati sebelum bertaubat dan mengembalikan hak orang lain tersebut). Sahabat bertanya : Walaupun benda yang diambil itu sesuatu yang amat sedikit wahai Rasulullah? Baginda menjawab : Walaupun sekecil batang kayu sugi. “
Hadith 15 - BUKAN DARI GOLONGAN KAMI……… LELAKI YANG MENIRU (MENYERUPAI) KAUM WANITA ATAU SEBALIKNYA.
Daripada Atho’, daripada seorang lelaki dari Huzail telah berkata : Aku telah melihat Abdullah bin Amru bin Al-As (yang rumahnya di luar tanah haram dan masjidnya di Al-Haram), sedang aku berada di sisinya dia telah melihat Ummu Said, anak perempuan Abu Jahal sedang meniru-niru lenggokan lelaki, dia sedang berjalan seperti jalannya seorang lelaki. Maka berkata Abdullah : Siapa dia? Berkata Al-Hazliy : Dia ialah Ummu Said, anak perempuan Abu Jahal. Maka berkata Abdullah : Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Bukan dari golongan kami sesiapa dari kalangan wanita yang menyerupai lelaki begitulah juga lelaki yang menyerupai wanita. Riwayat Ahmad
Daripada Yazid bin Aus berkata : Aku telah menziarahi Abu Musa yang sedang sakit tenat, didapati isterinya menangis kerana bimbang akan kematiannya, seraya Abu Musa berkata kepada isterinya : Tidakkah engkau mendengar apa yang telah nabi perkatakan. Berkata isterinya : Ya, bahkan. Langsung ia terdiam. Apabila Abu Musa meninggal dunia. Berkata lagi Yazid : Aku telah bertemu dengan isteri Abu Musa lalu bertanya kepadanya : Apakah yang telah diperkatakan olehnya kepada kamu tentang sabda nabi itu sehingga kamu terdiam? Berkata ia : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. : “Bukan dari golongan kami orang yang mencukur rambutnya, meraung-raung dan mengoyak-ngoyak leher baju ketika ditimpa musibah.”
Riwayat Abu Daud dan Nasaei
Di antara fitrah yang disyari’atkan Allah s.w.t. kepada hambaNya iaitu agar laki-laki menjaga sifat kelakiannya dan wanita menjaga sifat kewanitannya seperti yang telah diciptakan Allah. Oleh yang demikian hadith ini meletakkan satu hukum dengan melarang bagi lelaki menyerupai perempuan samada dalam bentuk pergerakan, pemakaian, dan sebagainya yang menjadi perkara-perkara khusus bagi perempuan pada kebiasaan semulajadinya dan sama halnya haram bagi perempuan menyerupai lelaki. Mereka yang melakukan sedemikian akan berdosa besar dan mendapat laknat dari Nabi s.a.w. secara jelas telah disebut didalam hadith yang bermaksud :
Daripada Ibnu Abbas r.a. beliau berkata : “Bahawa Rasulullah s.a.w. melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau meniru-niru kaum wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau meniru-niru kaum lelaki.”
Riwayat Bukhari
Daripada Ibnu Abbas r.a. beliau berkata : “Rasulullah s.a.w. melaknat kaum lelaki yang lemah lembut berlagak seperti perempuan dan perempuan yang berlagak dengan gaya lelaki. Nabi bersabda lagi : Keluarkan mereka dari rumah-rumah kamu.”
Riwayat Bukhari
Pada perkataan Tasyabbuh di dalam hadith-hadith ini, Ibnu Hajar Al-Asqalani menyatakan di dalam hadith-hadith ini ialah membawa maksud secara zahir dengan larangan dari segi pakaian, perhiasan, berdandan, sikap, gerak-geri dan seumpamanya, dan bukan dalam berbuat kebaikan. Imam Tabari juga menyatakan tidak boleh bagi kaum lelaki menyerupai wanita pada pakaian dan perhiasan yang dikhaskan untuk wanita. Manakala tasyabbuh pada perkara kebaikan tidaklah dikeji seperti pada keilmuan, pengetahuan dan pandangan serta pendapat.
Timbul persoalan, adakah perempuan yang memakai seluar termasuk dalam menyerupai lelaki? Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan dalam bukunya Al-Mufassol fi Al-Ahkam Al-Mar’ah, menyatakan boleh bagi wanita memakai seluar, tetapi wajiblah seluar itu dipakai di bawah bajunya. Seluar itu hendaklah besar sehingga pemakainya tidak Nampak bentuk, tebal, tidak jarang dan panjang sehingga buku lali.
Kesimpulannya menunjukkan kepada hukum haram meniru dan menyerupai jantina. Malah Nabi tidak mengakui umatnya kerana perbuatan tersebut dilaknat oleh Allah s.w.t. Hikmah dilarang menyerupai yang bukan sejenis kerana perbuatan tasyabbuh ini mengeluarkan seseorang dari sifat-sifat adilnya yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepadanya. Ia termasuk dalam golongan yang mengubah ciptaan Allah dan menyimpang dari fitrah Allah, padahal Allah s.w.t. telah menciptakan manusia di atas fitrahnya itu sendiri.
Hadith 16 - BUKAN DARI GOLONGAN KAMI……..YANG MENIRU ATAU MENYERUPAI YAHUDI DAN NASRANI
Daripada Amru bin Syuaib dari bapanya dari datuknya berkata : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda : Bukan dari golongan kami sesiapa yang menyerupai selain dari agama kami. Janganlah kalian menyerupai kaum Yahudi dan juga Nasrani. Sesungguhnya cara Yahudi mereka memberi salam dengan isyarat jari-jemari manakala Nasrani pula dengan isyarat tangan. Riwayat At-Tarmizi
Sebagai umat yang mulia, seseorang muslim harus memiliki dan memelihara jati diri berasaskan apa yang diajarkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Oleh itu Nabi s.a.w. menyarankan agar umat ini sentiasa menjaga dan membiasakan diri dengan melarang menyerupai akhlak, suluk, tabiat dan penampilan kaum yang beragama selain Islam atau orang-orang kafir seperti Yahudi dan Nasrani. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Janganlah kamu memberi salam seperti orang-orang Yahudi kerana sesungguhnya mereka memberi salam menggunakan dengan kepala, tangan dan isyarat.“
Riwayat An-Nasaie
Adapun larangan ini ditujukan khas bagi sesiapa yang mampu memberi salam tetapi tidak mengucapkannya, kecuali jika ada keuzuran, seperti orang bersembahyang, bisu dan orang yang diberi salam itu jauh jaraknya sepertimana yang diriwayatkan daripada Asma’ r.a. beliau berkata yang bermaksud :
Nabi s.a.w. telah melalui dalam masjid dan dalamnya terdapat sekumpulan wanita yang duduk, maka Baginda memberi isyarat salam dengan tangan Baginda.
Riwayat At-Tirmizi
Wajib bagi orang-orang yang beriman menjalani kehidupan ini di atas jalan yang di lalui oleh Nabi s.a.w. dan para sahabat r.a. dan wajib mengikuti dan mencontohi segala adat dan ikutan yang membawa kepada kesahihan aqidah dan kesucian prinsip dari ajaran nabi. Setiap agama dan bangsa manusia dinilai prinsip dan pegangannya dari sudut pakaian dan penampilannya. Oleh yang demikian wajiblah bagi umat Islam menjaga keteguhan aqidahnya dengan segala upayanya melalui kemampuan fizikal, spiritual dan kemanusiannya. Nabi s.a.w. selalu memerintahkan umat Islam untuk berbeza dengan orang kafir baik dalam kehidupan seharian serta dalam perayaan mereka misalnya perayaan Natal, Valentine dan yang lain-lain. Sebelum itu Allah s.w.t. juga melarang umat Islam mengikuti jejak langkah orang-orang kafir sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al-Kitab kepadanya, Kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik ”
Al-Hadid : 16
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); Sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim”
Al-Maidah : 51
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah r.a. mengatakan : “Dalil-dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah serta ijma’ telah memerintahkan supaya menyelisihi orang-orang kafir dan melarang menyerupai mereka. Sebab menyerupai mereka secara lahiriyah merupakan sebab menyerupai tabiat dan tingkah laku mereka yang tercela. Bahkan merupakan sebab meniru keyakinan-keyakinan sesat mereka. Dan dapat mewariskan benih-benih kecintaan dan kesetiaan dalam batin kepada mereka. Sebagaimana kecintaan dalam hhati dapat menyeret kepada penyerupaan dalam bentuk lahiriyah.”
Hadith 17 - BUKAN DARI GOLONGAN KAMI... YANG TIDAK HORMAT-MENGHORMATI SESAMA INSAN DAN TIDAK MENJALANKAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR.
Daripada Ibnu Abbas berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w: Bukan dari golonganku sesiapa yang tidak mengasihi golongan muda dan yang tidak menghormati orang tua dan tidak menyeru kepada makruf dan melarang kemungkaran.
Sebagai seorang nabi, Rasulullah s.a.w telah menganggap masalah hilangnya penghormatan pada orang dewasa dan lenyapnya kasih-sayang kepada anak-anak kecil dan orang muda sebagai sebuah masalah besar. Orang tua, terutama ibubapa wajiblah selalu kita hormati sepanjang hidup kita walaupun itu bukan orang tua kita. Baginda memerintahkan agar hendaklah dimulai oleh orang yang lebih tua, sebagaimana dalam tegurannya kepada Abdul Rahman bin Sahl yang memulai pembicaraan, kerana dia adalah yang termuda ketika itu berbincang dengan dua sahabatnya, Huwayyishah dan Muhayyishah. Demikian pula ketika mengangkat seorang menjadi pemimpin jika keilmuan dan keagamaannya setara hendaklah didahulukan yang lebih tua, kecuali jika keilmuan dan keagamaan berbeza maka haruslah didahulukan ilmu dan agamanya sebagaimana dalam sabda Rasulullah s.a.w:
“Yang paling berhak menjadi imam bagi suatu kaum adalah yang paling menguasai kitabullah jika dalam hal tersebut sama derajatnya maka yang paling dahulu hijrah, jika sama hijrahnya maka yang paling tua…”.
Di dalam hadith ini juga telah menetapkan bahawa tugas menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran adalah wajib kepada umat Islam. Ia merupakan ciri khas bagi umat nabi Muhammad s.a.w. Di dalam Al-Quran Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :
“Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran, merekalah orang-orang yang beruntung.”
Surah Ali Imran : 104
Tugas berdakwah adalah tugas semua pihak. Namun yang diberatkan untuk tugas ini ialah golongan ulama atau orang-orang yang berilmu. Sabda Rasulullah s.aw. yang bermaksud :
“Barangsiapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya (kekuasaan), jikalau tidak berkuasa hendaklah dicegah dengan lisannya, jikalau tidak berkuasa juga, hendaklah dicegah dengan hatinya (membenci kemungkaran itu), dan ini adalah selemah-lemah iman.”
Riwayat Muslim
Namun perlaksanaannya terdapat adab-adab yang perlu dipatuhi. Ianya mesti dengan penuh hikmah dan bijaksana yang bermula dari peringkat diri, keluarga, masyarakat, negara dan alam sejagat. Bagi penguasa dan pemerintah wajiblah ia melaksanakan amar makruf nahi mungkar dalam masyarakat dan negaranya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan