Ahad, 28 Jun 2020

Assalamualaikum sedikit renungan bersama insya Allah.

Dua Perkara Yang Mendatangkan
Azab
Ibnu Abbas menceritakan :Nabi SAW berjalan
melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah.
Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang
disiksa dalam kuburnya.
Maka bersabda Rasulullah SAW :Keduanya disiksa
bukanlah kerana dosa besar. Kemudian baginda
melanjutkan perkataannya,Yang seorang disiksa
kerana kencing di tempat terbuka) dan yang seorang
lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-
musuhan. Sesudah itu baginda menyuruh supaya
mengambil pelepah tamar lalu dipatah dua oleh
baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu masing-
masing satu pelepah.
Seseorang pun bertanya:Ya Rasulullah! Mengapa
kamu lakukan seperti itu? Jawab baginda Mudah-
mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama
pelepah tamar itu tidak kering.

Sebagai seorang
Muslim, aspek kebersihan hendaklah dititik beratkan
termasuklah perkara-perkara asas seperti qadha' hajat
(buang air kecil atau besar).
Islam selaku agama yang sempurna telah
menyediakan tata tertib yang sepatutnya untuk diikuti
demi menjamin kesihatan umatnya.
Demikian juga dengan bersuci di mana tabiat tidak
bersuci sesudah kencing oleh sesetengah orang yang
dianggap perkara biasa sebenarnya mendatangkan
azab yang amat besar di akhirat kelak sebagaimana
yang disebutkan di dalam hadith di atas kerana
membuang air tanpa bersuci atau membuang air di
tempat-tempat terbuka (di tepi-tepi jalan tanpa bersuci)
dilarang oleh Islam kerana ia mencerminkan adab yang
kurang sopan selain mendedahkan seseorang itu
kepada jangkitan penyakit.
(RIWAYAT BUKHARI)

Jumaat, 15 Mei 2020

Assalamualaikum w.b.t
Saya ada satu persoalan. Sepertimana yang kita ketahui, negara telah mengeluarkan arahan supaya rakyat tidak keluar rumah (perintah berkurung) bagi mengekang penularan Covid-19. Semasa dalam perintah berkurung ini, bolehkah kita menunaikan solat Jumaat di rumah dengan mengambil pendapat ulama Hanafi berkenaan pendapat minima bilangan jemaah? Harap dapat pencerahan mengenai perkara ini.
Jawapan :
Waalaikumussalam w.b.t.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.
Kami mulakan dengan firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
(Surah al-Jumu‘ah : 9)
Ayat di atas adalah merupakan antara dalil pensyariatan dan kewajipan solat Jumaat. Selain itu, solat Jumaat juga adalah antara beberapa kelebihan yang dikurniakan khusus kepada umat Nabi Muhammad SAW supaya mereka mendapat kemuliaan hari Jumaat tersebut. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/198)
Syarat sah solat Jumaat secara berjemaah
Terdapat beberapa syarat yang disebutkan oleh para ulama yang menjadi syarat sah solat Jumaat. Antara syarat-syarat tersebut, ada yang mereka sepakati dan ada juga yang mereka berselisih akannya.
Kami melihat persoalan ini berkait dengan sekurang-kurangnya dua syarat sah solat Jumaat iaitu bilangan minima jemaah dan masjid sebagai tempat solat Jumaat.
Sebelum kami membahaskan lebih lanjut mengenai dua syarat tersebut, kami ingin menegaskan bahawa kewajipan solat Jumaat hendaklah dilaksanakan secara berjemaah sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
الْجُمُعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِي جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَرْبَعَةً عَبْدٌ مَمْلُوكٌ أَوِ امْرَأَةٌ أَوْ صَبِيٌّ أَوْ مَرِيضٌ
Maksudnya : Solat Jumaat merupakan satu hak kewajipan ke atas setiap orang muslim untuk mendirikannya secara berjemaah, kecuali hamba yang dimiliki oleh tuannya, perempuan, kanak-kanak dan orang yang sakit. Riwayat Abu Daud (1067)
Malah, Dr. Wahbah al-Zuhaili telah menyatakan di dalam kitabnya bahawa telah berlaku Ijma’ ulama mengenai kewajipan menunaikan solat Jumaat secara berjemaah. (Lihat Mausu’ah al-Fiqh al-Islami wa al-Qadhaya al-Mu’asirah, 2/248)
Adakah masjid syarat sah solat Jumaat?
Jumhur ulama kecuali Maliki, tidak mensyaratkan solat Jumaat mesti dilaksanakan di dalam bangunan masjid. (Lihat Fatawa Syar’iyah wa Buhuth Islamiah, 1/274) Imam al-Nawawi secara jelas menyatakan bahawa :
وَلَا يُشْتَرَطُ إِقَامَتُهَا فِي مَسْجِدٍ وَ لَكِنْ تَجُوزُ فِي سَاحَةٍ مَكْشُوفَةٍ... وَسَوَاءٌ صَلُّوهَا فِي رُكْنٍ أَمْ سَاحَةٍ -وَلَوْ انْهَدَمَتْ أَبْنِيَةُ القَرْيَةِ أَوْ البَلْدَةِ- فَأَقَامَ أَهْلُهَا عَلَى عِمَارَتِهَا لَزِمَتْهُمْ الجُمُعَةُ فِيهَا سَوَاءٌ كَانُوا فِي سَقَائِفِ وَ مَظَالٍ أَمْ لَا. لِأَنَّهُ مَحَلُّ الاسْتِيطَانِ.
Maksudnya : “Tidak disyaratkan untuk mendirikannya (solat Jumaat) di dalam masjid, bahkan harus untuk mendirikannya di tempat lapang yang terbuka… samada mereka mendirikan solat tersebut di penjuru atau di lapangan - jika sekiranya bangunan di tempat tersebut telah hancur-  kemudian penduduknya mengimarahkannya semula, maka wajib bagi mereka menunaikan solat Jumaat di dalamnya, sama ada dilakukan di bawah bumbung ataupun tidak. Ini kerana tempat tersebut menjadi tempat bermastautin.” (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 4/501)
Kami telah membahaskan perkara ini secara panjang lebar di dalam ruangan al-Kafi li al-Fatawi Siri ke-1321.[1]
Kadar bilangan Jemaah solat Jumaat
Sekalipun, para ulama sepakat bahawa syarat sah solat Jumaat hendaklah dilakukan secara berjemaah. Namun, mereka telah berselisih pada kadar bilangan jemaah yang menjadi had penentuan sahnya solat Jumaat kepada beberapa pendapat.
Menurut Abu Hanifah dan Muhammad al-Syaibani, bilangan minima jemaah solat Jumaat ialah empat orang termasuk Imam. Akan tetapi, Abu Yusuf menyatakan bahawa bilangan jemaah solat Jumaat ialah tiga orang termasuk Imam. (Lihat Kanz al-Daqaiq, hlm. 189; Badai’ al-Sanai’  fi Tartib al-Syarai’, 1/268  dan al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 4/504) Mereka berdalilkan bahawa :
لأنه عدد يزيد على أقل الجمع المطلق
Maksudnya : “Kerana ia adalah merupakan bilangan yang melebihi had minima bagi kata jamak (plural)”. (Lihat Badai’ al-Sanai’  fi Tartib al-Syarai’, 1/268 dan al-Nahr al-Faiq Syarh Kanz al-Daqaiq, 1/360)
Manakala ulama mazhab Maliki menyatakan bahawa bilangan minima jemaah solat Jumaat ialah 12 orang lelaki yang bermastautin dan kekal bersama Imam dari awal khutbah sehinggalah selesai menunaikan solat Jumaat. (Lihat Mausu’ah al-Fiqh al-Islami wa al-Qadhaya al-Mu’asirah, 2/248-249) Mereka berhujahkan dengan riwayat daripada Jabir bin Abdullah R.A yang mengatakan bahawa Nabi SAW sedang menyampaikan khutbah Jumaat dalam keadaan berdiri. Tiba-tiba datang satu rombongan dagang dari Syam,  maka para jemaah telah bergegas ke arah rombongan itu sehingga tidak ada lagi yang tinggal bersamanya (mendengar khutbah tersebut) melainkan dua belas orang lelaki. Maka, turunlah ayat 11 surah al-Jumu‘ah. Riwayat Muslim (863)
Ulama mazhab Syafie dan Hanbali pula meletakan syarat bilangan minima jemaah solat Jumaat ialah seramai 40 orang atau lebih. Ini juga adalah merupakan pendapat ‘Ubaidullah bin Abdullah bn ‘Utbah, dan salah satu riwayat Umar bin Abdul Aziz. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 4/503; al-Umm, 1/219; dan al-Raudh al-Murbi’, hlm. 151) Empat puluh orang lelaki tersebut mestilah memenuhi syarat wajib Jumaat (أهل الجمعة) iaitu lelaki, baligh dan bermastautin. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/202) Juga bilangan 40 orang itu hendaklah berkekalan dari awal hingga akhir Jumaat. (Lihat Matla’ al-Badrain, disusun oleh PMWP, 1/160-163) Antara hujah mereka ialah riwayat daripada Abd al-Rahman bin Ka’ab bin Malik yang menyebutkan bahawa jumlah jemaah solat Jumaat yang pertama di Madinah ialah 40 orang lelaki. Riwayat al-Daraqutni (1585)
Berbalik kepada soalan yang ditanyakan, meskipun seseorang itu ingin menunaikan solat Jumaat di rumahnya dengan mengambil pendapat ulama mazhab Hanafi pada soal bilangan minima jemaah solat, harus diingat ulama mazhab Hanafi juga telah meletakkan syarat sah solat Jumaat ialah mendapat keizinan pemerintah. Juga mendapat keizinan am untuk  melaksanakan solat Jumaat. (Lihat Mausu’ah al-Fiqh al-Islami wa al-Qadhaya al-Mu’asirah, 2/250)
Ibn Nujaim al-Misr al-Hanafi menyebutkan bahawa syarat sah solat Jumaat ialah pelaksanaannya mestilah diumumkan sehinggakan kalau pemerintah menutup pintu kubunya (tidak membenarkan orang luar) dan menunaikan solat Jumaat di dalamnya bersama ahli-ahlinya serta askar-askarnya sahaja, solat Jumaat tersebut tidak sah… sekiranya pintu dibuka dan diberi keizinan untuk orang ramai masuk (menunaikan solat Jumaat bersama), solat Jumaat tersebut sah tetapi makruh kerana ia tidak menunaikan hak Masjid Jamek. (Lihat al-Bahr al-Raiq, 2/162-163)
Dr. Wahbah al-Zuhaili mengatakan bahawa perlunya kepada keizinan am bagi menunaikan solat Jumaat (menurut mazhab Hanafi) kerana setiap perhimpunan memerlukan keizinan (pemerintah) bagi menghadirinya. Oleh itu, tidak akan berlaku sesuatu perhimpunan melainkan dengan keizinan (pemerintah). Begitu juga, solat Jumaat ini adalah merupakan syiar Islam dan keistimewaan umat ini, maka pelaksanaannya mestilah diumumkan (kepada orang ramai). (Lihat Mausu’ah al-Fiqh al-Islami wa al-Qadhaya al-Mu’asirah, 2/250)
Kesimpulannya
Berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan bahawa menunaikan solat Jumaat di rumah bersama ahli keluarga sahaja adalah tidak boleh dan tidak sah. Hal ini kerana perkara tersebut tidak memenuhi syarat-syarat sah solat Jumaat sebagaimana yang telah digariskan oleh para ulama terutamanya mazhab Hanafi yang meletakkan keizinan pemerintah sebagai syarat sah solat Jumaat. Lebih-lebih lagi, perbuatan tersebut itu juga tidak menunjukkan ciri solat Jumaat serta tidak memenuhi hikmah utamanya iaitu pertemuan setiap peringkat orang Islam di dalam satu kariah. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/199) Dr. Wahbah al-Zuhaili ada menyebutkan bahawa :
أن الجمعة تتطلب الاجتماع
Maksudnya : “Sesungguhnya solat Jumaat menuntut kepada perhimpunan manusia.” (Lihat Mausu’ah al-Fiqh al-Islami wa al-Qadhaya al-Mu’asirah, 2/249) 
Selain itu juga, larangan ini bertujuan mengambil langkah Sadd al-Zarai’ iaitu menutup jalan yang boleh membawa kepada kekeliruan buat umat Islam di negara ini, yang kebanyakannya adalah bermazhab syafie. Oleh itu, sepanjang perintah berkurung ini, hendaklah menggantikannya dengan solat Zohor yang dilaksanakan di rumah masing-masing bersama ahli keluarga.
Mematuhi arahan pemerintah yang melarang mengadakan solat Jumaat sepanjang tempoh perintah berkurung ini adalah wajib kerana ia melibatkan maslahah umat Islam iaitu mengekang penularan wabak penyakit berjangkit. Firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ
Maksudnya : “Wahai orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kepada Rasul serta (taatlah kepada) ulil amri (para pemimpin) dari kalangan kamu.”
Surah Al-Nisa’ (59)
Akhir kalam kami berdoa kepada Allah SWT agar memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Selasa, 5 Mei 2020

SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di
mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-
orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang
sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab,
"Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir,
dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan
Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat
bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan
takut pada mati". (Riwayat Abu Daud)
Keterangan:
Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada hari
ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islam
walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk
dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa
lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa
dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan
melumpuhkan kekuatannya. Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah
berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit “wahan” yang
merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar
dua, iaitu “cinta dunia” dan “takut mati”. Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan.
"Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan
Allah swt. Manakala “takut mati” pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak
membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk
berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah swt. Kita berdoa
agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan
kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.

Selasa, 7 April 2020

.:: Hindari Buruk Sangka ::.

DALAM surah al-Hujaraat (QS 49), Allah SWT menekankan tentang ukhuwah, baik sesama Muslim mahupun sesama manusia. Ukhuwah, yang biasa diertikan 'persaudaraan, diambil dari akar kata yang pada mulanya bererti 'memperhatikan'.

Makna asal kata ini memberi kesan bahawa persaudaraan mengharuskan adanya perhatian dari semua pihak yang merasa bersaudara.

Perhatian itu dicurahkan kerana adanya persamaan antara pihak-pihak yang bersaudara, sehingga makna asal tersebut kemudian berkembang dan pada akhirnya bererti 'persamaan dan keserasian' dengan pihak lain.

Bahkan mencakup persamaan dalam salah satu sifat seperti kemanusiaan, suku, agama, profession, perasaan dan sebagainya. Dalam kamus-kamus bahasa, ditemukan kata 'akh' yang dibentuk dari kata ukhuwah digunakan juga dalam maksud teman akrab atau sahabat, yang tentunya terjalin kerana adanya persamaan antara mereka.

Hubungan yang baik antara satu dengan lain dan khususnya antara muslim yang satu dengan muslim yang lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya.

Ini kerana Allah telah menggariskan bahawa setiap mukmin itu bersaudara, seperti dalam firmannya yang bermaksud,

"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat."
(Surah al-Hujuraat, ayat 10)

Seterusnya, Allah SWT telah memberi amaran,

"Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
(Surah al-Hujuraat, ayat 11)

Itulah sebabnya, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan memantapkan persaudaraan harus suburkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merosak ukhuwah harus dihilangkan. Agar hubungan ukhuwah Islamiah itu tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah Husnuzh Zhan iaitu 'berbaik sangka'.

Oleh itu, apabila kita mendapatkan informasi negatif tentang sesuatu yang berkait dengan peribadi seseorang apatah lagi seorang Muslim, maka kita harus melakukan tabayyun (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya, apatah lagi memberi respons secara negatif.
Allah berfirman yang maksudnya,

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak dingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."
(Surah al-Hujuraat, ayat 6).

================================================

Manfaat berbaik sangka

Ada banyak nilai dan manafaat yang diperolehi seseorang muslim apabila memiliki sifat husnuzh zhan kepada orang lain.

Pertama, hubungan persahabatan dan persaudaraan akan menjadi lebih baik. Berbaik sangka dalam hubungan sesama Muslim akan menghindari terjadinya keretakan hubungan.

Kedua, terhindar daripada penyesalan dalam hubungan dengan sesama kita kerana buruk sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukkan kepada orang lain, tanpa bukti yang benar.

Ketiga, selalu berbahagia dan bersyukur di atas segala kemajuan yang dicapai oleh orang lain, meskipun kita sendiri belum dapat mencapainya.

============================================

Buruk sangka salah satu penyakit hati

Buruk sangka adalah satu dari penyakit hati yang amat kronik. Ia bukan sahaja menjarah dengan parah hati dan jiwa pengidapnya, tetapi turut lahir tersendiri, malah ia lahir bersama dengan sifat-sifat mazmumah yang bongkak, dendam, zalim dan sebagainya. Apabila sifat tersebut meneraju dan memacu kehidupan seseorang insan, ia akan menjadi manusia yang sentiasa resah, gelisah dan tidak tenteram, kerana sentiasa mencari keaiban dan kelemahan orang lain, tidak punya masa untuk mengingati Allah SWT.

Buruk sangka yang dimaksudkan di sini ialah buruk sangka yang tidak baik.

Ia mengheret sifat-sifat mazmumah yang bersarang di hati, yang akan mempengaruhi anggota-anggota badan yang lain supaya mengikut kehendaknya.

Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya menyatakan,

"Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati."
(Hadis Riwayat Al-Bukhari Muslim)

==============================================

Buruk sangka dibahagikan kepada 2 jenis.

1- Buruk sangka yang bertujuan baik, seperti untuk menyedar atau memperbaiki seseorang yang dikatakan melakukan kejahatan.

2- Buruk sangka yang bertujuan jahat demi untuk menjatuhkan maruah dan kedudukan seseorang.

Walau apapun tujuannya, buruk sangka tetap memberikan impak yang negatif, jarang ada manusia yang terselamat dari terkena bahana prasangka.

Dengan sebab itulah Islam sangat melarang dari berprasangka.

Buruk sangka boleh terjadi dengan berbagai sebab antaranya:

1 - Godaan dan tipu helah syaitan atau iblis. Buruk sangka adalah jalan terbaik bagi syaitan merangsang manusia untuk bergaduh, mengumpat, melempar tohmahan, membuat pakatan jahat, berpecah belah dan sebagainya.

2 - Kelemahan jiwa. Jiwa yang lemah akan mendorong seseorang mudah terikut dengan pemikiran yang negatif dan buruk terhadap orang lain.

3 - Perasaan sombong dan bongkak. Perasaan ini menyebabkan seseorang itu merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain. Ia merasa dengki kalau ada orang lain mendahului dalam mengecapi sesuatu kejayaan atau membuat sesuatu kebaikan atau pun mendengar orang memuji musuhnya dihadapannya.

4 - Keburukan batinnya. Seseorang yang biasa membuat tipu helah dan penipuan akan merasakan orang lain juga sama sepertinya.

============================================

Ruginya berburuk sangka

Apabila kita melakukan atau memiliki sifat buruk sangka, ada sejumlah kerugian yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan di dunia mahupun kehidupan di akhirat.

Ia adalah wadah kehancuran, mengundang segala macam keruntuhan.Jiwa mangsanya hancur luluh, perasaan amat tertekan, rumahtangga kian runtuh, kedamaian akan musnah, masyarakat menjadi porak-peranda. Kesemuanya itu adalah gara-gara perangai buruk sangka.

Justeru, Islam sangat-sangat mendesak umatnya agar mendahulukan bersangka baik daripada cepat bersangka buruk. Satu-satu hukuman tidak harus dijatuhkan hanya berdasarkan kepada sangkaan.

Allah SWT telah mengharamkan sikap buruk sangka terhadap sesama mukmin, kerana ia akan menyebabkan timbulnya fitnah, bukan sahaja di antara seseorang individu dengan individu yang lain tetapi juga dalam masyarakat Muslim amnya. Apabila sikap terkutuk ini terdapat di kalangan kita, ia boleh mengwujudkan perasaan saling tidak percaya, saling meragui, benci-membenci, pertelingkahan, perpecahan dan akhirnya bermusuh-musuhan di antara sesama Islam.

Pertama, mendapat dosa.
Buruk sangka merupakan sesuatu yang berdosa kerana kita sudah menganggap orang lain tidak baik tanpa dasar yang jelas, berusaha menyelidiki atau mencari-cari keburukkan orang lain dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang orang lain.

Allah SWT telah mengharamkan hamba-Nya yang beriman dari menyimpan perasaan persangkaan atau sangka-sangka buruk terhadap Allah dan terhadap saudara-saudaranya yang seagama. Malah Allah mengharamkan juga segala unsur, bibit atau segala punca yang boleh menyebabkan timbulnya rasa buruk sangka di kalangan muslimin.

Pengharaman ini telah ditegaskan di dalam al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW sebagaimana firman Allah yang maksudnya,

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. )Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."
(Surah al-Hujuraat, ayat 12)

Asal dari godaan syaitan

Kedua, dusta yang besar.
Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya, perkata ini disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu perbicaraan yang paling dusta."
(Hadis Riwayat Muttaafaqun alaihi)

Rasulullah SAW juga telah memberi peringatan tentang sifat-sifat yang patut dihindari oleh setiap Muslim seperti saling dengki-mendengki, marah mahupun bersikap acuh tak acuh. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

"Hindarilah prasangka, kerana prasangka itu berita yang paling bohong. Jangan saling mencari-cari keburukan orang. Jangan saling mengorek rahsia orang dan saling menyaingi. Jangan saling mendengki, jangan saling marah dan jangan saling tak acuh. Tetapi jadilah kamu semua bersaudara sebagai hama-hamba Allah."
(Sahih Muslim)

Ketiga, menimbulkan sifat buruk.
Berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada penilaian dosa dan dusta yang besar, tetapi jua akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya dengan orang lain.

Sabda Rasulullah SAW dari Abdullah bin Umar yang bermaksud,

"Aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sedang tawaf di Kaabah lalu bersabda: Demi jiwa Muhammad yang di tangan-Nya, sesungguhnya kehormatan seseorang mukmin lebih besar di sisi Allah dari engkau (Kaabah) wangnya dan darahnya sehinggalah dia berprangsangka sesamanya yang baik."
(Hadis Riwayat Ibn Majah)

Dari Haritha bin an-Nukman berkata,

"Bersabda Rasulullah SAW: Tiga perkara yang sentiasa ada pada umatku: Kepercayaan sial. Hasad dengki. Prasangka. Beliau bertanya: Apakah yang boleh menghilangkan dari itu (semua) wahai Rasulullah bagi sesiapa yang telah ada pada dirinya perkara-perkara tersebut? Baginda bersabda: Apabila berhasad dengki mintalah ampun, apabila berprasangka janganlah diteruskan dan apabila mempercayai tataiyur hendaklah dihapuskan."
(Hadis Riwayat at-Tabrani)

Semua punca-punca timbulnya buruk sangka yang dijelaskan oleh ayat al-Quran dan hadis-hadis di atas berpangkal dari hati yang rosak dan berpenyakit lantaran kejahilan (tidak berilmu agama). Akhirnya menyebabkan lemah iman, lemah keperibadian, hilang panduan dan tidak tahu ke arah mana mahu dituju sehingga mudah berburuk sangka.

Hal keadaan seperti ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud,

"Apabila (seseorang) kurang berilmu akan (mudah) menimbulkan perasaan benci dan tuduhan salah (kepada orang lain). Dan jika pengetahuan tentang athar (hadis dan perbuatan sahabat) hanya sedikit, akan ramai yang mengikut hawa nafsu.
Berpunca dari yang demikian, akan engkau temui suatu kaum (kumpulan) yang ramai mencintai (menyebelahi) kaum (kumpulan) yang lain hanya atas dasar hawa nafsu (bukan atas dasar kebenaran al-Quran atau al-Hadis) kerana tidak mengetahui (ilmu)nya dan dalilnya.
Sedangkan mereka menyokong atau memusuhi (satu kumpulan) tanpa mengikut (landasan) hadis yang sahih dari Nabi dan dari Salaf ummah ini, mereka tidak mengetahui makna (al-Quran dan al-Hadis) dan tidak mengetahui apa yang dikehendaki (oleh hadis) tersebut dan tidak tahu untuk mempraktikalkannya."
(Hadis Riwayat Imam Malik)

Berbuat Baik Dan Bersabar Di Atas Perilaku Manusia

Seorang lelaki bertanya,
“Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar menghadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.”

Kemudian baginda menjawab,

“Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu, maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan sama ada ketika senang atau pun susah kerana ia merupakan pengukur darjat keimanan seseorang.

Islam juga mengajar umatnya supaya jangan membalas keburukan orang sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka mudah-mudahan dengan itu hati mereka menjadi lembut dan baik.

Allah sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang sentiasa sabar dan benar dalam bertindak. Setiap umat Islam wajib menghubungkan silaturrahim dan haram memutuskannya.

============================================

Penawar buruk sangka

Sebenarnya, tiada penawar mahupun yang berasaskan sainstifik atau tradisional yang mampu mengubati dan menyembuhkan penyakit buruk sangka ini. Namun para ulamak dan cendiakawan islam ada menyarankan beberapa cara. Antaranya:

Buruk sangka terhadap diri sendiri, tetapi jangan mencari kekurangan orang lain, tetapi bergaullah dengan orang yang diburuk sangka terhadapnya itu dengan lebih rapat dan berdoalah untuk kebaikkan baginya.

Bermuhasabah diri setiap hari, jadikanlah diri kita seorang yang dapat menguasai was-was, bukan orang yang dikuasai was-was.Perbaikilah diri kita dan bersihkanlah ia dari sifat buruk, kerana di sebalik buruk sangka akan mengundang sifat-sifat keji yang lain.

Ingatlah selalu bahawa Mahabbah, Mawaddah dan bersikap toleransi itu adalah nikmat yang sangat besar. Jangan musnahkan nikmat itu dengan sifat buruk sangka.

Ingatlah selalu, bahawa buruk sangka boleh merosakkan diri kita. Kita akan kehilangan rakan, kekasih, saudara-mara, malah juga isteri. Kita akan kehilangan ramai khalik dan disisih oleh masyarakat.

Ketahuilah dan ingatlah, bahawa syariat islam meletakkan asasnya atas rasa sangka baik terhadap semua orang islam dalam semua bidang: ekonomi, politik, sosial dan lain-lain lagi.

Dalam satu hadis Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya,

"Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan mambawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah, seorang yang benar (jujur). Berhati-hati terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah, sebagai seorang pendusta."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka, maka masing-masing kita harus menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apatah lagi dengan sesama Muslim dan aktivis dakwah. Di samping itu, bila ada benih-benih perasaan buruk sangka, maka perkara itu harus segera dicegah dan dijauhi kerana ia berasal dari bisikan atau godaan syaitan yang bermaksud buruk kepada kita.

Orang-orang yang mempunyai penyakit buruk sangka, ragu-ragu dan was-was terhadap orang lain dan ibadahnya, maka dia wajib berusaha meninggalkan penyakit tersebut dan segera bertaubat.

Agar ia tidak berulang, maka perlu dirawat dengan ilmu agama terutama ilmu akidah. Oleh itu setiap mukmin sewajarnya menyibukkan dirinya dengan menuntut ilmu seperti menghadiri majlis-majlis ilmu yang memperkatakan tentang agama. Kerana hanya ilmu agama yang dapat merawat dan menyembuhkan penyakit buruk sangka, ragu-ragu dan was-was.

Renung-renungkan.

Isnin, 30 Mac 2020

hadith berkaitan larangan melabel seseorang dengan fasiq? Bersangka baiklah kita sesama umat Islam di saat kita semua diuji dgn covid 19.

Firman Allah SWT:
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّـهِ وَعَمِلَ صَالِحًا
Fussilat:33
Maksudnya: “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh.”

Syeikh Wahbah al-Zuhaili Rahimahullah berkata ketika menafsirkan ayat ini dengan menyatakan beberapa isi penting iaitu perkataan menyeru kepada mengesakan Allah dan taat kepada-Nya serta beribadah kepada-Nya. Selain itu, maksud beramal soleh di dalam ayat di atas adalah menunaikan segala yang difardhukan oleh Allah SWT ke atas manusia di samping menjauhkan segala yang diharamkan oleh Allah SWT ke atasnya. [Lihat: Tafsir al-Munir, 228-229/24]

Tambahan pula, di dalam sebuah hadith yang sahih bahawa Nabi SAW memerintahkan kita agar berkata benar atau diam. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW:

وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ
Maksudnya: “Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” [Riwayat al-Bukhari (6018)]

 Terdapat sebuah hadith yang mencegah kita daripada mencela atau mengejek saudara kita dengan ucapan seperti fasiq atau kafir. Antara hadith tersebut adalah:


Daripada Abu Zar RA, dikatakan bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda:


لاَ يَرْمِي رَجُلٌ رَجُلًا بِالفُسُوقِ، وَلاَ يَرْمِيهِ بِالكُفْرِ، إِلَّا ارْتَدَّتْ عَلَيْهِ، إِنْ لَمْ يَكُنْ صَاحِبُهُ كَذَلِكَ
Maksudnya: “Tidaklah seseorang melempar tuduhan kepada orang lain dengan kefasiqan dan tidak pula menuduh dengan kekufuran melainkan (tuduhan itu) akan kembali kepadanya, jika saudaranya tidak seperti itu.” [Riwayat al-Bukhari (6045)]

Kata Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, barangsiapa yang berkata kepada seseorang dengan mengatakan kamu fasiq atau kamu kafir dan tuduhan itu tidak seperti yang dikatakan maka dia (yang melemparkan tuduhan) berhak mendapat apa (sifat) yang disebutkan itu. Jika sebaliknya, maka tuduhan itu tidak akan kembali kepadanya disebabkan tuduhannya itu benar.

Tambahan pula, jika seseorang itu mengatakan sedemikian dengan tujuan untuk menasihatinya atau menasihati orang lain dengan menjelaskan hal keadaannya maka ia dibenarkan. Adapun jika tujuannya untuk memalukan orang yang dituduhnya atau memperkenalkan kepada khalayak akan sifat tersebut yang ada pada dirinya makai a tidak benarkan kerana kita dituntut untuk menutup aib saudara kita serta mengajarnya dan memberi nasihat kepadanya dengan penuh hikmah. Selain itu, selagimana seseorang itu mampu untuk melakukannya dalam keadaan yang baik maka dia tidak boleh melakukannya dalam keadaan kekerasan kerana bimbang ini akan menjadi sebab orang yang dituduh akan berterusan dengan keadaan seperti itu. [Lihat: Fath al-Bari, 466/10]

Hal ini juga dikuatkan lagi dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:


Daripada Abu Zar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


وَمَنْ دَعَا رَجُلًا بِالْكُفْرِ، أَوْ قَالَ: عَدُوُّ اللهِ وَلَيْسَ كَذَلِكَ إِلَّا حَارَ عَلَيْهِ
Maksudnya: “Dan barangsiapa yang memanggil seseorang dengan kafir atau dengan berkata wahai musuh Allah sedangkan tidak sedemikian melainkan perkataan tersebut akan kembali kepadanya.” [Riwayat Muslim (112)]

Isnin, 9 Mac 2020

Siapa tahu insan ini berjuang demi apa?

Hari ini terbukti beliau tidak mahu jawatan.

Moga الله panjangkan umur TGHH -ayoh chik-
#istiqamah
#berdiri_teguh_bersama_ulamak