Ahad, 25 Disember 2016

Assalamualaikum renungan bersama Abg Ariff serta sahabat2 yg dirahmati Allah. Orang2 yg iltizam mengerjakan solat tetapi masih terus mempunyai kebiasaan berburuk sangka pada rakan  sahabat2 serta org sekelilingnya   mengumpat menfitnah dan sebagainya (walaupun apa yg diperkatakan itu benar2 bersalah atau berbuat dosa atau memang keadaannya buruk) maka apa yg dikerjakannya itu tidak bermanfaat bagi pembentukan akhlaknya.Meskipun ada seseorang yg rajin solat dan beribadah, namun apabila lisannya suka megambil tahu hal perihal orang dan rakan2nya maka solat dan ibadahnya akan menjadi sia2 sahaja. Kerana perbuatannya itu akan menghapus amal2nya. Dan apabila ia mati dalam keadaan  tidak bertaubat kepada Allah, maka dia akan dimasukkan kedalam neraka.

Al-Hujurat:12 - Wahai orang2 yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari2 kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan2 yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

An-Nahl:105 - Sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang2 yang tidak beriman kepada ayat2 Allah, dan mereka itu ialah orang2 yang bertabiat  berdusta.

Rasulullah SAW bersabda :  Sesiapa mengumpat (ghibah) satu kali sepanjang hidupnya, maka Allah menimpakan 10 macam derita (seksa) kepadanya, iaitu:
Pertama, jauh dari rahmat Allah.
Kedua, para malaikat menyatakan putus hubungan (enggan) mendekatinya.
Ketiga, terlepas nyawa dari badan ketika mati terasa sangat pedih.
Keempat, menjadi hamper terjerumus ke dalam neraka.
Kelima, menjadi jauh dari syurga.
Keenam, merasakan beratnya derita seksa kubur.
Ketujuh, kehilangan amal pahala kerana terhapus kerana dosa ghibah yang besar itu.
Kelapan, jiwa Nabi SAW merasa sakit akibat ghibahnya.
Kesembilan, Allah marah kepadanya.
Kesepuluh, menipislah kebaikannya nanti pada hari kiamat, ketika menghadapi mizan (hisab).

Semuga dgn sedikit penerangan Al.quran serta hadis diatas dapat menambah keiman serta peringatan pada kita semua insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan