Khamis, 22 Disember 2016

Assalamualaikum sedikit renungan bersama Abg Ariff serta semua sahabat2 yg dirahmati Allah,Diakhir zaman ini terlalu byk ujian pada orang2  beriman dia solat puasa zakat dan mematuhi byk tuntutan ugama tapi saat yg sama suka membuka aib serta keburukan org lain (sesama islam) banyak ayat al-Quran dan Hadis yg menceritakan tentang larangan membuka aib serta rahsia, mencari2 aib dan perkara2 berkaitan melindungi aib.. tak kira aib sendiri lebih2 lagi aib orang lain subhanallah semuga Allah jauhi kita semua.

“Wahai sekalian manusia yg beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang2 Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yg membuka aib saudaranya yg muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yg aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya. (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)

“Siapa yang membela harga diri saudaranya yg muslim, nescaya Allah swt menjaga wajahnya dari neraka pada hari kiamat. (HR. at-Tirmidzi)

“Sesiapa yg menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat(HR. at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani)

“Seorang muslim itu ibarat cermin kepada yg lainnya, bila dia melihat sebarang kekotoran maka segera dia menyapunya. (HR. at-Tirmidzi dan Abu Daud)

“Sesiapa yg melakukan dosa sedemikian (syirik, mencuri dan zina) dan dihukum keranannya, maka hukuman itu adalah kifarah baginya. Dan sesiapa yg melakukan dosa sedemikian lalu Allah menutupinya, maka terpulang kepada Allah sama ada untuk mengampunkannya atau mengazabnya. (HR. al-Bukhari)

“Wahai Rasulullah, apa sebenarnya Ghibah itu? Rasulullah s.a.w. menjawab, “Iaitu berkata sesuatu tentang saudaramu yg dia tidak suka”, ditanya lagi “Bagaimana kalau ianya benar? Rasulullah s.a.w. menjawab “Sekiranya apa yg kau katakan itu benar engkau telah melakukan ghibah dan sekiranya tidak engkau telah melakukan fitnah”

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, ia berkata, “Ada seorang lelaki yg minum minuman keras (khamr) dibawa di hadapan Nabi s.a.w., maka Baginda bersabda: Kalian pukullah dia”. Abu Hurairah berkata, “Di antara kami ada yg memukul dengan tangannya, ada yg memukul dengan sandalnya, dan ada yang memukul dengan pakaiannya”. Ketika orang itu akan kembali, sebahagian orang berkata kepadanya. “Mudah2han Allah menghinakanmu”. Rasulullah bersabda: “Janganlah kamu berkata yg demikian itu, jangan kamu membantu perbuatan syaitan (syaitan sangat suka jika Allah menghinakan hambanya kerana memang itu pekerjaan syaitan). (HR. al-Bukhari)

“Wahai golongan yg beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yg mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yg diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya. (HR. at-Tirmidzi)

“Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yg menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yg menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yg menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat. (HR. al-Bukhari)

“Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, “Setiap daripada kamu adalah orang yg berbuat salah, dan sebaik-baik orang yg berbuat salah adalah orang yg bertaubat.”( HR Ahmad).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan