Riwayat: 'Uwaimi bin Sa'idah
Rasulullah s.a.w bersabda: 'Sesungguhnya Allah telah memilihku dan memilih untukku beberapa sahabat serta Ia jadikan di antara mereka menteri2ku, mertua2 dan menantu2ku, juga penolong2ku; oleh sebab itu sesiapa yang memburuk2 dan mencaci mereka, maka tertimpalah diatasnya laknat Allah dan Malaikat serta manusia seluruhnya; Allah tidak akan menerima daripadanya sebarang ibadat dan juga sebarang tebusan.'
Pengajaran;
i) Sahabat2 Rasulullah adalah orang2 yang hidup sezaman dengan baginda.
Ii) Mereka merupakan pembantu2 baginda yang berkerjasama dengan sepenuh hati dalam menyampaikan ajaran Islam serta mengembangkannya. Oleh itu mereka adalan orang yang layak mendapat kemuliaan dan penghormatan daripada seluruh umat Islam.
Iii) Sesiapa yang mencaci salah seorang daripada para sahabat Rasulullah s.a.w bererti ia telah mengengkari serta mendustakan kelebihan sahabat baginda yang telah perakui oleh baginda sendiri dan dengan itu bermakna dia juga telah memutuskan hubungannya dengan baginda.
Iv) Cacian terhadap sahabat Rasulullah s.a.w adalah meliputi apa jua perkataan yang menyentuh sifat peribadi, aliran faham mazhabnya dan fahaman siasahnya kerana antara seorang sahabat dengan seorang sahabat baginda yang lain, mereka berlainan pendirian tetapi mempunyai alasan yang kukuh (penuh tanggungjawab dan pertimbangan akal yang sihat) untuk berbuat demikian.
v) Sesiapa yang didapati mencaci atau melaknat sahabat2 baginda ia akan ditimpa laknat daripada Allah dan malaikat-Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan