Sabtu, 25 Ogos 2018

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

Sekadara peringatan  renungan untuk diri sendiri   hukuman meninggalkan solat 5 waktu dengan sengaja. Dan Juga peringatan untuk kita bersama beratnya balasan Allah Subahanallah ta'ala bagi yang meninggalkan solat. Semoga kita mendapat keberkatan dan hidayahnya. Semoga solat 5 waktu kita cukup. Insyaallah Aminn.

Dosa Meninggalkan Solat 5 Waktu

1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.  dengan ibunya pada kaum lelaki dengan bapanya pada kaum perempuan.
5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.


6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :

1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.


3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :

1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur : 1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.


3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :

1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.


Hadith Mengenai Dosa Meninggalkan Solat 5 Waktu


Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu: “Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)
Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Perjanjian di antara kita orang Islam dan orang kafir ialah solat dan sesiapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir. (HR al-Tirmidzi)

Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sesungguhnya yang membezakan antara seseorang dengan kesyirikkan dan kekufuran adalah dengan meninggalkan solat". (HR Muslim)
Diterangkan oleh An-Nawawi bahawasanya orang yang meninggalkan solat dengan menolak atau mengingkari kewajipan solat, dipandang telah menjadi kafir, telah terkeluar dari Islam. (ijma' ulamak Islam).


Jika dia meninggalkan solat kerana malas atau lalai tetapi masih mengi'tikadkan kewajiban solat itu atas dirinya, maka Imam Malik dan Asy Syafi'i menetapkan bahawa orang itu tidak kafir, hanya dipandang fasik (melakukan dosa besar) dan disuruh bertaubat. Jika dia tidak mahu bertaubat, nescaya dibunuh, selaku suatu hukuman yang mesti dijalankan.

Beberapa hadits daripada Rasulullah S.a.w mengkafirkan orang yang meninggalkan solat;


Sabda Nabi S.a.w;  "Janji yang berlaku antara kita dengan mereka ialah solat. Sesiapa yang meninggalkannya maka kafirlah dia."  [Hadits Riwayat At-Tirmidzi]


Sabda Nabi S.a.w; " Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka kufurlah dia secara nyata." [Hadits Riwayat At-Thabrani]


Pada hadits yang lain, "Sesiapa yang meninggalkan solat maka terlepaslah daripadanya janji Allah dan janji RasulNya S.a.w."


Sabda Nabi S.a.w; "Sesiapa yang memelihara sembahyang dikurniakan baginya cahaya, petunjuk dan kelepasan pada Hari Kiamat. Sesiapa yang tidak memeliharanya, tiada baginya cahaya, petunjuk dan kelepasan. Dan pada Hari Kiamat dia akan bersama Firaun, Qarun, Haman dan Ubay anak Khalaf."  [Hadits Riwayat At-Thabrani dan Ibnu Hibban]


Maka sesungguhnya orang yang meninggalkan solat telah dinaskan pada beberapa hadits Rasulullah S.a.w sebagai kufur.


Demikian juga ada beberapa orang sahabat dan Salafus-soleh yang berkata; "Aku tidak terdengar mana-mana sahabat yang berkata jika meninggalkan sesuatu amalan menjadi kafir melainkan sembahyang. "


Kita hendaklah takut perkara ini dan takut meninggalkan solat atau meninggalkan sesuatu yang berkaitan dengan solat. Jika kita tidak melakukan sebagaimana yang disuruh itu maka kita adalah sebahagian daripada orang-orang yang binasa dan menanggung kerugian di dunia dan di akhirat. Orang yang demikian adalah orang yang berada dalam kerugian yang amat nyata.


[Petikan dari kitab Munyatul Musolli]

Jumaat, 24 Ogos 2018

Riwayat al-Bukhari
      
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. Berwasiatlah kepadaku, Lalu Nabi s.a.w menjawab: Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab:Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.
1. Umat Islam dituntut supaya meminta nasihat daripada orang yang alim untuk membentuk peribadinya. 
2. Islam menghendaki seseorang itu berusaha memperbaiki dirinya dari semasa ke semasa agar iman dan ketaqwaannya kepada Allah S.W.T semakin meningkat. 
3. Hakikat marah menurut Islam ialah marah yang terpuji dan marah yang tercela. Kemarahan yang ditujukan untuk mempertahankan diri, agama, kehormatan, hak atau untuk menolong orang yang dizalimi adalah marah yang dituntut. Sebaliknya yang selain daripada itu adalah marah yang datang daripada sifat-sifat syaitan yang dikeji oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya. 
4. Sesuatu persoalan atau wasiat yang memerlukan jawapan daripada seseorang, janganlah diminta secara mendesak atau menunjukkan kemarahan, tetapi hendaklah menggunakan tutur kata yang baik, bersopan dan sabar.

Khamis, 23 Ogos 2018

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)

“Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)

Solat Jumaat

 Dari Abu al-Ja`d ad-Dhamiri, r.a, bahawa rasul s.a.w bersabda: “sesiapa yang meninggalkan (solat Jumaat) sebanyak 3 jumaat dengan keadaan sengaja meringan-ringan dan mencuaikannya, nescaya Allah meterikan atas hatinya”. (HR Abu Daud)


Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:”Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah (mandi dengan membersih seluruh tubuh badan), kemudian dia pergi ke Jumaat (solat Jumaat) (sebagai orang yang pertama sampai) maka sama halnya seperti orang yang berkorban seekor unta; dan sesiapa yang datang sebagai orang kedua, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor lembu betina; sesiapa yang datang sebagai orang ketiga, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor biri-biri bertanduk; sesiapa yang datang sebagai orang keempat, sama halnya dengan seorang yang berkorban seekor ayam; dan sesiapa yang datang sebagai orang kelima; sama halnya dengan orang yang berkorban dengan sebutir telur. Apabila imam telah menaiki mimbar maka para malaikat yang hadir juga ikut mendengar khutbah.” (HR Bukhari)


Nabi s.a.w bersabda: "Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid - Malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang demi seorang; kemudian apabila imam duduk di atas mimbar, Malaikat-malaikat itu melipat lembaran-lembaran surat yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah."( Abu Hurairah r.a)


Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:”Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” (HR Muslim)


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu solat Jumaat, maka kerjakanlah sesudah itu solat (sunat) empat rakaat.” (HR Muslim)


Pengajaran Hadis:


1. Solat Jumaat adalah hari raya mingguan bagi umat islam dan menggantikan solat zohor bagi muslimin


2. Orang yang sengaja meninggalkannya perlulah bertaubat kepada Allah agar rahmat dan hidayahNya berterusan kepada diri dan keluarga


3. Syarat wajib jumaat ialah Islam, merdeka, baligh, berakal, sihat(tiada uzur) dan tinggal menetap(bermukim) ditempatnya.


4. Allah menetapkan kelebihan tertentu pada tempat dan masa. Contohnya Allah melimpahkan berkat-Nya terhadap Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah daripada segala tempat lain di dunia ini. Begitu juga dengan kelebihan masa iaitu Allah SWT telah melebihkan Ramadhan daripada segala bulan yang lain dan Allah juga melebihkan hari Jumaat daripada segala hari yang lain dalam seminggu.


5. Hari Jumaat juga dinamakan ‘Yaumul-mazid’ iaitu hari pemberian tambahan kerana pada hari berkenaan, Allah mengurniakan rahmat yang banyak kepada hambanya. Segala permohonan seseorang hamba itu akan dikabulkan sekiranya permohonan itu menepati waktu yang dinamakan ‘waktu mustajab’.


6. Hari Jumaat Allah juga mensyariatkan agar dikerjakan solat khusus pada hari tersebut iaitu yang dinamakan solat Jumaat di mana bagi setiap orang yang pergi menunaikan solat tersebut disediakan ganjaran yang amat besar yang tidak ada pada hari-hari yang lain.


7. Tetapi malang sekali ada juga antara kita yang berasakan hari Jumaat adalah sama seperti hari-hari lain. Ini menyebabkan mereka mengisi hari tersebut dengan hati yang kosong, tanpa doa dan harapan kepada pencipta-Nya. Lebih malang lagi, ada pula yang sanggup meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja, tanpa rasa berdosa kepada Allah SWT. Golongan ini bukan sahaja lupa pada kewajipan mereka terhadap Allah, malah mereka lupa pada azab Allah yang bakal menimpa. Jauh sekali ingin meraih seribu satu keuntungan daripada kemuliaan hari tersebut.


8. Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain.


9. Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar'i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.


10. Solat Jumaat difardhukan kepada kaum lelaki dan tidak difardhu solat Jumaat kepada kaum wanita.

Isnin, 20 Ogos 2018

Assalamualaikum sedikit renungan tentang puasa
hari Arafah..
     
Diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a bahawa Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: 'Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.
Riwayat:  (Muslim)

10 Zulhijjah bakal menggamit lagi menandakan ketibaan Eidil Adha bersama dengan laungan tahmid memuji Allah di atas segala nikmat kurniaannya termasuk nikmat berhari raya. Kemeriahan Eidil Adha akan lebih terasa apabila umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji di Mekah sama-sama menunaikan puasa sunat hari Arafah. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang. Ini bermakna Islam sentiasa mengawal setiap tindak tanduk umatnya di mana setiap amalan yang dikerjakan dan bertepatan dengan kehendak syarak akan diganjari pahala termasuklah juga perkara makan dan minum.
Assalamualaikum sedikit renungan tentang orang-orang yang suka memaki hamun orang lain serta yang suka menuduh fitnah perkara-perkara yang tidak dibuat oleh orang yg dituduh. Marilah sama-sama kita renungkan Insyaallah.

Allah SWT berfirman:
اِنَّ الَّذِيْنَ يُحِبُّوْنَ اَنْ تَشِيْعَ الْفَاحِشَةُ فِى الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَهُمْ عَذَابٌ اَلِيْمٌ ۙ  فِى الدُّنْيَا وَالْاٰخِرَةِ ۗ  وَاللّٰهُ يَعْلَمُ وَاَنْـتُمْ لَا تَعْلَمُوْنَ
"Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).
(An-Nur 24: Ayat 19)
     
Daripada Abu Hurairah RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, 'Tahukah kamu siapa orang yang bankrap?' Para sahabat menjawab, 'Orang yang bankrap bagi kami ialah orang yang tidak mempunyai wang dan harta'. Baginda bersabda, 'Ssungguhnya orang yang bankrap daripada umatku ialah orang yang datang di hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat dan dia datang dalam hal dia memaki, mencaci si fulan, tuduh-menuduh serta memakan harta kepunyaan orang lain, menumpahkan darah, membunuh orang dan memukul orang. Maka diberi kepada orang yang teraniaya pahala kebajikan orang yang menganiaya mereka. Maka jika kebajikan sebelum terbayar tanggungan kezaliman maka diambil daripada kesalahan mereka (orang yang dianiaya)  dan dibebankan ke atas (yang membuat aniaya) kemudian dicampak dia ke dalam neraka. (Riwayat:  Muslim)

Islam melarang umatnya membuka rahsia dan tuduh-menuduh antara sesama sendiri jika tuduhan-tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar. Islam menjaga kehormatan seseorang daripada melakukan perkara-perkara menyalahi hukum yang boleh membawa kepada permusuhan. Jagalah lidah dan hati daripada mengeluarkan kata-kata yang kesat sesama orang Islam kerana akibatnya boleh menyebabkan amalan seseorang itu diambil dan menggantikan dengan kesalahan yang dilakukannya di dunia. Segala amal kebaikan dan kejahatan akan dapat dilihat dan dirasa balasannya serta ditimbang baik buruknya pada hari kiamat. Orang Islam adalah bersaudara, maka haramlah atasnya pembunuhan, pencerobohan kehormatan dan mencerobohi hartanya. Menzalimi dan menyakiti manusia (seagama) akan menghapuskan pahala dan manfaat amalan yang soleh pada hari kiamat, orang yang melakukannya adalah muflis yang sebenar. Salah satu cara pendidikan yang berkesan adalah dengan menggunakan bentuk dialog dan soal jawab untuk menarik perhatian pendengar.

Sabtu, 18 Ogos 2018

     
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesiapa yg ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.
 (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)
1. Islam sangat menghargai ilmu dan ulama (ilmuwan), sehingga kedudukan ilmu dan ulama sangat tinggi dan mulia dalam parameter Islam. Allah S.W.T telah berfirman: ... nescaya Allah akan meninggikan orang2 yang beriman di antaramu dan orang2 yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat... (Al Mujaadalah 58
2. Kerana kedudukan ilmu yang sedemikian tingginya, maka Islam mewajibkan umatnya untuk mempelajari ilmu, sehingga diharapkan mereka bekerja berdasarkan ilmunya, bukan sekadar mengikuti seseorang tanpa tujuan
3. Berjihad dalam ilmu maksudnya ialah bersungguh2 membentuk masyarakat dari segi ilmu pengetahuan dan peradaban yang berguna serta memberikan gambaran yg betul tentangnya tanpa merasa iri hati atau tamak kerana orang yg memberikan ilmu berupa petunjuk akan dikurniakan balasan pahala dan kebaikan sama seperti orang yang mengamal ilmu tersebut.

Jumaat, 17 Ogos 2018

  Assalamualaikum sedikit renungan bersama Abg Ariff
Insyaallah tentang ibadah Qurban.
Allah SWT berfirman:
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ 
"Oleh itu, kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
(Al-Kausar 108: Ayat 2)

Allah SWT berfirman:

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يٰبُنَيَّ اِنِّيْۤ اَرٰى فِى الْمَنَامِ اَنِّيْۤ اَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرٰى ۗ  قَالَ يٰۤاَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ  سَتَجِدُنِيْۤ اِنْ شَآءَ اللّٰهُ مِنَ الصّٰبِرِيْنَ

"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang2 yang sabar.
(As-Saffat 37: Ayat 102)

Allah SWT berfirman:
لَنْ يَّنَالَ اللّٰهَ لُحُـوْمُهَا وَلَا  دِمَآ ؤُهَا وَلٰـكِنْ يَّنَالُهُ التَّقْوٰى مِنْكُمْ ۗ  كَذٰلِكَ سَخَّرَهَا  لَـكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللّٰهَ عَلٰى مَا هَدٰٮكُمْ ۗ  وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِيْنَ
"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya."
(Al-Hajj 22: Ayat 37)

Allah SWT berfirman:
وَلِكُلِّ اُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللّٰهِ عَلٰى مَا رَزَقَهُمْ مِّنْۢ بَهِيْمَةِ الْاَنْعَامِ   ۗ  فَاِلٰهُكُمْ اِلٰـهٌ وَّاحِدٌ فَلَهٗۤ اَسْلِمُوْا   ۗ  وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِيْنَ 
"Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat -
(Al-Hajj 22: Ayat 34)

 Riwayat at- Tirmidzi   
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu
i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
ii) Antara hikmah korban adalah:
a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.
c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.
iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:
a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: 'Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan'.(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: '
Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu'.(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: 'Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla.

Khamis, 16 Ogos 2018

 

   Assalamualaikum sedikit renungan bersama Abg Ariff
InsyaAllah semoga kita semua dapat pahala berlipat kali ganda di hari Jumaat yang mulia Amin..

Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah (mandi dengan membersih seluruh tubuh badan), kemudian dia pergi ke Jumaat (solat Jumaat) (sebagai orang yang pertama sampai) maka sama halnya seperti orang yang berkorban seekor unta; dan sesiapa yang datang sebagai orang kedua, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor lembu betina; sesiapa yang datang sebagai orang ketiga, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor biri-biri bertanduk; sesiapa yang datang sebagai orang keempat, sama halnya dengan seorang yang berkorban seekor ayam; dan sesiapa yang datang sebagai orang kelima; sama halnya dengan orang yang berkorban dengan sebutir telur. Apabila imam telah menaiki mimbar maka para malaikat yang hadir juga ikut mendengar khutbah.
(Bukhari)

Allah menetapkan kelebihan tertentu pada tempat dan masa. Contohnya Allah melimpahkan berkat-Nya terhadap Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah daripada segala tempat lain di dunia ini. Begitu juga dengan kelebihan masa iaitu Allah SWT telah melebihkan Ramadhan daripada segala bulan yang lain dan Allah juga melebihkan hari Jumaat daripada segala hari yang lain dalam seminggu. Hari Jumaat juga dinamakan ˜Yaumul-mazid' iaitu hari pemberian tambahan kerana pada hari berkenaan, Allah mengurniakan rahmat yang banyak kepada hambanya. Segala permohonan seseorang hamba itu akan dikabulkan sekiranya permohonan itu menepati waktu yang dinamakan ˜waktu mustajab'. Betapa mulianya hari Jumaat ini hingga Allah juga mensyariatkan agar dikerjakan solat khusus pada hari tersebut iaitu yang dinamakan solat Jumaat di mana bagi setiap orang yang pergi menunaikan solat tersebut disediakan ganjaran yang amat besar yang tidak ada pada hari-hari yang lain. Tetapi malang sekali ada juga antara kita yang berasakan hari Jumaat adalah sama seperti hari-hari lain. Ini menyebabkan mereka mengisi hari tersebut dengan hati yang kosong, tanpa doa dan harapan kepada pencipta-Nya. Lebih malang lagi, ada pula yang sanggup meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja, tanpa rasa berdosa kepada Allah SWT. Golongan ini bukan sahaja lupa pada kewajipan mereka terhadap Allah, malah mereka lupa pada azab Allah yang bakal menimpa. Jauh sekali ingin meraih seribu satu keuntungan daripada kemuliaan hari tersebut.
Assalamualaikum sedikit renungan bersama Abg Ariff
Semuga menambah keimanan serta ilmu insya Allah.   
Daripada Abu Hurairah RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, 'Tahukah kamu siapa orang yang bankrap?' Para sahabat menjawab, 'Orang yang bankrap bagi kami ialah orang yang tidak mempunyai wang dan harta'. Baginda bersabda, 'Ssungguhnya orang yang bankrap daripada umatku ialah orang yang datang di hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat dan dia datang dalam hal dia memaki, mencaci si fulan, tuduh-menuduh serta memakan harta kepunyaan orang lain, menumpahkan darah, membunuh orang dan memukul orang. Maka diberi kepada orang yang teraniaya pahala kebajikan orang yang menganiaya mereka. Maka jika kebajikan sebelum terbayar tanggungan kezaliman maka diambil daripada kesalahan mereka (orang yang dianiaya)  dan dibebankan ke atas (yang membuat aniaya) kemudian dicampak dia ke dalam neraka'.
(Riwayat:  Muslim)

Islam melarang umatnya membuka rahsia dan tuduh-menuduh antara sesama sendiri jika tuduhan-tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar. Islam menjaga kehormatan seseorang daripada melakukan perkara-perkara menyalahi hukum yang boleh membawa kepada permusuhan. Jagalah lidah dan hati daripada mengeluarkan kata-kata yang kesat sesama orang Islam kerana akibatnya boleh menyebabkan amalan seseorang itu diambil dan menggantikan dengan kesalahan yang dilakukannya di dunia. Segala amal kebaikan dan kejahatan akan dapat dilihat dan dirasa balasannya serta ditimbang baik buruknya pada hari kiamat. Orang Islam adalah bersaudara, maka haramlah atasnya pembunuhan, pencerobohan kehormatan dan mencerobohi hartanya. Menzalimi dan menyakiti manusia (seagama) akan menghapuskan pahala dan manfaat amalan yang soleh pada hari kiamat, orang yang melakukannya adalah muflis yang sebenar. Salah satu cara pendidikan yang berkesan adalah dengan menggunakan bentuk dialog dan soal jawab untuk menarik perhatian pendengar.

Rabu, 15 Ogos 2018

LARANGAN KELUAR DARI JAMAAH ISLAM

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :مَنْ خَرَجَ مِنَ الْطَاعَةِ وَفَارَقَ الْجَمَاعَةَ فَمَاتَ مَاتَ مَيْتَةً جَاهِلِيَّةٍ .وَمَنْ قَاتَلَ تَحْتَ رَايَةٍ عُمْيَةٍ يَغْضِبُ لِعَصَبِيَّةٍ أَوْ يَدْعُوْ لِعَصَبِيَّةٍ أَوْ يَنْصُرُ عَصَبِيَّةً فَقُتِلَ فَقِتْلَةٌ جَاهِلِيَّةٌ , وَمَنْ خَرَجَ عَلَي أُمَّتِيْ بِسَيْفِهِ يَضْرِبُ بَرَّهَا وَفَاجَرَهَا وَلاَ يَتَحَاشَيْ مِنْ مُؤْمِنِهَا وَلاَ يَفِيْ لِذِيْ عَهْدٍ عَهْدَهُ فَلَيْسَ مِنِّيْ وَلَسْتُ مِنْهُ . ( رواه مسلم(
Terjemahan Hadis.
Darpada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:”Barang siapa yang keluar dari ketaatan (derhaka) dan memisahkan diri dari jamaah( Islam),lalu ia mati , maka matilah ia sebagai kematian jahiliyah . Barang siapa berperang di bawah panji –panji kesesatan , ia marah kerana assobiyah atau mengajak kepada assobiyah ataupun membantu assobiyah , lalu ia terbunuh maka ia terbunuh sebagai kematian jahiliyah .Barang siapa memerangi umatku dengan pedangnya ia memenggal dengan pedangnya orang yang baik dan orang yang jahat dan ia tidak mengecualikan orang mukmin dari umatku , dan ia tidak menunaikan janji orang yang diberi janjinya , maka dia bukanlah dari golonganku dan aku bukanlah dari golongannya .”
( Hadis Riwayat :Al-Bukhari, Muslim, ad-Darimai dan Ahmad)
Keterangan mengenai perawai Hadis.
Hadis diriwayatkan oleh Muslim dari pada Abu Hurairah r.a , telah diterangkan dengan detil tentang riwayat hidup Abu Hurairah pada hadis pertama .

Nilai Hadis.
Hadis ini adalah sebuah hadis yang melarang umat Islam keluar dari jamaah Islam , berjuang atas dasar assobiyah dan memerangi umat Islam tanpa sebab , dan juga mungkir janji ,Rasullah SAW tidak mengaku umatnya mereka yang melakukan perbuatan di atas
Keterangan Hadis secara terperinci .

1.Larangan keluar dari jamaah Islam.
Di dalam hadis ini Rasulullah SAW melarang umat Islam keluar dari jamaah Islam, mereka yang keluar dari jamaah Islam ,kemudian ia mati, maka ia mati di dalam keadaan jahiliyah .Oleh itu jika seseorang melihat sesuatu perkara yang ia benci terhadap pemerintah maka hendaklah brsabar ,tidak dibenarkan ia memecat atau menggulingkan pemerintah tersebut ataupun keluar dari ketaatan dan serusnya keluar dari jamaah Islam , kalau ia keluar dari jamaah Islam , kemudian ia mati , maka matilah ia di dalam keadaan jahiliyah , sabda Rasulullah SAW :

مَنْ رَأَي مِنْ أَمِيْرِهِ شَيْئًا يَكْرَهُهُ فَلْيَصْبِرْ فَإِنَّهُ لَيْسَ اَحَدٌ يُفَارِقُ الْجَمَاعَةَ شِبْرًا فَيَمُوْتُ إِلاَّ مَاتَ مَيْتَةً جَاهِلِيَّةً .
( رواه : البخاري , مسلم , الداريمي , احمد )
“Barangsiapa yang nampak sesuatu yang tidak disukai pada pemerintahnya , maka hendaklah ia bersabar kerana tiada seorang pun yang memisahkan diri dari jamaah Islam sejengkal lalu ia mati melainkan ia mati sebagai bangkai jahiliyah .
(Hadis sahih , diriwayatkan oleh : Al-Bukhari , Muslim , Ad-Darimi dan Ahmad).

2.Islam menentang fahaman assobiyah .
Ajaran Islam itu bersifat kemanusiaan sejagat kerana ianya diturunkan oleh Allah SWT kepada seluruh manusia dan rahmat Allah kepada mereka di sepanjang zaman dan di semua tempat .Firman Allah SWT yang bermaksud :
Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.(Al-Anbiyaa’ : 107 )

Rasulullah SAW diutuskan kepada seluruh penduduk dunia ini , yang menjadi rahmat kepada sesiapa sahaja yang beriman kepadanya ,mengikutnya akan mendapat kebahgiaan dunia dan akhirat .

Islam itu untuk manusia tanpa mengira bangsa,bahasa , keturunan , pangkat dan di mana sahaja bumi negeri tempat berpijak , di zaman dan suasana yang dialami.
Islam menentang sekeras-kerasnya fahaman assobiyah yang termasuk di dalamnya ideologi kebangsaan .
Sabda Rasulullah SAW :
لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَي عَصَبَيَّةٍ , وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَي عَصَبَيَّةٍ وَ لَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَي عَصَبَيَّة.
“Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru ke arah assobyiah , bukan dari kalangan kami orang yang berjuang atas dasar assobiyah ,dan bukan dari kalangan kami orang yang mati atas dasar assobiuyah .
Para sahabat bertanya :” Apakah yang dinamakan assobiyah itu wahai Rasulullah ?” Jawab Rasulullah SAW ;”Kamu menolong kaummu di atas dasar kezaliman .”

Yakni walaupun dia zalim kamu menolong dan memihak kepadanya.Tidak menjadi salah seseorang yang kasih kepada kaum bangsanya , kerana Rasulullah SAW juga kasih kepada keluarga dan bangsanya , tetapi perasaan kasih itu tidak boleh dijadikan aqidah sehingga menjejaskan penentuan benar dan salah , adil dan zalim , kerana kebenaran sepenuhnya dari Allah , maka tiada orang yang istemiwa di bawah hukum Islam, undang –undang dan peraturannya .Sama ada di dalam menentukan benar atau salah atau menjatuhkan hukum atau pembahagian hak .Bahkan kesejagatan Islam itu bukan sahaja dalam mengedalikan urusan orang –orang yang telah menganut Islam bahkan melibatkan semua manusia termasuk yang tidak menganut Islam .

3.Larangan memerangi umat Islam , dan mungkir janji .

Rasulullah SAW melarang memerangi umat Islam tanpa sebab , kerana apabila seseorang memeluk Islam maka terperliharalah harta dan darahnya ,seperti yang dinyatakan di dalam hadis berikut 

عَنْ ابن عمر رضي الله عنهما قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّي يَشْهَدُوْا أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنْ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ وَيُقِيْمُوْا الصَّلاَةَ وَيُؤْتُوْا الزَّكَاةَ . فَإِذَا فَعَلُوْا ذَلِكَ عَصَمُوْا مِنِّيْ دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلاَّ بِحَقَّ الْإِسْلاَمِ وَحِسَابُهُمْ عَلَي اللهِ تَعَالَي . ( رواه البخاري ومسلم(
Dari Ibnu Umar r.a bahawasa Rasulullah SAW bersabda:”Aku diperintahkan supaya memerangi manusia hingga mereka mengucap : لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُtiada tuhan melainkan Allah dan وَأَنْ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ bahawasanya Muhammad itu Rasulullah dan mereka mendirikan solat dan mengeluarkan zakat maka apabila mereka berbuat yang demikian itu terperliharalah mereka daripada aku darah mereka dan harta mereka kecuali hak Islam dan hisab mereka atas Alllah Taala.
(Diriwayatkan oleh : Al-Bukhari dan Muslim )

Umat Islam juga dilarang mungkir janji ,kerana Allah memerintahkan kita supaya menunaikan janji firman Allah SWT surah Al-Ahzab ayat 23 -24 yang bermaksud :
23. di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.
24. (berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka, dan menyeksa orang-orang yang munafik jika ia kehendaki, atau ia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani 

Pengajaran Hadis .
1.Umat Islam dilarang keluar dari jamaah Islam .
2.Orang yang keluar jamaah Islam , kemudian ia mati , maka ia mati dalam keadaan jahiliyah .
3.Meneggakkan assobiyah adalah bertentangan dengan ajaran , sekiranya seseorang mati di dalam memperjuangkan fahaman assobiyah maka ia mati di dalam keadaan jahiliyah .
4.Di larang memerangi umat Islam tanpa sebab . kerana mereka diperlihara harta dan darah mereka .
5.Umat Islam hendak menunaikan janji ,kerana mungkir janji adalah salah satu sifat nifaq

berpegang teguh dengan jamaah Islam yang mempunyai satu kiblat 
Renungan kita bersama
Insya Allah.
Riwayat:  Muslim
Daripada Abu Hubairah A’id bin Amru al-Muzanni dia adalah seorang daripada ahli Bai’ah ar Ridhuan RA, bahawa Abu Sufian datang kepada Sulaiman, Suhaib, Bilal dan beberapa orang sahabat lagi lalu mereka berkata,Pedang2 Allah belum selesai tugasnya mengambil musuh2 Allah. Berkata Abu Bakar RA, inikah yang kamu katakan terhadap seorang kenamaan Quraisy dan penghulunya?” Lalu beliau mengadap Rasulullah SAW dan memberitahunya, maka nabi bersabda, Wahai Abu Bakar boleh jadi engkau telah menyebabkan kemarahan mereka. Jika engkau telah menyebabkan mereka marah sesungguhnya engkau telah menyebabkan kemarahan tuhan kamu. Maka Abu Bakar menemui mereka tadi dan berkata, Wahai saudara-saudaraku, adakah aku telah menyebabkan kemarahan kamu? Mereka berkata, Tidak, semoa Allah mengampuni bagimu wahai saudaraku.

Orang Islam disuruh lebih mengutamakan perhubungan sesama mereka dengan tidak bercakap sesuatu yang boleh menyinggung perasaan. Allah SWT tidak meredhai seseorang terhadap sesuatu perkataan atau perbuatan yang menyakitkan hati saudaranya sesama Islam. Islam menggalakkan umatnya menjalin hubungan yang baik antara mereka.

Hadis ini telah dipetik daripada buku bertajuk
BUKAN DARI GOLONGANKU… Himpunan Ustaz Kamil Ashaari dan Nafisah Binti Hj. Md. Tahir cetakan pertama Ogos 2007

Hadith 1

Bukan dari golonganku ………… yang tidak menyukai sunnahku.

أَنَّ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ جَاءَ ثَلَاثَةُ رَهْطٍ إِلَى بُيُوتِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْأَلُونَ عَنْ عِبَادَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا أُخْبِرُوا كَأَنَّهُمْ تَقَالُّوهَا فَقَالُوا وَأَيْنَ نَحْنُ مِنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ قَالَ أَحَدُهُمْ أَمَّا أَنَا فَإِنِّي أُصَلِّي اللَّيْلَ أَبَدًا وَقَالَ آخَرُ أَنَا أَصُومُ الدَّهْرَ وَلَا أُفْطِرُ وَقَالَ آخَرُ أَنَا أَعْتَزِلُ النِّسَاءَ فَلَا أَتَزَوَّجُ أَبَدًا فَجَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَيْهِمْ فَقَالَ أَنْتُمْ الَّذِينَ قُلْتُمْ كَذَا وَكَذَا أَمَا وَاللَّهِ إِنِّي لَأَخْشَاكُمْ لِلَّهِ وَأَتْقَاكُمْ لَهُ لَكِنِّي أَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأُصَلِّي وَأَرْقُدُ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata ; Pada suatu hari sekumpulan kaum muslimin ( dalam lingkungan tiga orang sahabat ) datang kepada isteri Rasulullah s.a.w. Mereka bertanyakan tentang jumlah ibadat yang Rasulullah s.a.w. lakukan setiap hari. Setelah mendapat penjelasan, mereka menggangap ibadah Rasulullah s.a.w. hanya sedikit. Mereka berkata : Kita tidak boleh meniru – niru baginda s.a.w. kerana Allah telah mengampuni segala dosanya yang telah lalu dan yang akan datang! Salah seorang dari mereka berkata : Aku tidak begitu, kerana aku bersembahyang malam ( tahajjud ) terus – menerus!.. Sahabatnya menyahut : Aku berpuasa terus – menerus tanpa berbuka!.. Dan sahabat yang lain berkata : Aku menjauhkan diri dari perempuan dan tidak akan berkahwin selama – lamanya! Ketika Rasulullah s.a.w datang, baginda bersabda : Tadi kamu telah mengatakan begini dan begitu….. Demi Allah, aku ini lebih takut dan lebih bertaqwa kepada Allah daripada kamu sekelian; tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku menunaikan sembahyang dan tidur, dan aku berkahwin dengan wanita. Kerana itu sesiapa yang tidak menyukai sunnahku ia bukan dari golonganku ( bukan dari umatku ).
Riwayat Bukhari, Muslim dan Nasaie, lafaz oleh Bukhari.

Didalam maksud hadith ini ialah nabi diutuskanNya adalah untuk diteladani, dicontohi dan dipatuhi dan bukanlah untuk dikagumi semata-mata malah apa yang dilakukan adalah yang terbaik untuk diikuti. Menambah-nambah dan berlebihan dalam ibadah adalah sesuatu yang dipanggil di dalam islam sebagai bid’ah.

Kehidupan manusia didalam dunia ini terbahagi kepada tiga jenis golongan :
Yang berpaling dari dunia dan menghinanya kerana ianya sibuk menyuburkan jiwa dan ruhnya dengan beriktikaf dan mengasingkan diri dari masyarakat semata-mata untuk beribadat sehingga sanggup membujang.
Yang tenggelam dengan dunia dan perhiasannya iaitu dengan bermati-matian mengumpul harta hanya untuk kepentingan peribadinya tanpa memperdulikan akhlak yang mulia serta keperluan ruh untuk disucikan serta tidak menunaikan haknya kepada penciptanya yang telah melimpahkan rezeki keatasnya dengan mensyukuri segala nikmatnya.
Yang amat menitikberatkan pembinaan ruh, menyeru manusia kepada menghubungkan diri dengan tuhannya dengan ibadat, ketaatan dan amalan mendekatkan diri kepada penciptanya dengan tidak melupakan pembinaan hubungan manusia untuk menjaga wasilah keturunan, ketenangan jiwa serta terjaga maruah diri.
Dengan itu marilah kita beramai-ramai transformasi diri dengan menjadikan kehidupan manusia yang ketiga sebagai panduan dan ikutan sepanjang perjalanan hidup kita.



Hadith 2

Bukan dari golonganku………yang keluar dari jamaah islam, yang berjuang di atas dasar asaobiyah


Daripada Abu Hurairah r.a., daripada Rasulullah s.a.w. bersabda : 'Sesiapa yang tidak mematuhi iman dan memencilkan diri dari jamaah lalu dia mati, maka matinya seperti mati jahiliyyah, dan sesiapa yang berperang di bawah bendera ( panji ) buta dan marah ( bermusuhan ) kerana asaobiyyah dan menyeru kepadanya atau membantu kerananya ( asaobiyyah ) maka kematiannya adalah mati jahiliyyah, dan sesiapa yang keluar dari umatku, membunuh orang-orang yang baik dan orang-orang jahat tanpa memperdulikan apakah dia orang mukmin atau tidak, dan tanpa mengendahkan janji yang telah dibuat, maka orang itu juga bukan dari golonganku dan aku bukan dari golongannya'.
Riwayat Muslim, nasaie dan Ibnu Majah. Lafaz oleh Muslim


Yang dimaksudkan asaobiyyah ini ialah seseorang yang menolong kaumnya sendiri di atas dasar kezaliman dan menindas-nindas semata-mata fanatik perkauman. Dan ianya mati dalam keadaan jahiliyyah.


Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab berada dalam semangat assabiyyah yang mendalam sehingga sanggup berperang dan mati demi mempertahankan bangsa atau kabilah masing-masing. Kedatangan Rasulullah s.a.w datang dan serta merta menghapuskan segala bentuk assabiyyah yang ada dan sekaligus menyatukan masyarakat Arab di bawah satu kalimah, tanpa mengira bangsa, keturunan dan warna kulit.


Masyarakat Jahiliyyah telah bangkit dari bangsa yang paling mundur dangan melalui perubahan pemikiran Islam yang akhirnya telah berjaya mewujudkan satu negara dan pemikiran Islam ini telah menjadi anjakan kepada perubahan-perubahan yang lain.


-------------------------


Hadith 3

Bukan dari golonganku… yang bersekongkol dengan pemimpin yang zalim.

Daripada Ka’ab Bin Ujrah berkata : Telah keluar Rasulullah s.a.w. kepada kami. Kami dalam lingkungan sembilan orang, lima orang dari bangsa Arab dan empat orang berbangsa bukan Arab. Baginda berkata : Dengarkan kamu semua, adakah kamu telah mendengar bahawa sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin ( zalim dan pembohong ), sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga ( telaga al-Kautsar di syurga ) dan sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalangan umatku dan mereka dari kalangan yang akan mendatangi telaga ( telaga al-Kautsar di syurga ).
Riwayat Tarmizi dan Nasaie

Telaga al-Kautsar : Nabi pernah menggambarkan keistimewaan telaga ini dengan menyebut antara sifatnya air di dalamnya tersangat putih mengalahkan susu, tersangat manis lebih daripada madu, tersangat luas tadahannya dan terdapat gelas-gelas di sisinya seumpama bintang-bintang di langit dan sesiapa yang meminum air di telaga ini tidak akan berasa haus selama-lamanya.

Rasulullah s.a.w. bersabda dari Anas bin Malik yang bermaksud :
“Keluasan telagaku ialah seperti jarak antara Ailah dan Sona’a di Yaman. Di sisinya terdapat gelas-gelas seumpama bintang-bintang di langit.”
Anas bin Malik
Dari Tsuban r.a. berkata : Nabi s.a.w. telah ditanya tentang air minuman di telaga al-Kautsar, maka bersabda nabi s.a.w : Ianya lebih putih daripada susu, dan lebih manis daripada madu. Sentiasa terpancar padanya air yang membuak-buak daripada dua saluran pancuran air dari syurga, satunya diperbuat daripada emas, dan yang satu lagi diperbuat dari perak.
Riwayat Muslim

Pada hakikatnya Islam menghendaki ketenteraman dan ketertiban, baik individu mahupun masyarakat. Hadith ini adalah antara perkhabaran dan nasihat daripada nabi s.a.w. tentang peristiwa akhir zaman supaya berhati-hati ketika memberi ketaatan kepada golongan pemimpin, lebih-lebih lagi pemimpin yang zalim dan menipu yang bererti secara tidak langsung telah membuat kekacauan dan kerosakan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“ Tidak ada jalan atas orang yang menzalimi manusia dan membuat kerosakan di bumi dengan tidak benar. Kecuali bagi mereka azab yang pedih.”
Asy-Syura : 42

Pada hari ini, fenomena kerakusan pihak penguasa nampak jelas dan ketara di merata tempat dengan cara membohongi rakyatnya sendiri dengan mengatakan orang yang benar bersalah, yang menyatakan kebenaran dan berjihad dikatakan pengganas, menangkap ulama, orang yang menentangnya tanpa bukti dihumban dalam penjara tanpa diadili, menghina nabi, malah lebih ketara lagi mereka mengambil hukum selain dari hukum Allah dalam Al-Quran bererti menduakan hukum Allah dan merupakan satu kezaliman yang besar.
Apabila berlaku kepimpinan yang zalim dan menipu adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan menasihati mereka yang zalim. Bila teguran untuk menyatakan tanggungjawab melaksanakan perkara-perkara yang melibatkan hak-hak Islam, ditentang dan dibidas dengan jawapan yang tidak mencerminkan akhlak seorang Muslim malahan pula kekerasan digunakan untuk menghalang usaha-usaha mendaulatkan hukum Islam kepada manhajnya sendiri. Peranan umat Islam ketika berhadapan dengan pemimpin yang zalim ini ialah sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi dalam hadith ini iaitu tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka. Termasuk dalam golongan ini ialah :

Tidak mendengar dan mentaati mereka, kerana ia tidak akan mampu melakukan perkara yang melampaui batas tanpa pertolongan dan ketaatan dari para pengikut. Oleh yang demikian mereka juga dianggap zalim seperti pemimpinnya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“ Tidak ada ketaatan kepada makhluk untuk melakukan maksiat kepada Allah ”

Tidak menyokong dan memilih mereka, kerana Allah mengharamkan hamba-hambanya memberi sokongan dan pertolongan kepada pemimpin yang zalim dan melampui batas, bahkan melarang dari cenderung kepadanya. Para ulama telah berhujjah bahawa Allah s.w.t. melarang dari memberi sebarang bentuk pertolongan kepada orang-orang yang zalim dan berkhidmat denganya menerusi firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“ Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka ( kalau kamu berlaku demikian ), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian ( dengan sebab kecenderungan kamu itu ) kamu tidak akan mendapat pertolongan “
Surah Huud : 113

Membangkang setiap penyelewengan dan kezaliman kerana umat Islam hendaklah mengambil sikap sebagai pembangkang sekiranya berbagai-bagai nasihat yang diberikan tidak mampu mengubah kezaliman dan kemungkaran yang dilakukannya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“ Sesungguhnya semulia-mulia jihad ialah mengatakan
kepada penguasa yang zalim “

Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah

Sikap membangkang ini juga hendaklah disertakan dengan menghalang segala kefasadan
( kerosakan ) yang dilakukan dengan apa sahaja cara yang terbaik dengan membuat penyelidikan dan kajian serta memberi peringatan dan menghebahkan penyelewengan yang berlaku kepada masyarakat.





Hadith 4
BUKAN DARI GOLONGANKU….YANG MENIPU
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah melalui tepi satu longgokan makanan ( gandum yang dijual dipasar ), lalu baginda memasukkan tangan ke dalam longgokan itu maka jarinya mencapai atau merasai sesuatu yang basah. Baginda bersabda : Wahai penjual makanan, kenapa jadi begini? Berkata ia : Ia telah ditimpa hujan wahai Rasulullah. Bersabda Rasulullah : Kenapakah tiada engkau letakkan yang basah di sebelah atas supaya dilihat orang? Kemudian baginda bersabda : Barangsiapa yang menipu maka ia bukan dari golonganku.
Riwayat Muslim dan Tarmizi
Secara umumnya hadith ini mengharamkan semua jenis penipuan sama ada dalam masalah jual beli mahupun seperti dalam perjanjian, percakapan, pemberian amanah dan seumpamanya kerana ianya dituntut berlaku jujur dalam seluruh urusannya sebab keikhlasan dalam beragama, nilainya lebih tinggi daripada seluruh usaha duniawi. Antara bentuk-bentuk penipuan ialah :
1.    Penipuan dalam jual beli : penjual cuba untuk menyembunyikan keaiban barangan jualannya, menambah barangan dengan bahan-bahan tiruan agar berat sukatannya dan mengelabui mata pembeli dengan pelbagai cara lagi. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang ( dalam timbangan dan sukatan ), iaitu mereka yang apabila menerima sukatan ( gantang cupak ) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, Dan sebaliknya apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangkan.
Surah Al-Mutaffifin : 1-3

2.    Penipuan dalam perkahwinan : ibu bapa menyembunyikan keaiban yang nyata ada pada anak perempuannya daripada orang yang meminangnya serta mengahwinkan anak perempuannya tanpa bersungguh-sungguh merisik bakal suaminya sama ada dari agama dan akhlaknya.

3.    Penipuan kepada rakyat : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
Seorang hamba yang dipercayakan Allah memimpin rakyatnya, tetapi dia menipu rakyat, maka jika dia mati, Allah mengharamkan syurga baginya.
4.    Penipuan dalam peperiksaan : Tidak boleh berbuat curang dalam ujian dan tidak boleh membantu orang yang curang dalam hal ini, baik dengan bisikan atau menunjukkan jawapan kepada yang di sebelahnya untuk ditiru atau dengan upaya-upaya lainnya kerana hal ini boleh menimbulkan mudharat terhadap masyarakat.

Dan banyak lagi bentuk penipuan di dalam dunia ini apabila manusia tidak bertaqwa kepada Allah. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, ( terutama balasan akhirat ).
                                                                                                                                                               Surah Al-Fajr: 14



Hadith 5

BUKAN DARI GOLONGKANKU…YANG TIDAK MEMPERCAYAI TAKDIR

Daripada Abi Hafsah berkata : ‘Ubadah bin Somit telah berkata kepada anaknya: Wahai anakku, sesungguhnya engkau tidak akan dapat merasai hakikat keimanan sehinggalah engkau mengetahui bahawa apa yang menimpa kamu (tidak ditakdirkan) tidak mungkin akan menimpamu, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Sesungguhnya yang pertama sekali Allah ciptakan ialah al-Qalam (pena). Maka Allah berfirman kepadanya (al-Qalam) : Tulislah!. Berkata ia : Ya tuhanku apa yang harus aku tulis?. Allah berfirman : Tulislah qadar setiap sesuatu sehingga datangnya hari qiamat. Wahai anakku, sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Sesiapa yang mati di atas selain daripada keyakinan ini (selain dari iktiqad ini), maka ia bukanlah dari golonganku.
                                                                                                                                                               Riwayat Abu Daud

Sesungguhnya apa sahaja yang berlaku dan menimpa manusia di dunia ini sama ada baik atau buruk maka ia adalah takdir Allah s.w.t. sebagaimana firmanNya yang bermaksud :

Tidak ada suatu bencana apa pun yang menimpa di muka bumi ini dan tidak pula pada dirimu sendiri melainkan telah bertulis dalam kitab Luh Mahfuz, sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Kami jelaskan yang demikian itu agar kalian tidak berduka cita dari apa yang lepas dari diri kalian dan supaya kalian jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya terhadap kalian dan Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri”
                                                                                                                                               
Surah Al-Hadid : 22-23

Allah s.w.t telah menetapkan kadar dan ukurannya masing-masing dari segi kuantiti, kualiti, ruang dan waktu. Jadi bagi manusia dan semua makhluk, yang namanya takdir Allah itu adalah hal ghaib dan misteri. Kerana itu haram hukumnya seseorang berpangku tangan tidak berusaha dengan alasan sudah takdir. Padahal Allah sendiri sebagai Penulis Takdir telah memerintahkan kita untuk berusaha dan bekerja serta berikhtiar. Takdir ini memiliki empat tingkatan (konsep) yang semuanya wajib diimani, iaitu :
  1. Al-‘Ilmu bahawa seseorang harus menyakini bahawa Allah mengetahui segala sesuatu yang baik secara global mahupun terperinci. Dia mengetahui apa yang telah terjadi dan apa yang akan terjadi. Kerana segala sesuatu diketahui oleh Allah, baik yang terperinci mahupun jelas atas setiap gerak-geri makhluknya.
  2. Al-Kitabah bahawa Allah mencatat semua itu dalam Luh Mahfuz sebagaimana firmanNYA yang bermaksud :
Apakah kamu tidak mengetahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang ada di langit dan dibumi?; bahawasanya yang demikian itu terdapat dalam sebuah kitab. Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah”.                        
                                                                                                                                               Surah Al-An’am : 59
  1. Al-Maashi ah ( Kehendak) iaitu Allah ini bersifat umum. Bahwa tidak ada sesuatu pun di langit maupun di bumi melainkan terjadi dengan ibarat / masyiah Allah s.w.t. Maka tidak ada dalam kekuasannya yang tidak diinginkannya selamanya. Baik yang berkaitan dengan apa yang dilakukan oleh Zat Allah atau yang dilakukan oleh makhlukNya.
  2. Al-Khalqu bahawa tidak sesuatu pun di langit dan di bumi melainkan Allah sebagai penciptanya, pemiliknya, pengaturnya dan menguasainya.


Segala ketentuan qada dan qadar itu tertulis di Luh Mahfuz di mana tidak ada manusia yang berupaya mengubahnya kecuali kehendak Allah. Ketika ia merasa yakin bahwa kejadaian-kejadian itu merupakan kerja Ilahi Yang Bijaksana, pasti akan terwujud sesuai dengan kemaslahatan dan kebijaksanaan. Demikian pula hati seorang mukmin tidak akan terkait dan tidak akan tertipu oleh dunia, dan tidak akan bangga dengan kesenangannya. Hendaklah kita berusaha menghindari pengaruh-pengaruh yang berlipat ganda dari penafsiran yang menyimpang terhadap masalah ini.





HADITH 7: BUKAN DARI GOLONGANKU….LELAKI YANG MENYEBABKAN TIMBULNYA FITNAH AL-SARRAA


Daripada Umair bin Hani berkata : Aku mendengar  Abdullah bin Umar berkata : Ketika Kami duduk bersama-sama Rasulullah s.a.w. baginda telah menyebut tentang fitan (peristiwa akhir zaman). Dan Baginda seringkali menyebutnya sehinggalah baginda menyebut tentang fitnah al-Ahlas. Maka berkata seseorang : Wahai Rasulullah, apakah dia fitnah al-Ahlas itu? Bersabda Rasulullah s.a.w. : Ia adalah malapetaka berterusan iaitulah apabila berlakunya pelarian dan peperangan secara besar-besaran. Kemudian, fitnah al-Sarraa (kemewahan dan kesenangan) bermula dari bawah kaki seorang lelaki yang mendakwa yang dia adalah keturunanku. Bagaimanapun, dia bukanlah dari golonganku kerana yang termasuk dalam golonganku ialah mereka yang bertaqwa. Selepas itu, orang ramai akan tunduk taat di bawah telunjuk seorang lelaki tempang (pemerintah yang menyeleweng). Kemudian, fitnah al-Duhaymaa (fitnah gelap dan hitam lantaran jenayah yang berleluasa) sehingga ia tidak akan meninggalkan seorangpun dari umat ini tanpa kekejaman atau penindasan. Apabila disangkakan fitnah ini telah tiba ke penghujungnya, rupanya ia semakin dipanjangkan dan berkekalan. Pada ketika itu terjadilah seorang itu yang paginya beriman dan apabila waktu petang ia menjadi kafir. Sehingga akhirnya manusia pada ketika itu terbahagi kepada dua kumpulan. Sebuah kumpulan keimanan yang tidak ada kemunafikan, dan sebuah lagi kumpulan kemunafikan yang tiada keimanan di dalamnya. Jika keadaan ini berlaku, maka kalian tunggulah kemunculan Dajjal pada hari itu atau esoknya.
Riwayat Abu Daud, Ahmad dan Hakim. Berkata Halim : Hadith ini sanadnya sahih tetapi tidak diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.


Hadith ini dengan jelas menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. telah memberi isyarat kepada kita semua, bahawa di zaman akhir nanti akan terjadi berbagai fitnah atau ujian yang mengharuskan kita untuk berwaspada agar jangan sampai menjadi korban hilangnya keimanan. Iaitulah fitnah al-Ahlas, al-Sarraa dan al-Duhayma. Fitnah yang berpunca dari pengaruh harta benda dan kemewahan duniawi yang dapat menyeret seseorang menuju kesesatan kerana kerapuhan iman yang dimiliki oleh orang-orang di akhir zaman, sedang pihak lain berusaha untuk menggelincirkan iman seseorang dengan begitu hebat sekali iaitu golongan yang mendakwa dia adalah sebahagian daripada keturunan Nabi s.a.w. padahal baginda menyangkal sama sekali: golongan ini menjadi punca kepada datangnya cubaan besar kepada umat terkemudian dengan mengumpankan kemewahan-kemewahan dunia.


Dimana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadah. Tetapi Rasulullah s.a.w. mengatakan “ Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita,” ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat. Bila dibandingkan dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita jauh sangat jauh ketinggalan. Kita sibuk menyimpan harta dan menghalang dari berbuat ibadah. Seperti Rasulullah s.a.w. berkata : “Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang emas yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah”. Begitulah gambaran sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan.
Nabi s.a.w. telah menganjurkan kepada umatnya untuk bergegas atau segera memperbanyakkan amal soleh untuk menghadapi datangnya fitnah. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya. Semakin banyak amal solehnya semakin kuat pula imannya. Fitnah- fitnah ini sebenarnya berpunca daripada manusia-manusia yang mempunyai karakter seperti Dajjal. Meraka datang pada setiap tempat dan waktu sedangkan Dajjal hanya muncul pada hari kiamat. Oleh yang demikian Rasulullah s.a.w. tidak meninggalkan umatnya begitu sahaja malah diajarkan kepada kita agar sentiasa memohon perlindungan dengan Allah s.w.t. daripada fitnah Dajjal ini menurut hadith yang bermaksud seperti :

Daripada Ibn Abbas r.a. berkata “Bahawasanya Nabi s.a.w. mengajar akan mereka itu akan doa ini seperti mana baginda mengajar mereka itu akan Surah dari Al-Quran iaitu “Wahai Allah! Sesungguhnya aku memohon berlindung dengan Mu daripada azab jahannam dan daripada azab kubur dan daripada fitnah hidup dan mati dan daripada fitnah al-Masih Dajjal.”
Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim






Hadith 11: BUKAN DARI GOLONGAN KAMI….. YANG MERAMPAS HARTA ORANG LAIN

Berkata Jabir bin Abdullah: Telah bersabda Rasulullah s.a.w., perampas harta orang lain tidak dikenakan hukuman potong tangan (tetapi dikenakan takzir) dan sesiapa yang merampas satu rampasan secara terang-terangan maka bukanlah ia dari golongan kami.
                                                                                                                Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah

Hadith ini adalah satu ancaman dan melarang keras umat Islam daripada merampas harta dan barang orang lain secara terang-terangan, paksaan dan kekerasan. Ini adalah termasuk dalam dosa-dosa besar, walaupun Nabi mengatakan ‘’dia bukan dari golongan kami ” bukanlah bermaksud dia akan jatuh kafir kerana dia tidak melakukan kekufuran dan tidak melakukan sesuatu yang membatalkan iman dan Islamnya. Dalam undang-undang jenayah Islam pencuri atau perampas yang tidak boleh dikenakan hukuman kesalahan sariqah (potong tangan) ialah :

  1. Pencurian yang dilakukan secara khianat, iaitu orang yang mengambil harta atau barangan yang diamanahkan kepadanya. Mereka yang melakukan kesalahan tersebut tidak boleh didakwa di bawah kes sariqah (mencuri) dan tidak dikenakan hukuman hudud, tetapi mereka itu hendaklah didakwa di bawah kes kesalahan pecah amanah yang wajib dikenakan hukuman takzir. Perlu diingat bahawa hukuman takzir adakalanya lebih berat dari potong tangan seperti dihukum bunuh, sebat, buang daerah dan sebagainya.

  1. Orang yang merampas dan mengambil harta atau barangan orang lain dengan cara paksaan atau kekerasan.

  1. Orang yang menyambar barangan orang lain sambil lalu, iaitu semasa berjalan atau atas kenderaan, termasuk juga penyelok saku.

  1. Pencurian berlaku di medan peperangan.

  1. Mengambil buah yang tergantung di atas dahannya kerana tersangat lapar dan dahaga.
Walaupun tidak dikenakan hudud ke atas mereka di atas muka bumi ini mereka tetap akan diberi hukuman oleh Allah s.w.t. suatu hari nanti dengan azab yang pedih. Rasulullah s.a.w. juga bersabda yang telah diriwayatkan oleh Abu Umamah r.a. yang bermaksud :

“ Sesiapa yang mengambil hak orang Islam dengan sumpahnya, Allah mewajibkan mereka baginya dan diharamkan syurga untuknya (sekiranya mati sebelum bertaubat dan mengembalikan hak orang lain tersebut). Sahabat bertanya : Walaupun benda yang diambil itu sesuatu yang amat sedikit wahai Rasulullah? Baginda menjawab : Walaupun sekecil batang kayu sugi. “





Hadith  15 - BUKAN DARI GOLONGAN KAMI……… LELAKI YANG MENIRU (MENYERUPAI) KAUM WANITA ATAU SEBALIKNYA.

Daripada Atho’, daripada seorang lelaki dari Huzail telah berkata : Aku telah melihat Abdullah bin Amru bin Al-As (yang rumahnya di luar tanah haram dan masjidnya di Al-Haram), sedang aku berada di sisinya dia telah melihat Ummu Said, anak perempuan Abu Jahal sedang meniru-niru lenggokan lelaki, dia sedang berjalan seperti jalannya seorang lelaki. Maka berkata Abdullah : Siapa dia? Berkata Al-Hazliy : Dia ialah Ummu Said, anak perempuan Abu Jahal. Maka berkata Abdullah : Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Bukan dari golongan kami sesiapa dari kalangan wanita yang menyerupai lelaki begitulah juga lelaki yang menyerupai wanita.                                                                                                                                                                                                                                                                       Riwayat Ahmad

Daripada Yazid bin Aus berkata : Aku telah menziarahi Abu Musa yang sedang sakit tenat, didapati isterinya menangis kerana bimbang akan kematiannya, seraya Abu Musa berkata kepada isterinya : Tidakkah engkau mendengar apa yang telah nabi perkatakan. Berkata isterinya : Ya, bahkan. Langsung ia terdiam. Apabila Abu Musa meninggal dunia. Berkata lagi Yazid : Aku telah bertemu dengan isteri Abu Musa lalu bertanya kepadanya : Apakah yang telah diperkatakan olehnya kepada kamu tentang sabda nabi itu sehingga kamu terdiam? Berkata ia : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. : “Bukan dari golongan kami orang yang mencukur rambutnya, meraung-raung dan mengoyak-ngoyak leher baju ketika ditimpa musibah.”                           
Riwayat Abu Daud dan Nasaei

Di antara fitrah yang disyari’atkan Allah s.w.t. kepada hambaNya iaitu agar laki-laki menjaga sifat kelakiannya dan wanita menjaga sifat kewanitannya seperti yang telah diciptakan Allah. Oleh yang demikian hadith ini meletakkan satu hukum dengan melarang bagi lelaki menyerupai perempuan samada dalam bentuk pergerakan, pemakaian, dan sebagainya yang menjadi perkara-perkara khusus bagi perempuan pada kebiasaan semulajadinya dan sama halnya haram bagi perempuan menyerupai lelaki. Mereka yang melakukan sedemikian akan berdosa besar dan mendapat laknat dari Nabi  s.a.w. secara jelas telah disebut didalam hadith yang bermaksud :

Daripada Ibnu Abbas r.a. beliau berkata : “Bahawa Rasulullah s.a.w. melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau meniru-niru kaum wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau meniru-niru kaum lelaki.”
Riwayat Bukhari

Daripada Ibnu Abbas r.a. beliau berkata : “Rasulullah s.a.w. melaknat kaum lelaki yang lemah lembut berlagak seperti perempuan dan perempuan yang berlagak dengan gaya lelaki. Nabi bersabda lagi : Keluarkan mereka dari rumah-rumah kamu.”
Riwayat Bukhari

       Pada perkataan Tasyabbuh di dalam hadith-hadith ini, Ibnu Hajar Al-Asqalani menyatakan di dalam hadith-hadith ini ialah membawa maksud secara zahir dengan  larangan dari segi pakaian, perhiasan, berdandan, sikap, gerak-geri dan seumpamanya, dan bukan dalam berbuat kebaikan. Imam Tabari juga menyatakan tidak boleh bagi kaum lelaki menyerupai wanita pada pakaian dan perhiasan yang dikhaskan untuk wanita. Manakala tasyabbuh pada perkara kebaikan tidaklah dikeji seperti pada keilmuan, pengetahuan dan pandangan serta pendapat.

Timbul persoalan, adakah perempuan yang memakai seluar termasuk dalam menyerupai lelaki? Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan dalam bukunya Al-Mufassol fi Al-Ahkam Al-Mar’ah, menyatakan boleh bagi wanita memakai seluar, tetapi wajiblah seluar itu dipakai di bawah bajunya. Seluar itu hendaklah besar sehingga pemakainya tidak Nampak bentuk, tebal, tidak jarang dan panjang sehingga buku lali.

Kesimpulannya menunjukkan kepada hukum haram meniru dan menyerupai jantina. Malah Nabi tidak mengakui umatnya kerana perbuatan tersebut dilaknat oleh Allah s.w.t. Hikmah dilarang menyerupai yang bukan sejenis kerana perbuatan tasyabbuh ini mengeluarkan seseorang dari sifat-sifat adilnya yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepadanya. Ia termasuk dalam golongan yang mengubah ciptaan Allah dan menyimpang dari fitrah Allah, padahal Allah s.w.t. telah menciptakan manusia di atas fitrahnya itu sendiri.
  







Hadith  16 - BUKAN DARI GOLONGAN KAMI……..YANG MENIRU ATAU MENYERUPAI YAHUDI DAN NASRANI



Daripada Amru bin Syuaib dari bapanya dari datuknya berkata : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda : Bukan dari golongan kami sesiapa yang menyerupai selain dari agama kami. Janganlah kalian menyerupai kaum Yahudi dan juga Nasrani. Sesungguhnya cara Yahudi mereka memberi salam dengan isyarat jari-jemari manakala Nasrani pula dengan isyarat tangan.                                                                                                                                       Riwayat At-Tarmizi



Sebagai umat yang mulia, seseorang muslim harus memiliki dan memelihara jati diri berasaskan apa yang diajarkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Oleh itu Nabi s.a.w. menyarankan agar umat ini sentiasa menjaga dan membiasakan diri dengan melarang menyerupai akhlak, suluk, tabiat dan penampilan kaum yang beragama selain Islam atau orang-orang kafir seperti Yahudi dan Nasrani. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :



Janganlah kamu memberi salam seperti orang-orang Yahudi kerana sesungguhnya mereka memberi salam menggunakan dengan kepala, tangan dan isyarat.“

Riwayat An-Nasaie


Adapun larangan ini ditujukan khas bagi sesiapa yang mampu memberi salam tetapi tidak mengucapkannya, kecuali jika ada keuzuran, seperti orang bersembahyang, bisu dan orang yang diberi salam itu jauh jaraknya sepertimana yang diriwayatkan daripada Asma’ r.a. beliau berkata yang bermaksud : 



          Nabi s.a.w. telah melalui dalam masjid dan dalamnya terdapat sekumpulan wanita yang duduk, maka Baginda memberi isyarat salam dengan tangan Baginda.

Riwayat At-Tirmizi


Wajib bagi orang-orang yang beriman menjalani kehidupan ini di atas jalan yang di lalui oleh Nabi s.a.w. dan para sahabat r.a. dan wajib mengikuti dan mencontohi segala adat dan ikutan yang membawa kepada kesahihan aqidah dan kesucian prinsip dari ajaran nabi. Setiap agama dan bangsa manusia dinilai prinsip dan pegangannya dari sudut pakaian dan penampilannya. Oleh yang demikian wajiblah bagi umat Islam menjaga keteguhan aqidahnya dengan segala upayanya melalui kemampuan fizikal, spiritual dan kemanusiannya. Nabi s.a.w. selalu memerintahkan umat Islam untuk berbeza dengan orang kafir baik dalam kehidupan seharian serta dalam perayaan mereka misalnya perayaan Natal, Valentine dan yang lain-lain. Sebelum itu Allah s.w.t. juga melarang umat Islam mengikuti jejak langkah orang-orang kafir sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud :


Dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al-Kitab kepadanya, Kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik ”

Al-Hadid : 16



Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); Sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim”

Al-Maidah : 51


Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah r.a. mengatakan : “Dalil-dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah serta ijma’ telah memerintahkan supaya menyelisihi orang-orang kafir dan melarang menyerupai mereka. Sebab menyerupai mereka secara lahiriyah merupakan sebab menyerupai tabiat dan tingkah laku mereka yang tercela. Bahkan merupakan sebab meniru keyakinan-keyakinan sesat mereka. Dan dapat mewariskan benih-benih kecintaan dan kesetiaan dalam batin kepada mereka. Sebagaimana kecintaan dalam hhati dapat menyeret kepada penyerupaan dalam bentuk lahiriyah.”





Hadith  17 - BUKAN DARI GOLONGAN KAMI... YANG TIDAK HORMAT-MENGHORMATI SESAMA INSAN DAN TIDAK MENJALANKAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR.

Daripada Ibnu Abbas berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w: Bukan dari golonganku sesiapa yang tidak mengasihi golongan muda dan yang tidak menghormati orang tua dan tidak menyeru kepada makruf dan melarang kemungkaran.

Sebagai seorang nabi, Rasulullah s.a.w telah menganggap masalah hilangnya penghormatan pada orang dewasa dan lenyapnya kasih-sayang kepada anak-anak kecil dan orang muda sebagai sebuah masalah besar. Orang tua, terutama ibubapa wajiblah selalu kita hormati sepanjang hidup kita walaupun itu bukan orang tua kita. Baginda memerintahkan agar hendaklah dimulai oleh orang yang lebih tua, sebagaimana dalam tegurannya kepada Abdul Rahman bin Sahl yang memulai pembicaraan, kerana dia adalah yang termuda ketika itu berbincang dengan dua sahabatnya, Huwayyishah dan Muhayyishah. Demikian pula ketika mengangkat seorang menjadi pemimpin jika keilmuan dan keagamaannya setara hendaklah didahulukan yang lebih tua, kecuali jika keilmuan dan keagamaan berbeza maka haruslah didahulukan ilmu dan agamanya sebagaimana dalam sabda Rasulullah s.a.w:

Yang paling berhak menjadi imam bagi suatu kaum adalah yang paling menguasai kitabullah jika dalam hal tersebut sama derajatnya maka yang paling dahulu hijrah, jika sama hijrahnya maka yang paling tua…”.

          Di dalam hadith ini juga telah menetapkan bahawa tugas menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran adalah wajib kepada umat Islam. Ia merupakan ciri khas bagi umat nabi Muhammad s.a.w. Di dalam Al-Quran Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :

Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran, merekalah orang-orang yang beruntung.”
                                                                  Surah Ali Imran : 104

      Tugas berdakwah adalah tugas semua pihak. Namun yang diberatkan untuk tugas ini ialah golongan ulama atau orang-orang yang berilmu. Sabda Rasulullah s.aw. yang bermaksud :

Barangsiapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya (kekuasaan), jikalau tidak berkuasa hendaklah dicegah dengan lisannya, jikalau tidak berkuasa juga, hendaklah dicegah dengan hatinya (membenci kemungkaran itu), dan ini adalah selemah-lemah iman.”
                                                                                          Riwayat Muslim

         Namun perlaksanaannya terdapat adab-adab yang perlu dipatuhi. Ianya mesti dengan penuh hikmah dan bijaksana yang bermula dari peringkat diri, keluarga, masyarakat, negara dan alam sejagat. Bagi penguasa dan pemerintah wajiblah ia melaksanakan amar makruf nahi mungkar dalam masyarakat dan negaranya.