Assalamualaikum sedikit renungan bersama.Insya Allah semuga kita semua tergolong dlm golongan org2 beriman serta bersama rahmat Allah.
Salah satu tujuan pernikahan adalah untuk menciptakan ketenangan, kasih sayang dan cinta diantara pasangan suami istri. Lebih2 lagi bila mendapatkan pasangan yang soleh serta beriman yg sentiasa memberi ilmu serta tujuk ajar sehingga mampu membimbing menuju jalan Allah SWT. Dengan demikian bukan hanya kebahagiaan dunia yang akan diraih namun juga kebahagiaan akhirat.
Kebanyakan wanita mungkin tidak menyadari bahwa ada beberapa tindakan mereka terhadap suami yang dapat menjurumuskannya ke neraka. Namun, ada juga yang memang sengaja berbuat durhaka kepada suami sebagai bentuk kekecewaannya terhadap pasangan.
Seorang isteri sudah semestinya mempunyai tanggungjawab dan tugas yang berat terhadap suami. Tanggungjawab ini sudah semestinya satu tugas yang serius dan tidak boleh diabaikan. Isteri yang mengabaikannya dikhuatiri mendapat laknat dan termasuk dalam kategori isteri derhaka.
1. Balasan wanita yang tidak mensyukuri kebaikan suami
Rasulullah saw bersabda : ” Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka terdiri daripada wanita.” Mengapa demian ya Rasullulah ?
Rasulullah menjawab, “Wanita mengingkari suaminya dan menolak ihsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyakpun, dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”
(Riwayat Imam Bukhari)
2. Balasan wanita yang suka menyakiti hati suami
Rasulullah saw bersabda : “Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang tengkuknya.”
3. Balasan wanita yang bermasam muka terhadap suami
Rasulullah saw bersabda : ” Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung hati suami, maka wanita itu dimurkai Allah swt sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.” (al-hadis)
4. Balasan wanita yang lari dari rumah
Rasulullah saw bersabda : “Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangannya kepada suaminya(meminta maaf)(Riwayat Hassan)
5. Balasan wanita yang berhias bukan untuk suami
Rasulullah saw bersabda : “Perempuan yang mengenakan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami)adalah seumpama gelap-gelita pada hari kiamat, tiada nur baginya”.
6. Balasan wanita yang meminta cerai daripada suaminya
Rasulullah saw bersabda : “Mana-mana wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak maka haramlah baginya bau syurga”. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
7. Balasan wanita yang keluar rumah tanpa izin suami
Telah datang seorang wanita kepada Rasulullah saw lalu bertanya, ‘Apakah hak suami ke atas isteri?’ Jawab baginda, ” Tunaikanlah hajat suami sekalipun engkau berada di belakang unta. Jangan berpuasa sunat melainkan seizin suami. Keluar dari rumah juga memerlukan izinnya. Jika keluar juga akan dilaknat malaikat rahmat dan malaikat azab sehinggalah dia kembali ke rumahnya”.
Semoga kita dapat memberi manfaat dan kesedaran kepada kita semua, khususnya kepada kaum hawa yang bergelar Isteri.
Ahad, 22 Januari 2017
Ahad, 8 Januari 2017
Assalamualaikum sedikit renungan bersama Abg Ariff serta semua sahabat2 yg dirahmati Allah.Apabila kita menilai tentang diri sesaorang...yg kita nilai adalah hatinya samada baik atau buruk. Sebenarnya apa yg dicetuskan dalam tindakan berasal dari hati....kita tidak dapat berpura2 kerana semua yg ada di hati akan dizahirkan bila tiba masa dan ketika yg sesuai.
Begitulah juga penilaian Allah terhadap kita....Allah tidak memandang pada rupa fizikal diri tapi Allah memandang apa yg ada dalam hati kita!
Hati sebagaimana juga manusia...boleh jadi sakit, hidup sejahtera ataupun mungkin mati.
Menurut Syeikh Ibrahim Adham,
Diantara sebab atau tanda2 hati mati ialah :
1)Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak2nya.
2) Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3)Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum2 di dalamnya.
4)Memakan nikmat2 Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberiannya.
5)Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6)Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7)Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8)Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9)Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10)Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran serta menambah keimanan tiada persediaan utknya.
Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.
Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.
Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah ( berzikir ).
Firman Allah:
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ (٢٨)
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
...dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu."
Hati merupakan tempat yang lembut, rahmat, kasih sayang dan lain-lain. Apabila kita mengisi hati kita dengan banyak zikrullah, nescaya ia memenuhi rahmat dan kasih sayang.
Hati merupakan anggota yang menentukan segala permasalahan hidup. Jika ia dimakmurkan dengan keyakinan dan iman, sudah tentu segala anggota akan mengikut dengan penuh keimanan. Untuk kita melihat betapa kuat, kuasa dan luasnya hati dengan keimanan, Allah Taala menjelaskannya dalam Surah az-Zumar ayat 23 yang bermaksud:
ٱللَّهُ نَزَّلَ أَحۡسَنَ ٱلۡحَدِيثِ كِتَـٰبً۬ا مُّتَشَـٰبِهً۬ا مَّثَانِىَ تَقۡشَعِرُّ مِنۡهُ جُلُودُ ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّہُمۡ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمۡ وَقُلُوبُهُمۡ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَہۡدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُۚ وَمَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُ ۥ مِنۡ هَادٍ (٢٣)
"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya."
Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjukkan siapa yang yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat segumpal darah, apabila elok nescaya eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itulah hati."
Kalaulah begitu, hati merupakan tempat cahaya keyakinan dan keimanan. Sebagaimana iman boleh bertapak dalam hati, begitu juga kekerasan dan kekufuran juga boleh bertapak dalam hati. Hati yang lupa untuk berzikrullah akan menjadi keras, kenapa? Ini kerana ia beriktikad bahawa tiada di sana kecuali kehidupan dunia sahaja dan maddi(kebendaan).
Justeru, ia cuba mendapatkannya semampu mungkin dan dengan apa cara sekalipun sehingga melangkaui hak-hak dengan melakukan kezaliman, kerosakan dan mengambil hak mereka yang daif. Inilah puncanya.

Khamis, 5 Januari 2017
Assalamualaikum sedikit renungan bersama Abg Ariff serta sahabat2 yg dirahmati Allah.
Daripada Anas RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat. Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.” Orang beriman akan diuji menurut tahap keimanan dan kedudukan mereka di sisi Allah.
(Riwayat: at-Tirmizi)
Al-Furqān:20 - Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).
Bersabar menghadapi bala atau penyakit akan menghapuskan dosa.
Di antara tanda-tanda seseorang itu disayangi Allah ialah bala ujian yang ditimpakan ke atasnya.
Oleh itu kita wajib bersabar atas kesusahan yang menimpa kita agar tidak ditimpa bala dua kali, yang keduanya ialah kerugian luput pahala.
Seseorang yang sabar menghadapi kesusahan hidup adalah sebagai tanda bahawa dia dikasihi Allah. Orang yang tidak dikasihi Allah dilambatkan balasannya iaitu sampai ke hari kiamat.
Seseorang yang bersabar menghadapi kesusahan akan diberi ganjaran yang setimpal dengan kesusahan yang dihadapi itu.
Seseorang yang ingin menjadi hamba yang dikasihi Allah dia hendaklah bersedia menerima ujian yang diturunkan Allah kepadanya, sebaliknya seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah dia akan dibenci Allah.

Isnin, 26 Disember 2016
Assalamualaikum renungan bersama Abg Ariff serta sahabat2 yg dirahmati Allah.Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yg istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yg dirahmati Allah,
Munafik dari segi bahasa maksudnya : Orang yg menyembunyikan perkara atau maksud sebenar.
Dari segi syarak pula munafik bermaksud : Seseorang yg tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikannya di dalam hati.
Tafsir Surat Al-Baqarah ayat 8-20
Diantara manusia ada yang mengatakan: Kami beriman kepada Allah dan hari kemudian,” padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang2 yang beriman (8).
Mereka hendak menipu Allah dan orang2 yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar (9).
Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih disebabkan mereka berdusta (10).
Dan bila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, mereka menjawab: “Sesungguhnya kami orang2 yang mengadakan perbaikan. (11)
Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang2 yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar (12).
Apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu sebagaimana orang2 lain telah beriman, mereka menjawab: “Akan berimankah kami sebagaimana orang2 yang bodoh itu telah beriman? Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang2 yang bodoh; tetapi mereka tidak tahu (13).
Dan bila mereka berjumpa dengan orang2 yang beriman, mereka mengatakan: Kami telah beriman, tetapi bila mereka kembali kepada syaitan2 mereka, mereka mengatakan: Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok.(14)
Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan mereka (15).
Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk (16).
Perumpamaan mereka adalah seperti orang yang menyalakan api, maka setelah api itu menerangi sekelilingnya Allah hilangkan cahaya (yang menyinari) mereka, dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat (17).
Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar) (18).
Atau seperti (orang2 yang ditimpa) hujan lebat dari langit disertai gelap gulita, guruh dan kilat; mereka menyumbat telinganya dengan anak jarinya, kerana (mendengar suara) petir, sebab takut akan mati, dan Allah meliputi orang2 yang kafir (19).
Hampir2 kilat itu menyambar penglihatan mereka. Setiap kali kilat itu menyinari mereka, mereka berjalan di bawah sinar itu, dan bila gelap menimpa mereka, mereka berhenti. Jikalau Allah menghendaki, niscaya Dia melenyapkan pendengaran dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu (20). ( Al-Baqarah: 8-20)
Semuga menambahkan keimanan kita semua sama2 jauhi sifat2 orang2 munafik insya Allah.

Ahad, 25 Disember 2016
Assalamualaikum renungan bersama Abg Ariff serta sahabat2 yg dirahmati Allah. Orang2 yg iltizam mengerjakan solat tetapi masih terus mempunyai kebiasaan berburuk sangka pada rakan sahabat2 serta org sekelilingnya mengumpat menfitnah dan sebagainya (walaupun apa yg diperkatakan itu benar2 bersalah atau berbuat dosa atau memang keadaannya buruk) maka apa yg dikerjakannya itu tidak bermanfaat bagi pembentukan akhlaknya.Meskipun ada seseorang yg rajin solat dan beribadah, namun apabila lisannya suka megambil tahu hal perihal orang dan rakan2nya maka solat dan ibadahnya akan menjadi sia2 sahaja. Kerana perbuatannya itu akan menghapus amal2nya. Dan apabila ia mati dalam keadaan tidak bertaubat kepada Allah, maka dia akan dimasukkan kedalam neraka.
Al-Hujurat:12 - Wahai orang2 yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari2 kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan2 yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
An-Nahl:105 - Sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang2 yang tidak beriman kepada ayat2 Allah, dan mereka itu ialah orang2 yang bertabiat berdusta.
Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa mengumpat (ghibah) satu kali sepanjang hidupnya, maka Allah menimpakan 10 macam derita (seksa) kepadanya, iaitu:
Pertama, jauh dari rahmat Allah.
Kedua, para malaikat menyatakan putus hubungan (enggan) mendekatinya.
Ketiga, terlepas nyawa dari badan ketika mati terasa sangat pedih.
Keempat, menjadi hamper terjerumus ke dalam neraka.
Kelima, menjadi jauh dari syurga.
Keenam, merasakan beratnya derita seksa kubur.
Ketujuh, kehilangan amal pahala kerana terhapus kerana dosa ghibah yang besar itu.
Kelapan, jiwa Nabi SAW merasa sakit akibat ghibahnya.
Kesembilan, Allah marah kepadanya.
Kesepuluh, menipislah kebaikannya nanti pada hari kiamat, ketika menghadapi mizan (hisab).
Semuga dgn sedikit penerangan Al.quran serta hadis diatas dapat menambah keiman serta peringatan pada kita semua insya Allah.

Khamis, 22 Disember 2016
Assalamualaikum sedikit renungan bersama Abg Ariff serta semua sahabat2 yg dirahmati Allah,Diakhir zaman ini terlalu byk ujian pada orang2 beriman dia solat puasa zakat dan mematuhi byk tuntutan ugama tapi saat yg sama suka membuka aib serta keburukan org lain (sesama islam) banyak ayat al-Quran dan Hadis yg menceritakan tentang larangan membuka aib serta rahsia, mencari2 aib dan perkara2 berkaitan melindungi aib.. tak kira aib sendiri lebih2 lagi aib orang lain subhanallah semuga Allah jauhi kita semua.
“Wahai sekalian manusia yg beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang2 Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yg membuka aib saudaranya yg muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yg aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya. (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)
“Siapa yang membela harga diri saudaranya yg muslim, nescaya Allah swt menjaga wajahnya dari neraka pada hari kiamat. (HR. at-Tirmidzi)
“Sesiapa yg menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat(HR. at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani)
“Seorang muslim itu ibarat cermin kepada yg lainnya, bila dia melihat sebarang kekotoran maka segera dia menyapunya. (HR. at-Tirmidzi dan Abu Daud)
“Sesiapa yg melakukan dosa sedemikian (syirik, mencuri dan zina) dan dihukum keranannya, maka hukuman itu adalah kifarah baginya. Dan sesiapa yg melakukan dosa sedemikian lalu Allah menutupinya, maka terpulang kepada Allah sama ada untuk mengampunkannya atau mengazabnya. (HR. al-Bukhari)
“Wahai Rasulullah, apa sebenarnya Ghibah itu? Rasulullah s.a.w. menjawab, “Iaitu berkata sesuatu tentang saudaramu yg dia tidak suka”, ditanya lagi “Bagaimana kalau ianya benar? Rasulullah s.a.w. menjawab “Sekiranya apa yg kau katakan itu benar engkau telah melakukan ghibah dan sekiranya tidak engkau telah melakukan fitnah”
Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, ia berkata, “Ada seorang lelaki yg minum minuman keras (khamr) dibawa di hadapan Nabi s.a.w., maka Baginda bersabda: Kalian pukullah dia”. Abu Hurairah berkata, “Di antara kami ada yg memukul dengan tangannya, ada yg memukul dengan sandalnya, dan ada yang memukul dengan pakaiannya”. Ketika orang itu akan kembali, sebahagian orang berkata kepadanya. “Mudah2han Allah menghinakanmu”. Rasulullah bersabda: “Janganlah kamu berkata yg demikian itu, jangan kamu membantu perbuatan syaitan (syaitan sangat suka jika Allah menghinakan hambanya kerana memang itu pekerjaan syaitan). (HR. al-Bukhari)
“Wahai golongan yg beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yg mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yg diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya. (HR. at-Tirmidzi)
“Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yg menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yg menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yg menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat. (HR. al-Bukhari)
“Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, “Setiap daripada kamu adalah orang yg berbuat salah, dan sebaik-baik orang yg berbuat salah adalah orang yg bertaubat.”( HR Ahmad).

Khamis, 8 Disember 2016
Assalamualaikum sedikit renungan ataupun peringatan kepada masyarakat Islam di zaman yang kita hidup; di saat kita hidup di zaman yang penuh dengan fitnah dan pancaroba ini. Kita lihat hari ini, tersebarnya fitnah yang begitu dasyat di kalangan kita. Ada orang yang menyebarkan tulisan-tulisan, membuat tuduhan kepada orang (secara) sembarangan. Ada orang yang menyebarkan melalui alat-alat media, melalui youtube, video, dalam TV, dalam radio. Kita kena ingat, bahawa jiwa seorang Muslim, seorang yang beriman kepada Allah swt itu, bukanlah jiwa yang dibiarkan begitu sahaja. (Jiwa orang Muslim itu adalah) jiwa yang mempunyai harga yang begitu mahal.
Al-Humazah : 1"Celakalah mereka yang mengumpat dan memfitnah"
An-Nur : 19"Orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersiar dikalangan orang-orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. Allah mengetahuinya, sedang kamu tidak mengetahui."
Al-Isra'a : 36"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta bertanggung jawabnya tentangnya."
Al-Baqarah : 191"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan"
An-Nur : 23-24Mereka yang memfitnah perempuan suci, celakalah di dunia dan akhirat; bagi mereka hukuman yang dahsyat dihari pengadilan; lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi diatas perbuatan mereka.
Al-Buruj : 10Orang yang memfitnah orang mukmim, kemudian tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar.
Khutbah Rasul Allah di Mekah23 / 2 / 632"Menyebut 15 aspek sosial. Satunya : Jangan Memfitnah."
Dari Imam Ghazali"Mengumpat itu dosanya sama dengan berzina 30 kali."
Dari Imam Al-Mawardi"Orang yang biasa mengumpat, isi batinnya kotor"
Dari R. Muslim"Seseorang yang menutup cela seseorang yang lain didunia, akan ditutupi celanya oleh Allah pada hari kiamat."
Daripada Abu Huraira, Termidzi:"Sesiapa yang duduk didalam perhimpunan yang tidak baik hendaklah membaca doa (memuji Allah dan meminta ampun darinya) sebelum berundur diri"
Daripada Al-Nabari:"Barangsiapa yang beriman kepada Allah S.W.T dan Hari Akhirat maka hendaklah ia mengucapkan perkara-perkara yang baik atau diam"
Daripada Al-Nabari:"Wahai Rasul Allah S.A.W, manakah orang Islam yang paling baik? Rasul Allah S.A.W menjawab : Ialah yang mana orang Islam lain terselamat dari gangguan lidah dan tangannya"

Langgan:
Catatan (Atom)