Ahad, 31 Julai 2016

Assalamualaikum renungan bersama insya Allah.
Drpd  Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Allah berfirman dalam hadis  Qudsi yang bermaksud, “tiada balasan bagi seseorang hambaku yg telah Aku ambil kembali kekasihnya di dunia, kemudian dia mengharapkan pahala daripadaku melainkan (orang itu akan mendapat balasan) syurga.” Antara musibah yg menimpa manusia yg beriman dan dituntut bersabar ialah kehilangan orang yg disayangi. (Riwayat:  Bukhari)

Orang kafir tidak akan mendapat sebarang ganjaran daripada amalan yang baik kerana dia tidak beriman kepada Allah dan tidak percaya adanya ganjaran itu.

Mengharapkan ganjaran pahala dan bersabar atas musibah adalah tanda kesempurnaan iman seseorang, manakala marah dan gelisah atas musibah menunjukkan kelemahan iman.

Seseorang perlu bersabar  ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau ibu bapa, kerana ganjaran sabar di sisi Allah ialah syurga.

Tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar menghadapi bala dunia.

Khamis, 28 Julai 2016

Assalamualaikum muga kita semua setiasa mengingati di manakah kita setelah kita mati marilah sama2 kita merenung sejenak insya Allah.    
Dari Abu Sa'id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: 'Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya: 'Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat'. Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: 'Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu'; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu). Dan sebaliknya apabila oarang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: 'Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu'. Nabi s.a.w bersabda lagi: 'Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya'. Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w , (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: 'Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)'. Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: 'Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka'.

Khamis, 14 Julai 2016

Assalamualaikum marilah bersama2 Abg Ariif sahabat2 kita renungkan kelebihan yg banyak hari Jumaat insya Allah, Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah (mandi dengan membersih seluruh tubuh badan), kemudian dia pergi ke Jumaat (solat Jumaat) (sebagai orang yang pertama sampai) maka sama halnya seperti orang yang berkorban seekor unta; dan sesiapa yg datang sebagai orang kedua, sama halnya seperti orang yg berkorban seekor lembu betina; sesiapa yang datang sebagai orang ketiga, sama halnya seperti orang yg berkorban seekor biri2 bertanduk; sesiapa yg datang sebagai orang keempat, sama halnya dengan seorang yg berkorban seekor ayam; dan sesiapa yg datang sebagai orang kelima; sama halnya dengan orang yg berkorban dengan sebutir telur. Apabila imam telah menaiki mimbar maka para malaikat yg hadir juga ikut mendengar khutbah.

Allah menetapkan kelebihan tertentu pada tempat dan masa. Contohnya Allah melimpahkan berkatnya terhadap Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah drpd segala tempat lain di dunia ini. Begitu juga dengan kelebihan masa iaitu Allah SWT telah melebihkan Ramadhan daripada segala bulan yang lain dan Allah juga melebihkan hari Jumaat daripada segala hari yg lain dalam seminggu. Hari Jumaat juga dinamakan ˜Yaumul-mazid' iaitu hari pemberian tambahan kerana pada hari berkenaan, Allah mengurniakan rahmat yg banyak kepada hambanya. Segala permohonan seseorang hamba itu akan dikabulkan sekiranya permohonan itu menepati waktu yang dinamakan ˜waktu mustajab'. Betapa mulianya hari Jumaat ini hingga Allah juga mensyariatkan agar dikerjakan solat khusus pada hari tersebut iaitu yg dinamakan solat Jumaat di mana bagi setiap orang yg pergi menunaikan solat tersebut disediakan ganjaran yang amat besar yang tidak ada pada hari2 yg lain. Tetapi malang sekali ada juga antara kita yg berasakan hari Jumaat adalah sama seperti hari2 lain. Ini menyebabkan mereka mengisi hari tersebut dengan hati yg kosong, tanpa doa dan harapan kepada penciptanya. Lebih malang lagi, ada pula yang sanggup meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja, tanpa rasa berdosa kepada Allah SWT. Golongan ini bukan sahaja lupa pada kewajipan mereka terhadap Allah, malah mereka lupa pada azab Allah yg bakal menimpa. Jauh sekali ingin meraih seribu satu keuntungan daripada kemuliaan hari tersebut.