Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Sekadara peringatan renungan untuk diri sendiri hukuman meninggalkan solat 5 waktu dengan sengaja. Dan Juga peringatan untuk kita bersama beratnya balasan Allah Subahanallah ta'ala bagi yang meninggalkan solat. Semoga kita mendapat keberkatan dan hidayahnya. Semoga solat 5 waktu kita cukup. Insyaallah Aminn.
Dosa Meninggalkan Solat 5 Waktu
1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua. dengan ibunya pada kaum lelaki dengan bapanya pada kaum perempuan.
5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.
6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :
1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur : 1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :
1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.
Hadith Mengenai Dosa Meninggalkan Solat 5 Waktu
Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu: “Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)
Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Perjanjian di antara kita orang Islam dan orang kafir ialah solat dan sesiapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir. (HR al-Tirmidzi)
Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sesungguhnya yang membezakan antara seseorang dengan kesyirikkan dan kekufuran adalah dengan meninggalkan solat". (HR Muslim)
Diterangkan oleh An-Nawawi bahawasanya orang yang meninggalkan solat dengan menolak atau mengingkari kewajipan solat, dipandang telah menjadi kafir, telah terkeluar dari Islam. (ijma' ulamak Islam).
Jika dia meninggalkan solat kerana malas atau lalai tetapi masih mengi'tikadkan kewajiban solat itu atas dirinya, maka Imam Malik dan Asy Syafi'i menetapkan bahawa orang itu tidak kafir, hanya dipandang fasik (melakukan dosa besar) dan disuruh bertaubat. Jika dia tidak mahu bertaubat, nescaya dibunuh, selaku suatu hukuman yang mesti dijalankan.
Beberapa hadits daripada Rasulullah S.a.w mengkafirkan orang yang meninggalkan solat;
Sabda Nabi S.a.w; "Janji yang berlaku antara kita dengan mereka ialah solat. Sesiapa yang meninggalkannya maka kafirlah dia." [Hadits Riwayat At-Tirmidzi]
Sabda Nabi S.a.w; " Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka kufurlah dia secara nyata." [Hadits Riwayat At-Thabrani]
Pada hadits yang lain, "Sesiapa yang meninggalkan solat maka terlepaslah daripadanya janji Allah dan janji RasulNya S.a.w."
Sabda Nabi S.a.w; "Sesiapa yang memelihara sembahyang dikurniakan baginya cahaya, petunjuk dan kelepasan pada Hari Kiamat. Sesiapa yang tidak memeliharanya, tiada baginya cahaya, petunjuk dan kelepasan. Dan pada Hari Kiamat dia akan bersama Firaun, Qarun, Haman dan Ubay anak Khalaf." [Hadits Riwayat At-Thabrani dan Ibnu Hibban]
Maka sesungguhnya orang yang meninggalkan solat telah dinaskan pada beberapa hadits Rasulullah S.a.w sebagai kufur.
Demikian juga ada beberapa orang sahabat dan Salafus-soleh yang berkata; "Aku tidak terdengar mana-mana sahabat yang berkata jika meninggalkan sesuatu amalan menjadi kafir melainkan sembahyang. "
Kita hendaklah takut perkara ini dan takut meninggalkan solat atau meninggalkan sesuatu yang berkaitan dengan solat. Jika kita tidak melakukan sebagaimana yang disuruh itu maka kita adalah sebahagian daripada orang-orang yang binasa dan menanggung kerugian di dunia dan di akhirat. Orang yang demikian adalah orang yang berada dalam kerugian yang amat nyata.
[Petikan dari kitab Munyatul Musolli]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan