Ahad, 28 Jun 2020

Assalamualaikum sedikit renungan bersama insya Allah.

Dua Perkara Yang Mendatangkan
Azab
Ibnu Abbas menceritakan :Nabi SAW berjalan
melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah.
Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang
disiksa dalam kuburnya.
Maka bersabda Rasulullah SAW :Keduanya disiksa
bukanlah kerana dosa besar. Kemudian baginda
melanjutkan perkataannya,Yang seorang disiksa
kerana kencing di tempat terbuka) dan yang seorang
lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-
musuhan. Sesudah itu baginda menyuruh supaya
mengambil pelepah tamar lalu dipatah dua oleh
baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu masing-
masing satu pelepah.
Seseorang pun bertanya:Ya Rasulullah! Mengapa
kamu lakukan seperti itu? Jawab baginda Mudah-
mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama
pelepah tamar itu tidak kering.

Sebagai seorang
Muslim, aspek kebersihan hendaklah dititik beratkan
termasuklah perkara-perkara asas seperti qadha' hajat
(buang air kecil atau besar).
Islam selaku agama yang sempurna telah
menyediakan tata tertib yang sepatutnya untuk diikuti
demi menjamin kesihatan umatnya.
Demikian juga dengan bersuci di mana tabiat tidak
bersuci sesudah kencing oleh sesetengah orang yang
dianggap perkara biasa sebenarnya mendatangkan
azab yang amat besar di akhirat kelak sebagaimana
yang disebutkan di dalam hadith di atas kerana
membuang air tanpa bersuci atau membuang air di
tempat-tempat terbuka (di tepi-tepi jalan tanpa bersuci)
dilarang oleh Islam kerana ia mencerminkan adab yang
kurang sopan selain mendedahkan seseorang itu
kepada jangkitan penyakit.
(RIWAYAT BUKHARI)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan