Assalamualaikum sedikit renungan di pagi Jumaat yang mulia ini bersama Abang Arif serta sahabat-sahabat yang dirahmati Allah InsyaAllah Semoga kita semua diberi kekuatan kesihatan oleh Allah subhanallah Taala di dalam ibadah beramal soleh diampun segala dosa-dosa.
Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah (mandi dengan membersih seluruh tubuh badan), kemudian dia pergi ke Jumaat (solat Jumaat) (sebagai orang yang pertama sampai) maka sama halnya seperti orang yang berkorban seekor unta; dan sesiapa yang datang sebagai orang kedua, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor lembu betina; sesiapa yang datang sebagai orang ketiga, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor biri-biri bertanduk; sesiapa yang datang sebagai orang keempat, sama halnya dengan seorang yang berkorban seekor ayam; dan sesiapa yang datang sebagai orang kelima; sama halnya dengan orang yang berkorban dengan sebutir telur. Apabila imam telah menaiki mimbar maka para malaikat yang hadir juga ikut mendengar khutbah.
Riwayat: (Bukhari)
Allah menetapkan kelebihan tertentu pada tempat dan masa. Contohnya Allah melimpahkan berkat-Nya terhadap Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah daripada segala tempat lain di dunia ini. Begitu juga dengan kelebihan masa iaitu Allah SWT telah melebihkan Ramadhan daripada segala bulan yang lain dan Allah juga melebihkan hari Jumaat daripada segala hari yang lain dalam seminggu. Hari Jumaat juga dinamakan ˜Yaumul-mazid' iaitu hari pemberian tambahan kerana pada hari berkenaan, Allah mengurniakan rahmat yang banyak kepada hambanya. Segala permohonan seseorang hamba itu akan dikabulkan sekiranya permohonan itu menepati waktu yang dinamakan ˜waktu mustajab'. Betapa mulianya hari Jumaat ini hingga Allah juga mensyariatkan agar dikerjakan solat khusus pada hari tersebut iaitu yang dinamakan solat Jumaat di mana bagi setiap orang yang pergi menunaikan solat tersebut disediakan ganjaran yang amat besar yang tidak ada pada hari-hari yang lain. Tetapi malang sekali ada juga antara kita yang berasakan hari Jumaat adalah sama seperti hari-hari lain. Ini menyebabkan mereka mengisi hari tersebut dengan hati yang kosong, tanpa doa dan harapan kepada pencipta-Nya. Lebih malang lagi, ada pula yang sanggup meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja, tanpa rasa berdosa kepada Allah SWT. Golongan ini bukan sahaja lupa pada kewajipan mereka terhadap Allah, malah mereka lupa pada azab Allah yang bakal menimpa. Jauh sekali ingin meraih seribu satu keuntungan daripada kemuliaan hari tersebut.
Khamis, 8 Februari 2018
Selasa, 26 Disember 2017
السلام عليكم
Sedikit renungan bersama Insyaallah.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya.
Riwayat Bukhari dan Muslim
Pengajaran.
i) Islam mementingkan umat yang bersatu padu di mana setiap hubungan yang terjalin mestilah diperkuatkan dengan ikatan kasih-sayang, kepercayaan, belas kasihan dan menjauhi permusuhan kerana seorang muslim yang baik adalah mereka yang sentiasa memikirkan kebaikan orang lain sebagaimana ia memikirkan kebaikan untuk dirinya sendiri.
ii) Tidak sempurna iman seseorang yang didapati tidak mengakui persahabatan, pertalian kerabat dan seumpamanya kecuali apabila ia mendapati terdapat sesuatu faedah atau keuntungan di sebalik perhubungan itu untuk dirinya.
iii) Orang seperti ini adalah mereka yang bersifat sombong dan angkuh, tamak haloba dan suka berdendam. Ia hanya mementingkan diri sendiri serta sanggup melakukan apa sahaja asalkan sesuatu kebaikan itu hanya menjadi miliknya seorang bahkan dendam yang bersarang dalam jiwanya membuatkan ia hilang perasaan kasihan belas, simpati dan timbang rasa terhadap kesusahan orang lain.
iv) Sesungguhnya orang seperti ini akan mendapat laknat daripada Allah S.W.T. Perbuatannya yang menganiayai orang lain lambat laun akan mengundang kebencian masyarakat menjadikan kehidupannya kelak tersisih dan disisihkan.

Isnin, 8 Mei 2017
السلام عليكم
Sedikit renungan bersama Abg Arif serta semua sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. ان شاء الله
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.
( Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)
1. Islam sangat menghargai ilmu dan ulama (ilmuwan), sehingga kedudukan ilmu dan ulama sangat tinggi dan mulia dalam parameter Islam. Allah S.W.T telah berfirman: '... nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat...' (Al Mujaadalah [58]:
2. Kerana kedudukan ilmu yang sedemikian tingginya, maka Islam mewajibkan umatnya untuk mempelajari ilmu, sehingga diharapkan mereka bekerja berdasarkan ilmunya, bukan sekadar mengikuti seseorang tanpa tujuan
3. Berjihad dalam ilmu maksudnya ialah bersungguh-sungguh membentuk masyarakat dari segi ilmu pengetahuan dan peradaban yang berguna serta memberikan gambaran yang betul tentangnya tanpa merasa iri hati atau tamak kerana orang yang memberikan ilmu berupa petunjuk akan dikurniakan balasan pahala dan kebaikan sama seperti orang yang mengamal ilmu tersebut.
Nabi s.a.w bersabda: 'Sesiapa yang memberi fatwa dengan tidak berdasarkan ilmu akan dilaknat oleh Malaikat langit dan bumi.' (Riwayat: Ali r.a)
Pengajaran dari hadis
i) Memberikan fatwa mengenai sesuatu masalah agama hendaklah berdasarkan ilmu pengetahuan yang berkaitan. Jika tidak, ia pasti akan membawa penyelewengan dalam hukum-hukum syarak.
ii) Orang yang mengambil mudah dalam hal sebegini sehingga melakukan kesalahan dalam memberikan fatwa akan dimurkai Allah dan dilaknat oleh malaikat-Nya.

Khamis, 4 Mei 2017
السلام عليكم
Sedikit renungan bersama Abang Arif serta semua sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya.(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pengajaran dari hadis diatas
i) Islam mementingkan umat yang bersatu padu di mana setiap hubungan yang terjalin mestilah diperkuatkan dengan ikatan kasih-sayang, kepercayaan, belas kasihan dan menjauhi permusuhan kerana seorang muslim yang baik adalah mereka yang sentiasa memikirkan kebaikan orang lain sebagaimana ia memikirkan kebaikan untuk dirinya sendiri.
ii) Tidak sempurna iman seseorang yang didapati tidak mengakui persahabatan, pertalian kerabat dan seumpamanya kecuali apabila ia mendapati terdapat sesuatu faedah atau keuntungan di sebalik perhubungan itu untuk dirinya.
iii) Orang seperti ini adalah mereka yang bersifat sombong dan angkuh, tamak haloba dan suka berdendam. Ia hanya mementingkan diri sendiri serta sanggup melakukan apa sahaja asalkan sesuatu kebaikan itu hanya menjadi miliknya seorang bahkan dendam yang bersarang dalam jiwanya membuatkan ia hilang perasaan kasihan belas, simpati dan timbang rasa terhadap kesusahan orang lain.
iv) Sesungguhnya orang seperti ini akan mendapat laknat daripada Allah S.W.T. Perbuatannya yang menganiayai orang lain lambat laun akan mengundang kebencian masyarakat menjadikan kehidupannya kelak tersisih dan disisihkan.
Sedikit renungan bersama Abang Arif serta semua sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya.(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pengajaran dari hadis diatas
i) Islam mementingkan umat yang bersatu padu di mana setiap hubungan yang terjalin mestilah diperkuatkan dengan ikatan kasih-sayang, kepercayaan, belas kasihan dan menjauhi permusuhan kerana seorang muslim yang baik adalah mereka yang sentiasa memikirkan kebaikan orang lain sebagaimana ia memikirkan kebaikan untuk dirinya sendiri.
ii) Tidak sempurna iman seseorang yang didapati tidak mengakui persahabatan, pertalian kerabat dan seumpamanya kecuali apabila ia mendapati terdapat sesuatu faedah atau keuntungan di sebalik perhubungan itu untuk dirinya.
iii) Orang seperti ini adalah mereka yang bersifat sombong dan angkuh, tamak haloba dan suka berdendam. Ia hanya mementingkan diri sendiri serta sanggup melakukan apa sahaja asalkan sesuatu kebaikan itu hanya menjadi miliknya seorang bahkan dendam yang bersarang dalam jiwanya membuatkan ia hilang perasaan kasihan belas, simpati dan timbang rasa terhadap kesusahan orang lain.
iv) Sesungguhnya orang seperti ini akan mendapat laknat daripada Allah S.W.T. Perbuatannya yang menganiayai orang lain lambat laun akan mengundang kebencian masyarakat menjadikan kehidupannya kelak tersisih dan disisihkan.
Khamis, 27 April 2017
السلام عليكم.
renungan bersama Abang Ariff serta semua sahabat-sahabat yang dirahmati Allah Subahanallah ta'ala. Semoga Jumaat kali ini Jumaat yang terbaik pada kita semua ان شاء الله.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang2 bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang2 itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan2 yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.
Islam adalah satu2nya agama di dunia yang sangat mendorong umatnya untuk menuntut ilmu. Di dunia moden ini Begitu mudah untuk kita menuntut ilmu untuk kita mempelajarinya menggunakan app dan sebagainya dengan syarat setelah kita memahaminya kita harus berjumpa dengan guru-guru serta para para ustaz yang kita yakini dengan ilmunya. Ulama adalah orang yang sangat memahami permasalahan agama dan mereka merupakan orang yang mendalami ilmu. Di zaman ini, hampir tiada lagi ulama' yang mempunyai penguasaan ilmu yang pelbagai melainkan hanya yang pernah belajar beberapa bidang ilmu tetapi hanya menguasai satu atau dua cabang ilmu sahaja. Berbeza dengan zaman lampau, orang yang disebut sebagai ulama' adalah mereka yang menguasai dengan ahli banyak cabang2 ilmu. Dengan perkataan lain golongan ulama' semakin lama semakin kurang. Justeru, dengan waktu yang semakin singkat di akhir zaman ini ditambah dengan kesibukan dan kelalaian kita sendiri dalam mengurus waktu dan mengambil ilmu daripada mereka kerana kehidupan tidak akan berjalan dengan tertib tanpa bimbingan daripada para ulama'. Namun kenyataannya juga bahawa hari ini ramai orang yang tidak menyedari situasi tersebut hingga mereka mengatur kehidupan dunia mengikut cara mereka sendiri tanpa merasa perlu melibatkan golongan ulama untuk meminta pandangan mahupun nasihat.
Ulama dipinggirkan bahkan dianggap sebagai kelompok yang tidak mengetahui perkembangan zaman dan hanya berbicara dalam masalah ibadah dan akhirat semata. Akibatnya timbul sikap menolak dan meremehkan golongan ulama dan keterlibatan mereka di dalam urusan keduniaan. Justeru tidak hairanlah akan ada manusia yang menjadikan golongan yang jahil dan bodoh sebagai pemimpin mereka hingga akhirnya membawa kemusnahan dan mengundang kecelakaan.

Selasa, 25 April 2017
السلام عليكم
Dalam perjalanan israk mi'raj Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa ajaib sebangai pengajaran serta keinsafan pada kita semua insya Allah.
Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut:
1)Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang2. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
2)Tempat yang berbau harum. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
3)Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah:Itulah orang yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).
4)Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail: Itulah orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
5)Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.
6) Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.
7)Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
8)Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali2. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
9)Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10)Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
11) Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai hiasan. Rasulullah tidak mempedulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12)Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia2kan umurnya sampai ke tua. Seorang perempuan bongkok 3 menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

السلام عليكم .
Sedikit renungan bersama Abang Ariff serta semua sahabat-sahabat yang dirahmati Allah Insyaallah.
Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya:Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu dari gadis pingitan. Apabila baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya dari wajah baginda.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang paling utama ialah ucapan Laa ilaha illallah (Tidak ada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah membuang duri dari jalan dan sifat malu ialah satu cabang dari iman.(al- Baihaqi). Riwayat: (Muslim)
Di dalam perjalanan manusia sebagai hamba untuk mendekatkan diri kepada-Nya, ˜rasa malu' merupakan tangga yang pertama. Maka, masih sangat jauh sebenarnya kita daripada kewujudan rasa cinta kepada Allah. Rasulullah sekalipun mempunyai rasa malu terhadap Allah SWT. Ia terserlah dalam kisah Mi'raj baginda iaitu di saat Rasulullah menerima perintah secara langsung agar umatnya mengerjakan solat. Di peringkat awalnya, Allah memerintahkan solat sebanyak 50 kali dalam sehari. Baginda menyanggupinya, namun nabi dan Rasul lain yang ditemui dalam perjalanan mikraj tersebut menasihati bahawa tugas itu terlalu berat bagi umat Muhammad. Lantas baginda meminta keringanan sehingga bilangan solat dikurangkan kepada lima kali sehari. Saat itu, baginda diingatkan sekali lagi bahawa solat lima kali sehari pun masih terlampau berat. Namun, baginda berasa amat malu untuk kembali meminta keringanan daripada Allah SWT. Inilah contoh sifat malu yang ada pada diri baginda. Malu untuk mengurangi nilai pengabdian seorang hamba terhadap Tuhannya. Namun kita selaku umatnya tidak pula mempunyai rasa malu mengabaikan perintah solat tersebut dan juga ibadah-ibadah yang lain? Begitulah manusia, lazimnya hanya merasa malu untuk urusan duniawi di hadapan manusia, bukan urusan keakhiratan di hadapan Tuhan. Kita tidak merasa malu dengan dosa yang berbukit yang pernah kita lakukan. Malah mungkin tidak pernah terdetik rasa enggan kita untuk bertemu Allah lantaran merasa malu di atas segala kejahatan yang dilakukan yang tak pernah luput dari pernglihatan Nya? Sesungguhnya kita benar-benar tidak tahu malu. Abdullah Ibn Mas'ud r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Orang yang malu kepada Allah dengan sepenuh malu adalah orang yang menjaga kepalanya dari isinya, menjaga perutnya dari segala rezeki tidak halal, selalu mengingati kematian, meninggalkan kemewahan dunia dan menjadikan perbuatan akhirat sebagai hal yang lebih utama. Sesiapa yang melakukan semua itu, maka ia telah malu kepada Allah dengan sepenuh malu.

Langgan:
Catatan (Atom)