Selasa, 6 November 2018

Abu Huraiarah r.a
      
Nabi s.a.w bersabda: 'Malaikat sentiasa berdoa untuk seseorang kamu selama ia berada di tempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas, iaitu mereka memohon dengan berkata: 'Ya Tuhan kami! Ampunilah dosanya, ya Tuhan kami! Berilah rahmat kepadanya.' 
Pengajaran Hadith: 
i) Sembahyang (solat) dan tempat solat mempunyai nilai yang sangat besar di sisi Allah S.W.T. 
ii) Orang yang tidak segera meninggalkan tempat ia bersolat selagi ia tidak berhadas dan tidak melakukan perkara yang mendatangkan dosa akan sentiasa didoakan oleh malaikat agar diampuni dosanya dan diberikan rahmat kepadanya. 
iii) Islam menyeru umatnya agar sentiasa menjaga solatnya dan mengerjakannya dengan sempurna kerana hanya mereka yang benar-benar layak sahaja akan mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah S.W.T.

Khamis, 1 November 2018

     
Dari Abu Hurairah RA, katanya: Bersabda Rasulullah SAW: 'Luas telaga ku pada hari kiamat lebih dari jarak Ailah (Palestin) dan 'Adan (Yaman) airnya lebih jernih dari salju, lebih manis dari madu bercampur susu, bejana-bejananya lebih baik dari bintang di langit; Aku melarang umat selain umat ku yang akan datang minum di situ, sebagaimana seorang yang menjaga unta-unta orang lain yang akan minum dari telaganya; Ditanya Rasulullah s.a.w.: Dapatkah tuan mengenal kami ketika itu?Jawab Rasulullah SAW: Ya, ialah dengan bekas wuduk yang gilang-gemilang di muka mu sebagai tanda yang diistimewakan dari umat-umat yang lain.Riwayat:  (Muslim)

Allah SWT berfirman yang maksudnya: Pada hari ketika kamu melihat orang Mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan kepada mereka): Pada hari ini ada berita gembira untukmu, iaitu syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang banyak (al- Hadid:12).

 Sesungguhnya bekas-bekas basuhan air wudhu' di wajah kita menjadi penyeri kepada wajah. Begitu juga setiap amal soleh yang kita lakukan adalah penyeri kepada akhlak. Semua himpunan cahaya ini adalah lambang keserian iman yang akan menerangi hidup seseorang di dunia dan akhirat. Syurga indah sedia menanti mereka di sana. Maka alangkah ruginya jika kita terkecuali daripada golongan yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadis di atas. Namun manusia lazimnya selalu leka dalam mengejar nikmat dunia yang sementara di hadapan mata mereka berbanding nikmat akhirat yang indah dan kekal abadi. Sesungguhnya janji Allah SWT tetap benar dan hanya orang yang sabar sahaja akan dapat mengecap nikmat kebahagiaan yang dijanjikannya itu.

Isnin, 29 Oktober 2018




 30 JUZUK Download AL.QURAN MP3 TERJEMAHAN MELAYU INSYA ALLAH

Sebarkan MP3 ini! Sabda Rasululllah S.A.W.
“Barang siapa yang menunjuk satu jalan ke arah kebaikan, maka baginya pahala sama seperti pahala orang yang melakukan (kebaikan) itu.” (Hadis riwayat Muslim)
Klik surah pilihan untuk Download.

Sabtu, 27 Oktober 2018

     
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.Riwayat Ibnu Abi Dunya

i) Berbuat baik dan memberi keselesaan kepada orang lain akan diganjari Allah dengan balasan yang berlipat ganda sama ada berupa pahala, kebaikan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
ii) Semua ini akan dapat dilakukan sekiranya seseorang itu mempunyai keimanan dan keikhlasan di hatinya sehingga segala tindakan-tindakan yang dilakukannya sentiasa melahirkan kebaikan pada dirinya dan dalam hubungannya dengan orang lain serta masyarakat di sekelilingnya.
iii) Demikian juga kita dilarang agar jangan membalas kejahatan orang lain dengan kejahatan juga tetapi hendaklah membalasnya dengan kebaikan seperti api yang menyala dan membakar nescaya akan terpadam apabila disirami air. Maka begitulah dengan kebaikan, lambat laun akan melembutkan hati yang keras dan menghapuskan kejahatan yang melanda.
iv) Sebaliknya jika kecenderungan berbuat perkara-perkara yang jahat terus dibiarkan menguasai diri maka akan rosaklah segala kebaikan yang pernah dilakukan kerana lazimnya kejahatan itu biarpun hanya sekali dilakukan ia mudah dilihat (diketahui) berbanding dengan banyaknya kebaikan yang pernah dilakukan oleh seseorang itu. Bak kata pepatah Melayu Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
v) Sesungguhnya keimanan itu sentiasa terbuka untuk ditingkatkan sebaliknya iman akan merosot sekiranya kita melakukan perbuatan maksiat.

Khamis, 25 Oktober 2018

Banyak kelebihan yang ada pada hari Jumaat dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.

1. Hari Paling Mulia
Hari Jumaat adalah hari yang paling utama dan merupakan penghulu segala hari. Terdapat beberapa peristiwa yang terjadi pada hari Jumaat ini.
 
Abu Hurairah R.A meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda;
“Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat; pada hari inilah Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini (Adam as) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari inilah juga Baginda dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.” (HR Muslim)
2. Hari Bagi Kaum Muslimin
Hari Jumaat adalah hari berkumpulnya umat Muhammad SAW dalam masjid untuk mengikuti solat dan sebelumnya mendengar dua khutbah jumaat yang mengandungi wasiat bertaqwa dan nasihat-nasihat, serta doa.
Allah SWT berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli; Yang demikian itu lebih baik bagimu Jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”(Surah Al-Jumaah 62: Ayat 9)
3. Penghulu Segala Hari
Hari Jumaat adalah hari yang teramat istimewa kerana islam meletakkan hari Jumaat sebagai ketua dan ganjarannya lebih berbanding dengan hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul Ayyam’ iaitu penghulu segala hari (sebaik-baik hari).”
.
Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir R.A berkata, Rasululullah SAW berkata, “Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah. Pada hari Jumaat terdapat lima peristiwa; Diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat Adam dimatikan, di hari Jumaat juga terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selagi tidak memohon yang haram, dan di hari Jumaat juga akan berlakunya kiamat. Tidaklah seseorang Malaikat yang dekat di sisi Allah SWT, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat.” (HR. Ahmad)
4. Hari Perhimpunan Bagi Solat Jumaat
Solat Jumaat dua rakaat yang difardhukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu diambil manfaatnya untuk mendapatkan ganjaran Allah SWT daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu; Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam, dan Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
5.Hari Ramai Malaikat Turun ke Bumi
Pada hari Jumaat juga, Allah SWT mengutus para malaikat turun ke muka bumi. Di tangan mereka terdapat  tinta kalam emas dan kertas-kertas daripada perak, mereka juga berdiri dan menunggu di pintu-pintu masjid bagi mencatat nama-nama mereka yang hadir ke masjid dan mendirikan Solat Jumaat.
Apabila telah sempurna dan selesai Solat Jumaat, mereka kembali ke arasy untuk menyembahkan hasil catatannya kepada Allah SWT dengan berkata:“Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah SWT berfirman: “Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
6. Hari Dihapuskan Dosa
Diampuni dosa-dosanya antara Jumaat tersebut dengan Jumaat sebelumnya. Sabda Rasulullah SAW: “Solat lima waktu (sehari semalam) dan Jumaat hingga Jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)
7.
 Meninggal Pada Hari Jumaat Sebagai Tanda ‘Husnul Khatimah’
Meninggal dunia pada malam hari Jumaat atau siangnya adalah penanda ‘Husnul Khatimah’, iaitu dibebaskan dari fitnah (azab) kubur.
Diriwayatkan oleh Ibnu Amru, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Setiap muslim yang mati pada siang hari Jumaat atau malamnya, nescaya Allah akan menyelamatkannya dari fitnah kubur.” (HR. Ahmad dan Tirmizi, undian sahih oleh Al-Bani).
13. Hari Terselamat Dari Seksa Kubur
Orang yang meninggal pada Hari Jumaat, InsyaAllah akan selamat dari fitnah (bencana/seksa) kubur.
Daripada Abdullah bin Amr, sabda Rasulullah SAW: “Tidak seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan oleh Allah SWT daripada fitnah kubur.” (Hadis Riwayat Tarmizi)
8.
Hari Berlakunya Kiamat
Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya ‘Kiamat’ (hari pembalasan). Dalam suatu hadis, Rasulullah SAW ada menyebut bahawa:“Pada hari Jumaat juga Kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda : “Hari Yang Dijanjikan ialah Hari kiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
Sabda Rasulullah SAW.: “Pada hari itu kiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah Azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

Selasa, 23 Oktober 2018

Dari Ibnu Abbas r.a katanya: Raulullah SAW bersabda:Seringan-ringan azab penduduk neraka ialah azab yang dideritai oleh Abu Talib. Dia memakai sepasang terompah yang membuatkan otaknya menggelegak.riwayat muslim.

1. Selama sembilan tahun selepas perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah SWT, Nabi Muhammad SAW telah menjalankan dakwah di kalangan kaumnya sendiri di sekitar kota Mekah. Segelintir manusia sahaja yang telah memeluk agama Islam manakala yang lainnya mencuba dengan sedaya upaya untuk mengganggu dan menghalang baginda.

2. ABU TALIB merupakan seorang yang baik budi pekertinya, jujur dan mempunyai kesabaran yang tidak ada bandingannya bila menemui atau menghadapi sesuatu kesulitan atau cabaran hidup. Beliaulah yang memelihara nabi setelah kematian datuknya Abdul Muttalib. Baginda selalu dilindungi oleh bapa saudaranya ini daripada ancaman musuh dakwah baginda. Namun begitu di saat akhir kematiannya, Abu Talib tidak memeluk agama Islam.

3. Dalam sebuah hadith riwayat Muslim dikatakan bahawa ketika Abu Talib, bapa saudara Rasulullah SAW dalam keadaan tenat, Rasulullah menghampirinya sedangkan ketika itu ada Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umayah, Rasulullah mengajak Abu Talib mengucapkan 'laailaah illallaah', namun Abu Jahal dan Abdullah memujuknya agar tetap mengikuti agama Abdul Muttalib. Demikian seterusnya berlaku hingga Abu Talib meninggal dunia tidak dalam keadaan beriman, lalu Rasulullah bersabda 'Demi Allah aku akan meminta ampunan daripada Allah (untuknya) selagi tidak dilarang, lalu turunlah ayat surah Taubah:113-114 yangmaksudnya 'Tiadalah sepatutnya bagi Nabi Muhammad dan orang-orang yang beriman meminta ampun kepada Allah bagi orang-orang musyrik, walaupun mereka itu adalah kaum kerabatnya, setelah jelas bagi mereka, bahawa orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka Jahannam. Dan keampunan yang dipohon oleh Ibrahim untuk bapanya, tidak lain hanyalah kerana suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapanya. Tatkala jelas bagi Ibrahim bahawa bapanya itu adalah musuh Allah maka Ibrahim berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun.

4. Mendo'akan orang kafir yang masih hidup hukumnya harus, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah ketika berhadapan dengan perlakuan buruk dari kaumnya yang musyrik, doa baginda:'Ya Allah tunjukkanlah kaumku kerana mereka tidak mengetahui' dan Rasulullah juga pernah berdoa agar Umar memeluk Islam hingga akhirnya dikabulkan oleh Allah. Namun begitu mendoakan orang kafir yang telah meninggal dan diketahui ia meninggal dalam keadaan kafir, hukumya haram seperti yang dijelaskan dalam ayat di atas.

Sabtu, 20 Oktober 2018

     
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya apabila manusia melihat manusia lain melakukan kezaliman lalu tidak melarangnya, (maka dikhuatiri Allah akan menimpakan azab-Nya secara umum tanpa ada yang terselamat sama ada yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa mencegahnya. Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi.

1. Sesungguhnya bala Allah S.W.T akan menimpa hamba-hambanya yang bersekongkol dalam melakukan maksiat dan kemungkaran.
2. Selaku umat Islam kita hendaklah sentiasa berwaspada daripada melibatkan diri dengan perbuatan-perbuatan yang salah sama ada di sisi agama mahupun undang-undang kerana semuanya ini akan memberikan imej yang tidak baik terhadap Islam di samping menunjukkan contoh yang buruk kepada yang bukan Islam.
3. Adalah menjadi kewajipan untuk kita menegur sebarang perkara yang buruk sebelum ianya berlarutan menjadi satu budaya dalam masyarakat seperti maksiat, penindasan dan sebagainya kerana dibimbangi jika dibiarkan suatu masa kelak bala Allah akan menimpa yang akan mengenai seluruh makhluk di sekitarnya.

Khamis, 11 Oktober 2018

LARANGAN MENYOKONG KEZALIMAN Maksudnya : Sesungguhnya selepasku ini akan adanya pera pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolongan kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangkan telaga di syurga. (Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh oleh Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabarani di dalam al-Kabir dan al-Ausod . Para perawi salah satu sanad al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahih al-Bukhari) KETERANGAN Dengan wahyu Allah, Allah telah mengkhabarkan kepada NabiNya tentang keadaan-keadaan yang bakal berlaku selepas ketiadaan baginda. Antaranya, akan wujudnya para pemimpin yang zalim dan penipu. Sesiapa yang menyokong mereka maka Nabi s.a.w. tidak mengakuinya sebagai pengikut baginda dan tidak akan membenarkan mereka meminum air telaga di syurga, dalam kata lain tidak memasuki syurga melainkan diazab di atas jenayah sokongan mereka kepada para pemimpin jenis tersebut. Sesiapa yang tidak menyokong dan menolong para pemimpin yang zalim dan pembohong maka dia adalah pengikut Nabi dan akan memasuki syurga. Mukmin yang sebenar akan bimbang dan merasa takut dengan amaran ini. Tidak mengapa seseorang dipecat dari menjadi ahli sesuatu pertubuhan, tetapi yang yang sangat bahaya dan menakutkan apabila kita dipecat dari menjadi pengikut Nabi s.a.w. Di manakah golongan ini akan berhimpun di akhirat jika Nabi s.a.w. tidak menerima mereka sebagai pengikutnya? Sesungguhnya asas utama kezaliman pemerintahan yang wujud sekarang adalah kerana tidak melaksanakan syariat Allah. Firman dalam Surah al-Maidah ayat 45: Maksudnya : Sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah maka mereka adalah orang-orang yang zalim. Dengan kezaliman yang asas ini para pewaris Fir`aun menambahkan lagi kezaliman demi kezaliman. Membolot harta rakyat dan menzalimi setiap yang bangun menasihatinya. Larangan Menyokong Puak Yang Mungkar Firman Allah dalam Surah al-`An`am, ayat 68 : Maksudnya : Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain; dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu). Kata al-Qadi Abu Bakr Ibn al-`Arabi: “Ayat ini adalah dalil bahawa tidak dihalalkan duduk bersama ahli mungkar”( Ahkam al-Quran, jld. 2, m.s. 260, cetakan Dar al-Fikr) Duduk bersama golongan munkar tidak dibenarkan apatah lagi menyokong, membantu dan menolongnya. Firman Allah dalam Surah an-Nisa` ayat 140: Maksudnya:Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Kata al-Imam al-Qurtubi dalam menafsirkan ayat ini: “Ayat ini menjadi dalil wajibnya menjauhi ahli maksiat apabila jelas kemungkaran mereka. Ini kerana sesiapa yang tidak menjauhi mereka bererti redha dengan perbuatan mereka.” Katanya lagi: “Firman Allah إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ (kalau demikian, kamu sama seperti mereka) sesiapa yang duduk dalam majlis maksiat (menderhakai Allah) dan tidak membantahi mereka maka dia menanggung dosa yang sama seperti mereka. Maka hendaklah dia membantah mereka sekiranya mereka bercakap dan melakukan maksiat. Sekiranya dia tidak mampu untuk membantahi mereka maka hendaklah dia meninggalkan mereka supaya tidak termasuk dalam golongan yang disebut dalam ayat ini (Tafsir Ayat al-Ahkam, jld. 5, 418, Dar al-Fikr, Beirut) Sesiapa yang terus menyokong golongan atau pemimpin yang melakukan kejahatan dan kezaliman serta mempermainkan ayat-ayat Allah, maka sesungguh dia sama-sama menanggung dosa dengan pemimpin tersebut. Mungkin dia berkata, saya tidak menzalimi orang lain, atau mempersendakan agama tetapi sekadar menjadi ahli biasa parti sahaja, sedangkan pemimpinnya zalim dan jahat maka dia turut menanggung dosa. Firman Allah dalam Surah al-Ahzab ayat 66-67- Maksudnya : Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul. Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Demikianlah halnya ahli neraka yang dahulu menjadi pengikut setia para pemimpin yang melanggari ajaran Allah dan RasulNya. Mereka yang taat dan terus setia sehingga akhirnya mereka dihumbankan ke dalam neraka. Firman Allah dalam Surah Hud ayat 113: Maksudnya:Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
       Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Dalam persoalan arak ada sepuluh orang yang dikutuk kerananya iaitu pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan hasil wangnya, pembayarnya dan pemesannya.Riwayat Anas i) Arak yang juga disebut khamar dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.  ii) Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa arak itu adalah ibu segala kejahatan. Ini terbukti di mana hasil kajian mendapati bahawa arak sebenarnya boleh merosakkan fizikal dan mental manusia di mana dari segi ilmu perubatan arak itu boleh memberi kemudharatan pada tubuh badan manusia seperti menyebabkan penyakit lemah jantung, barah mulut, tengkuk, kerongkong, penyakit saraf dan penyakit hati.  iii) Manakala dari aspek mental pula al-Quran sendiri ada menyebut bahawa arak itu akan mendedahkan gejala yang tidak baik kepada individu, masyarakat dan negara di mana seseorang yang meminum arak pasti akan mengalami gangguan minda, hilang pertimbangan dan kesedaran diri menyebabkan ia akan melakukan sesuatu perkara buruk yang tidak pernah dilakukan ketika dia berkeadaan waras. Inilah puncanya berlaku permusuhan dan kebencian serta terjadinya penyakit sosial seperti gejala seks bebas, pembunuhan dan kemalangan jalanraya.  iv) Sesungguhnya tujuan utama Islam mengharamkan pengambilan arak adalah untuk menjaga keperibadian manusia daripada perkara-perkara yang merosakkan selain daripada kesan arak itu sendiri yang boleh melalaikan diri daripada mengingati Allah. Bahkan para fuqaha mengatakan bahawa jenayah arak ini sebenarnya samalah seperti kesalahan mencuri dan berzina di mana hukuman yang bersabit dengan arak ini adalah sebat antara 40 hingga 80 kali.  v) Larangan arak selain daripada yang disebutkan di dalam hadis di atas juga berlaku pada larangan menghadiri majlis di mana arak disediakan untuk para tetamu. Oleh itu menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk menjauhi arak daripada kehidupan mereka dan bersama membenteras gejala tidak sihat ini daripada terus menular di dalam masyarakat.
  Dari Ibnu Umar r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Setiap yang memabukkan adalah khamar (arak) dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum khamar di dunia lalu dia meninggal dunia sedangkan dia telah terbiasa dan belum bertaubat maka dia tidak dapat meminumnya di akhirat nanti. Hukum arak adalah jelas di dalam al-Qur'an, hadith dan ijma' ulama, sehingga pengharamannya itu telah menjadi sesuatu yang telah diketahui umum. Pengharaman arak itu bukan sahaja kepada orang yang meminumnya, bahkan ia meliputi kepada apa jua bentuk pertolongan yang boleh membawa kepada peminuman arak, kerana dosa menolong kepada berlakunya peminuman arak, walaupun dia tidak meminumnya, samalah juga dosanya seperti orang yang meminum arak. Oleh itu umat Islam mestilah berhati-hati dan peka serta bersikap tegas dengan perkara-perkara yang berhubungkait dengan halal haram dalam agama, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan makanan dan minuman kerana ia akan menjadi darah daging dan mempengaruhi pembentukan jiwa seseorang individu muslim itu sendiri. Berkenaan arak di syurga pula, al-Quran ada menyebutkan tentang sifat-sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa seperti adanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, yang terdiri dari air susu, arak dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Di samping itu disediakan pula segala jenis buah-buahan di mana orang-orang yang tinggal kekal di dalamnya akan diberi makanan dan minuman yang sedap dan lazat yang belum pernah dirasa atau dimakan ketika hidup di dunia.

Sabtu, 29 September 2018

   Assalamualaikum sedikit renungan bersama Insyaallah.

Dari Huzaifah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:Dajal selalu membawa air dan api. Api itu sebenarnya adalah air sejuk, sedangkan air sebenarnya adalah api. Kerana itu waspadalah kamu agar tidak celaka. Riwayat:  (muslim)

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Menjelang turunnya Dajal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai. Dari Jabir bin Abdullah pula katanya, Rasulullah s.a.w ada bersabda: Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.

Khamis, 27 September 2018

Assalamualaikum kelebihan membaca surah al-kahfi.
     
Daripada al-Barra r.a katanya : Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.
Riwayat:  al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi

Dalam surat al-Kahfi, diceritakan tentang kisah Ashaabul Kahfi, (pemuda-pemuda beriman), kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir a.s serta kisah DZulkarnain dan Ya'juj dan Ma'juj. Dalam beberapa hadith, Rasulullah SAW menggalakkan kita agar membaca dan menghafal surah ini kerana dengan membacanya dapat menghindarkan diri dari fitnah (musibah). Di dalam surah al-Kahfi ini terkandung isyarat penting mengenai Hari Akhirat, seperti mana yang dipelajari daripada kisah-kisah yang dipaparkan iaitu pengalaman Ashabul Kahfi yang tinggal dalam sebuah masyarakat yang kufur kepada Allah SWT, Nabi Musa a.s yang banyak belajar daripada Khidr dan tentang sebuah pemerintahan dalam kisah Dzulkarnain yang kesimpulannya dapat memberikan kita pengertian tentang nilai-nilai keimanan yang sebenar. Semua ini perlu direnungkan oleh seluruh umat Islam kerana apabila surat ini dibaca secara keseluruhannya akan tergambar kepada kita tentang perkaitannya dengan realiti semasa yang melalui yang tahap-tahap yang berbeza iaitu permulaan, perkembangan, dan berakhirnya dunia ini dengan kedatangan nabi Isa a.s sebelum kemunculan Hari kiamat.

Jumaat, 21 September 2018

Assalamualaikum
     
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat mengganggu ahli neraka kerana sangat busuknya.Riwayat al-Bazzar

i) Di antara sifat orang-orang mukmin yang sebenar adalah menjaga kemaluannya dari perbuatan zina kerana zina adalah termasuk dalam kategori dosa-dosa besar (al-kaba'ir) di samping menyekutukan Allah, meminum minuman keras, berjudi, mencuri dan membunuh.

ii) 'Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.' (Al-Israa': 32) Larangan zina yang digunakan di dalam al-Quran ini iaitu ''Janganlah kamu mendekati zina, bukan ''Janganlah melakukan zina'' mempunyai makna yang sangat mendalam iaitu bukan hanya perzinaan sahaja dilarang, tetapi segala-gala yang menjadi pintu ke arah itu adalah dilarang sama sekali seperti memandang aurat wanita, mendengar perkara yang boleh menaikkan nafsu seperti kelunakan suara (rayuan atau pujukan), bergaul bebas antara lelaki dan wanita, berdua-duaan dengan orang yang bukan muhrim dan sebagainya.

iii) Etika berpakaian juga harus dititikberatkan di mana pakaian seorang muslimah itu wajib memenuhi fungsi dasarnya iaitu menghindarkan seseorang dari dorongan berahi kerana jika aurat tidak ditutup dengan sempurna ia akan mengundang berlakunya kejadian rogol atau perbuatan zina yang boleh merosakkan maruah individu yang terlibat.

iv) Hari ini seakan menjadi trend, kebanyakan pakaian yang dipakai oleh golongan muda (ada juga yang telah berumur) terlalu pendek, ketat dan nipis Fenomena seperti ini patut dicegah demi kesejahteraan seluruh masyarakat.

v) Segala-saluran yang dikira boleh membawa manusia kepada perzinaan seperti rumah-rumah pelacuran, disko-disko, rumah-rumah urut dan sebagainya hendaklah dicegah ditutup keseluruhannya. Jika tidak akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini.

Rabu, 19 September 2018

     

Daripada  Abu Malik al-Harith bin Asim RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW: Bersuci itu separuh daripada iman, ucapan alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah keduanya memenuhi di antara langit dan bumi, sembahyang adalah cahaya, sedekah pula adalah bukti iman, sabar itu sebagai sinaran, al-Quran itu sebagai bukti untukmu (penolongmu jika dilaksanakan perintah-Nya) atau atasmu (membinasakanmu jika diabaikan perintah-Nya) dan setiap manusia berpagi-pagi menjual dirinya sama ada membebaskannya daripada azab atau membinasakannya (dengan maksiat). Riwayat:  Muslim

1.Hadith ini menyentuh kelebihan bersuci yang merupakan syarat sah sembahyang dan sesetengah ibadat yang lain seperti tawaf, menyentuh mashaf, dan juga kelebihan zikrullah dan kelebihan sabar.

2.Digalakkan memperbanyak sembahyang sunat di samping sembahyang fardu kerana sembahyang akan menerangi seseorang dalam kehidupan dunia dan akhirat nanti. Begitu juga sembahyang mencegah daripada perbuatan, perkataan dan niat yang keji dan mungkar.

3.Sedekah yang ikhlas membuktikan ketulenan iman seseorang.

4. Al-Quran adalah panduan utama umat Islam dan sumber hukum syarak yang pertama. Al-Quran juga sebagai rujukan di waktu berlakunya perselisihan pendapat atau perbalahan.

5.Setiap insan hendaklah mengisi hidupnya atau umurnya dengan ibadat dan taat kepada Allah dan jangan disia-siakan umurnya dengan maksiat atau perbuatan tidak berfaedah kerana kebahagiaan atau kecelakaan terletak di tangan dirinya sendiri.

6.Di dalam perjuangan kehidupan, manusia berhadapan dengan keuntungan, kerugian, kemuliaan atau kecelakaan. Ketika berhadapan dengan ujian yang sukar kita hendaklah menghadapi dengan penuh kesabaran kerana manusia telah dijanjikan bahawa Allah bersama orang yang sabar.

Ahad, 16 September 2018

Assalamualaikum sedikit renungan Insyaallah Semoga menambah ilmu kita semua..
     
Dari Aisyah r.a katanya:Ramai orang bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kerja-kerja yang dilakukan oleh tukang tenung. Jawab baginda:Mereka itu tidak benar. Mereka bertanya lagi: Kadang-kadang apa yang mereka katakan itu memang benar terjadi. Bagaimana itu?Jawab Rasulullah SAW, Ucapan yang benar (dari langit) terdengar oleh bangsa jin lalu dibisikkan ke telinga tukang-tukang tenung seperti ayam betina. Dan mereka tokok tambahkan dengan seratus pembohongan, bahkan lebih.
Riwayat:  (Muslim)

1. Tukang tenung dikenali juga dalam masyarakat hari ini dengan istilah ˜orang pintar', paranormal ataupun tukang ramal nasib yang dipercayai dapat mengetahui nasib seseorang atau perihal ghaib lainnya.
2. Sesungguhnya pengetahuan terhadap perkara ghaib adalah termasuk hal yang menjadi rahsia Allah. Sesiapa yang berkeyakinan bahawa dirinya atau orang lain boleh menguasai perkara ghaib adalah termasuk dalam perbuatan syirik kerana adanya ketergantungan kepada yang selain Allah.
3. Allah telah berfirman yang maksudnya:Katakanlah,'Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah', dan mereka tidak mengetahui bilakah mereka akan dibangkitkan. (an- Naml : 65).
4. Sebagai umat Islam kita tidak harus mempercayai atau membenarkan apa yang dikatakan oleh tukang ramal kerana sesuatu yang mereka katakan mengenai hal-hal yang ghaib itu hanya didasarkan atas perkiraan belaka, atau dengan cara mendatangkan jin-jin untuk meminta pertolongan kepada jin-jin tersebut sesuai dengan apa yang mereka inginkan.
5. Rasulullah SAW bersabda : 'Sesiapa yang mendatangi 'arraaf' (tukang ramal) kepadanya, tidak akan diterima solatnya selama empat puluh hari.(Muslim).

Jangan lupa sebarkan serta share sebanyak mungkin Semoga pahala kita semua berterusan sehingga ke akhirat Insyaallah..

Daripada Mu'awiyah al-Qusyairi katanya, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Ketahuilah orang yang hadir hendaklah menyampaikan kepada orang yang tidak hadir.
(al-Bukhari Muslim dan Ibnu Majah)

Khamis, 13 September 2018

ASSALAMUALAIKUM SEDIKIT RENUNGAN BERSAMA ABG ARIFF.

JANGAN MEMBANTU PEGUASA SERTA ORANG2 BERCAKAP DUSTA DAN MELAKUKAN KEZALIMAN.

عَنْ كَعْبِ بْنِ اَجْرَحِ قََالَ : أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : إِسْمَعُوْا ! هَلْ سَمِعْتُمْ ؟ أَنَّهُ سَتَكُوْنُ بَعْدِيْ أُمَرَاءُ , مَنْ دَخَلَ عَلَيْهِمْ فَصَدَّقَهُمْ بَكَذْبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنِّيْ وَلَسْتُ مِنْهُ وَلَيْسَ يَرِدُ عَلَى الْحَوْضِ , وَمَنْ لَمْ يَدْخُلْ عَلَيْهِمْ وَلَمْ يُصَدِّقُهُمْ بَكَذْبِهِمْ وَلَمْ يُعْنِهِمْ عَلَى ظَلَمِهِمْ فَهُوَ مِنِّيْ وَأَنَا مِنْهُ وَسَيَرِدُ عَلَى الْحَوْضِ . (رواه النسائي والترميذي ) .
Daripada Ka’ab bin Ajrah berkata ia :Bahawasa Rasulullah SAW bersabda :”Dengar kamu semua ! Apakah kamu mendengar bahawasanya akan ada selepasku para u,mara’ , maka barang siapa masuk kepada mereka lalu membenarkan kebohongan mereka .dan membantu atas kezaliman mereka , maka dia bukanlah dari golonganku dan aku bukanlah dari golongannya dan ia tidak akan sampai kepadaku di kolam .Dan barangsiapa yang tidak masuk kepada mereka , tidak menolong mereka atas kezaliman mereka dan tidak membenarkan kebohongan mereka maka dia adalah dari golonganku dan aku dari golongannya , dan ia akan datang kepadaku di kolam (al-Haudh) .(Hadis riwayat :An Nasa’i dan at –Tirmizi ).

Keterangan mengenai Perawi Hadis

Hadis ini diriwayatkan oleh An Nasa’i dan Tirmizi daripada Ka’ab bin Ajrah seorang sahabat Rasulullah SAW ,Perawi hadis ini :
(i)An Nasa’i :Ialah Abu Abdul Rahman Ahmad bin Syuib bin Ali An-Nasa’i dilahir pada tahun 215Hijrah di Kharasan , beliau seorang ahli hadis yang utama yang pernah mengembara dari kampungnya ke merata –rata negara Islam dan akhirnya menetap di Mesir .Sebuah karangan beliau yang terkenal dengan “Assunan” yang dianggap sebagai kitab yang utama dalam lingkungan kitab2 hadis .Beliau wafat di Mekah pada 303Hijrah dalam usia 88 Tahun .
(ii)Tirmizi :Ialah Abu Isa Muhammad bin Isa As salami at –Tirmizi (Orang Tirmiz), lahir pada tahun 209Hijrah di Tirmiz .Beliau seorang Imam Ilmu Hadis setelah lama mempelajarinya di Kharasan , Iraq dan Hijaz .Karangan beliau yang terkenal ialah “Jamek At –Tirmizi “ beliau pernah berkata “Bahawa setelah Aku karangkan kitab ini, Aku perlihatkan kepada ulamak2 Hijaz , Iraq dan Kharasan “ .Mereka semua berkata barangsiapa ada menyimpan kitbanya ini, seolah2 di rumahnya ada Nabi yang sedang berkata – kata.Beliau wafat pada tahu 279Hijrah di Tirmiz dalam usia 70 tahun .

Nilai Hadis

Hadis ini adalah hadis yang menerangkan tentang perkara yang akan berlaku selepas kewafatan Rasulullah Saw , yang mana umat Islam akan diperintah oleh pegawai – pegawai (pemimpin) yang bercakap dusta dan melakukan kezaliman terhadap rakyat , ada di kalangan rakyat yang membenarkan kedustaan mereka dan menyokong di atas kezaliman mereka , Rasulullah menegaskan penyokong – penyokong pemimpin- pemimpin yang besikap demikian , Baginda tidak mengaku umatnya dan tidak dapat minum di telaganya (telaga kauthar ) . Sebaliknya mereka yang tidak menyokog di atas kedustaan dan kezaliman mereka , mereka akan diakui Rasulullah SAW sebagai umatnya dan dapat minum di telaganya (al kauthar ) .

Keterangan Hadis secara terperinci

Dalam hadis ini Rasulullah SAW menerangkan bahawa selepas kewafatannya terdapat pegawai –pegawai yang memerintah rakyat dengan bercakap dusta dan melakukan kezaliman :
Keterangan : Keburukan melakukan pendustaan .

Pendustaan ialah menyatakan sesuatu yang tidak sesuai dengan kenyataan sebenarnya .Perbuatan dusta ini merupakan salah satu dosa yang akan menjadi sebab menuju ke neraka .Seperti firman Allah SWT yang bermaksud:
Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat Kami (Al-Quran), merekalah ahli neraka. (Al-Maaidaah ;10)

Ancaman terhadap orang – orang melakukan pendustaan atas nama Allah dan Rasul telah banyak diterangkan di dalam hadis –hadis Rasulullah , antara lain :
Rasulullah SAW bersabda :”Barang siapa yang berdusta atas namaku maka dibangunkan baginya rumah di neraka Jahannam .”
Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda :”Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja hendaklah ia mempersiapkan tempat duduknya di dalam neraka “ .(Hadis riwayat Muslim ) .

Dengan berdasarkan ayat Al-Quran dan Hadis bahawa melakukan dusta adalah amat salah dan besar dosanya , dosa itu akan diberikan kepada pendusta itu sendiri dan juga orang membenarkan kedustaan mereka yang melakukan pendustaan .
Keterangan : Keburukan melakukan kezaliman

Zalim ialah menempatkan sesuatu bukan pada tempatnya .Zalim merupakan perbuatan terlarang dan termasuk dosa besar bahkan akan mendapat seksaan yang pedih di akhirat kelak Firman Allah SWT yang bermaksud :

42. dan janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; Sesungguhnya ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).
43. (dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).
44. dan berilah amaran (Wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah Kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada Kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya Kami menyahut seruanmu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya Kami menurut agama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?
45. "Padahal kamu telah mendiami tempat-tempat tinggal orang-orang yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri, serta telah ternyata kepada kamu dengan bukti-bukti yang jelas bagaimana Kami telah mengubah keadaan mereka (dengan menimpakan mereka berbagai bencana), dan Kami pula telah nyatakan kepada kamu berbagai contoh perbandingan (di dalam Al-Quran dan melalui sabda Rasul)". (Ibrahim : 42 – 45 ) .

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :”Barang siapa berbuat zalim sejengkal tanah nescaya (esok di hari kiamat ) akan dikalungkan (dilehernya) menjadi tujuh kali ganda “.
( Hadis riwayat : Al-Bukhari dan Muslim ).

Balasan Kepada mereka yang penyokong , di atas pendustaan dan kezaliman :

(i) Nabi tidak mengaku umatnya

Nabi tidak akan mengaku umatnya , maka segala keistimewaan yang kan di dapati oleh umat nabi Muhamamd tida mereka dapat , seperti syufaat darinya dan juga :

(ii) Tidak mendapat minum di telaganya .

Telaga nabi iatu telaga kauthar adalah telaga yang amat istimewa yang Allah anugerhakan kepada nabi Muhammad SAW , tidak diberikan kepada nabi- nabi yang lain , maka bagi penyokong yang menyokong pemimpin yang bercakap dusta dan menyokong di atas kezaliman mereka , maka mereka tidak dapat minum di telaga yang istimewa itu .

Balasan meraka yang tidak meyokong di atas pendustaan dan kezaliman :

(i) Nabi mengaku sebagai umatnya

Nabi Muhamad sangat kasih kepada umatnya , ini dibayangkannya di waktu baginda hampir wafat , oleh kerana tidak menyokong di atas pemimpin yang melakukan pendustaan dan kezaliman , maka mereka akan di akui oleh baginda sebagai umatnya dan berhak mendapat beberapa keistemwaan yang Allah kurniakan keopada umat Nabi Muhmmad , seperti mendapat syufaat nabi masuk syurga tanpa hisab dan lain – lain keistimewaan , termasuklah :
(ii) Dapat minum air di telaganya .
.
Di antara keistimewaan umat Nabi Muhammad SAW ialah dapat minum ditelaganya , yang mana sesiapa yang meminum airnya akan puas , tidak mengalami dahaga , yang mana pada masa sangat panas , semua manusia di dalam dahaga ,telaga ini adalah pemebrian Allah SWT kepada nabi Muhamad seperti di dalam firman Nya yang bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (Wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di Akhirat). (Al-Kauthar :1)
Yang dimaksudkan pemberian yang banyak itu termasuklah telaga (sungai) kauthar yang merupakan sebuah telaga di dalam syurga , sabda Rasullah SAW yang bermaksud ”Al-Kauthar adalah sebatang sungai (sebuah telaga) di dalam syurga , kedua-dua tebingnya diperbuat daripada emas . Laluan airnya di atas batu permata , tanahnya lebih harum daripada kasturi, airnya lebih manis daripada madu dan lebih putih daripada salji .(Hadis riwayat :at-Tirmizi )
Pengajaran Hadis .

1.Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW terdapat pegawai (pemimpin) yang bercakap dusta dan melakukan kezaliman , Baginda melarang umat Islam menyokong pegawai (pemimpin) yang bersikap demikian , penyokong – penyokong kepada pegawai (pemimpin) yang berakhlak demikian tidak di akui Baginda umatnya dan tidak dapat minum di telaganya .

2.Sesiapa yang tidak menyokong kepada pegawai yang bercakap dusta dan melakukan kezaliman terhadap rakyat , maka Nabi Muhammad SAW mengaku ia sebagai umatnya dan akan dapat menikmati minum air di telaganya .

Sabtu, 8 September 2018

Assalamualaikum buat tatapan serta renungan bersama apakah negara kita sudah megalami apa yg disebut dlm hadis Rasulullah  saw..
Sama2 kita renungkan.

Drpd Ummul Mu'minin,Zainab binti Jahsy(isteri Rasulullah saw.),beliau berkata,
(Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dgn keadaan cemas
sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan
(malapetaka) yg sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari
dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini"dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari
yang sebelahnya (jari telunjuk) yg dgn itu mengisyaratkan seperti bulatan.
Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya:Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan
dikalangan kami masih ada orang2 yg soleh?Lalu Nabi saw. bersabda:Ya,
jikalau kejahatan sudah terlalu banyak.(Riwayat Bukhari & Muslim)

Hadis di atas menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau
banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasikan, maka kebinasaan akan menimpa semua
orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-
orang yang soleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat
akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.

Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan
segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang
bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan
tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.

Dalam hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang
dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa
Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang
menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari
kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalam
masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya. Umat Islam adalah banyak bergantung
kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam
adalah bahasa Arab.

Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.)
yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah
dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan
campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah
hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan
keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan
dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah
dekat sekali tibanya.
Assalamualaikum buat tatapan serta renungan bersama apakah negara kita sudah megalami apa yg disebut dlm hadis Rasulullah  saw..
Sama2 kita renungkan.

Drpd Ummul Mu'minin,Zainab binti Jahsy(isteri Rasulullah saw.),beliau berkata,
(Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dgn keadaan cemas
sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan
(malapetaka) yg sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari
dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini"dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari
yang sebelahnya (jari telunjuk) yg dgn itu mengisyaratkan seperti bulatan.
Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya:Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan
dikalangan kami masih ada orang2 yg soleh?Lalu Nabi saw. bersabda:Ya,
jikalau kejahatan sudah terlalu banyak.(Riwayat Bukhari & Muslim)

Hadis di atas menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau
banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasikan, maka kebinasaan akan menimpa semua
orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-
orang yang soleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat
akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.

Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan
segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang
bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan
tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.

Dalam hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang
dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa
Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang
menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari
kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalam
masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya. Umat Islam adalah banyak bergantung
kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam
adalah bahasa Arab.

Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.)
yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah
dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan
campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah
hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan
keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan
dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah
dekat sekali tibanya.

Sabtu, 25 Ogos 2018

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

Sekadara peringatan  renungan untuk diri sendiri   hukuman meninggalkan solat 5 waktu dengan sengaja. Dan Juga peringatan untuk kita bersama beratnya balasan Allah Subahanallah ta'ala bagi yang meninggalkan solat. Semoga kita mendapat keberkatan dan hidayahnya. Semoga solat 5 waktu kita cukup. Insyaallah Aminn.

Dosa Meninggalkan Solat 5 Waktu

1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.  dengan ibunya pada kaum lelaki dengan bapanya pada kaum perempuan.
5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.


6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :

1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.


3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :

1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur : 1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.


3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :

1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.


Hadith Mengenai Dosa Meninggalkan Solat 5 Waktu


Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu: “Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)
Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Perjanjian di antara kita orang Islam dan orang kafir ialah solat dan sesiapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir. (HR al-Tirmidzi)

Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sesungguhnya yang membezakan antara seseorang dengan kesyirikkan dan kekufuran adalah dengan meninggalkan solat". (HR Muslim)
Diterangkan oleh An-Nawawi bahawasanya orang yang meninggalkan solat dengan menolak atau mengingkari kewajipan solat, dipandang telah menjadi kafir, telah terkeluar dari Islam. (ijma' ulamak Islam).


Jika dia meninggalkan solat kerana malas atau lalai tetapi masih mengi'tikadkan kewajiban solat itu atas dirinya, maka Imam Malik dan Asy Syafi'i menetapkan bahawa orang itu tidak kafir, hanya dipandang fasik (melakukan dosa besar) dan disuruh bertaubat. Jika dia tidak mahu bertaubat, nescaya dibunuh, selaku suatu hukuman yang mesti dijalankan.

Beberapa hadits daripada Rasulullah S.a.w mengkafirkan orang yang meninggalkan solat;


Sabda Nabi S.a.w;  "Janji yang berlaku antara kita dengan mereka ialah solat. Sesiapa yang meninggalkannya maka kafirlah dia."  [Hadits Riwayat At-Tirmidzi]


Sabda Nabi S.a.w; " Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka kufurlah dia secara nyata." [Hadits Riwayat At-Thabrani]


Pada hadits yang lain, "Sesiapa yang meninggalkan solat maka terlepaslah daripadanya janji Allah dan janji RasulNya S.a.w."


Sabda Nabi S.a.w; "Sesiapa yang memelihara sembahyang dikurniakan baginya cahaya, petunjuk dan kelepasan pada Hari Kiamat. Sesiapa yang tidak memeliharanya, tiada baginya cahaya, petunjuk dan kelepasan. Dan pada Hari Kiamat dia akan bersama Firaun, Qarun, Haman dan Ubay anak Khalaf."  [Hadits Riwayat At-Thabrani dan Ibnu Hibban]


Maka sesungguhnya orang yang meninggalkan solat telah dinaskan pada beberapa hadits Rasulullah S.a.w sebagai kufur.


Demikian juga ada beberapa orang sahabat dan Salafus-soleh yang berkata; "Aku tidak terdengar mana-mana sahabat yang berkata jika meninggalkan sesuatu amalan menjadi kafir melainkan sembahyang. "


Kita hendaklah takut perkara ini dan takut meninggalkan solat atau meninggalkan sesuatu yang berkaitan dengan solat. Jika kita tidak melakukan sebagaimana yang disuruh itu maka kita adalah sebahagian daripada orang-orang yang binasa dan menanggung kerugian di dunia dan di akhirat. Orang yang demikian adalah orang yang berada dalam kerugian yang amat nyata.


[Petikan dari kitab Munyatul Musolli]

Jumaat, 24 Ogos 2018

Riwayat al-Bukhari
      
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. Berwasiatlah kepadaku, Lalu Nabi s.a.w menjawab: Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab:Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.
1. Umat Islam dituntut supaya meminta nasihat daripada orang yang alim untuk membentuk peribadinya. 
2. Islam menghendaki seseorang itu berusaha memperbaiki dirinya dari semasa ke semasa agar iman dan ketaqwaannya kepada Allah S.W.T semakin meningkat. 
3. Hakikat marah menurut Islam ialah marah yang terpuji dan marah yang tercela. Kemarahan yang ditujukan untuk mempertahankan diri, agama, kehormatan, hak atau untuk menolong orang yang dizalimi adalah marah yang dituntut. Sebaliknya yang selain daripada itu adalah marah yang datang daripada sifat-sifat syaitan yang dikeji oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya. 
4. Sesuatu persoalan atau wasiat yang memerlukan jawapan daripada seseorang, janganlah diminta secara mendesak atau menunjukkan kemarahan, tetapi hendaklah menggunakan tutur kata yang baik, bersopan dan sabar.

Khamis, 23 Ogos 2018

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)

“Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)

Solat Jumaat

 Dari Abu al-Ja`d ad-Dhamiri, r.a, bahawa rasul s.a.w bersabda: “sesiapa yang meninggalkan (solat Jumaat) sebanyak 3 jumaat dengan keadaan sengaja meringan-ringan dan mencuaikannya, nescaya Allah meterikan atas hatinya”. (HR Abu Daud)


Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:”Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah (mandi dengan membersih seluruh tubuh badan), kemudian dia pergi ke Jumaat (solat Jumaat) (sebagai orang yang pertama sampai) maka sama halnya seperti orang yang berkorban seekor unta; dan sesiapa yang datang sebagai orang kedua, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor lembu betina; sesiapa yang datang sebagai orang ketiga, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor biri-biri bertanduk; sesiapa yang datang sebagai orang keempat, sama halnya dengan seorang yang berkorban seekor ayam; dan sesiapa yang datang sebagai orang kelima; sama halnya dengan orang yang berkorban dengan sebutir telur. Apabila imam telah menaiki mimbar maka para malaikat yang hadir juga ikut mendengar khutbah.” (HR Bukhari)


Nabi s.a.w bersabda: "Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid - Malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang demi seorang; kemudian apabila imam duduk di atas mimbar, Malaikat-malaikat itu melipat lembaran-lembaran surat yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah."( Abu Hurairah r.a)


Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:”Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” (HR Muslim)


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu solat Jumaat, maka kerjakanlah sesudah itu solat (sunat) empat rakaat.” (HR Muslim)


Pengajaran Hadis:


1. Solat Jumaat adalah hari raya mingguan bagi umat islam dan menggantikan solat zohor bagi muslimin


2. Orang yang sengaja meninggalkannya perlulah bertaubat kepada Allah agar rahmat dan hidayahNya berterusan kepada diri dan keluarga


3. Syarat wajib jumaat ialah Islam, merdeka, baligh, berakal, sihat(tiada uzur) dan tinggal menetap(bermukim) ditempatnya.


4. Allah menetapkan kelebihan tertentu pada tempat dan masa. Contohnya Allah melimpahkan berkat-Nya terhadap Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah daripada segala tempat lain di dunia ini. Begitu juga dengan kelebihan masa iaitu Allah SWT telah melebihkan Ramadhan daripada segala bulan yang lain dan Allah juga melebihkan hari Jumaat daripada segala hari yang lain dalam seminggu.


5. Hari Jumaat juga dinamakan ‘Yaumul-mazid’ iaitu hari pemberian tambahan kerana pada hari berkenaan, Allah mengurniakan rahmat yang banyak kepada hambanya. Segala permohonan seseorang hamba itu akan dikabulkan sekiranya permohonan itu menepati waktu yang dinamakan ‘waktu mustajab’.


6. Hari Jumaat Allah juga mensyariatkan agar dikerjakan solat khusus pada hari tersebut iaitu yang dinamakan solat Jumaat di mana bagi setiap orang yang pergi menunaikan solat tersebut disediakan ganjaran yang amat besar yang tidak ada pada hari-hari yang lain.


7. Tetapi malang sekali ada juga antara kita yang berasakan hari Jumaat adalah sama seperti hari-hari lain. Ini menyebabkan mereka mengisi hari tersebut dengan hati yang kosong, tanpa doa dan harapan kepada pencipta-Nya. Lebih malang lagi, ada pula yang sanggup meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja, tanpa rasa berdosa kepada Allah SWT. Golongan ini bukan sahaja lupa pada kewajipan mereka terhadap Allah, malah mereka lupa pada azab Allah yang bakal menimpa. Jauh sekali ingin meraih seribu satu keuntungan daripada kemuliaan hari tersebut.


8. Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain.


9. Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar'i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.


10. Solat Jumaat difardhukan kepada kaum lelaki dan tidak difardhu solat Jumaat kepada kaum wanita.

Isnin, 20 Ogos 2018

Assalamualaikum sedikit renungan tentang puasa
hari Arafah..
     
Diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a bahawa Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: 'Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.
Riwayat:  (Muslim)

10 Zulhijjah bakal menggamit lagi menandakan ketibaan Eidil Adha bersama dengan laungan tahmid memuji Allah di atas segala nikmat kurniaannya termasuk nikmat berhari raya. Kemeriahan Eidil Adha akan lebih terasa apabila umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji di Mekah sama-sama menunaikan puasa sunat hari Arafah. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang. Ini bermakna Islam sentiasa mengawal setiap tindak tanduk umatnya di mana setiap amalan yang dikerjakan dan bertepatan dengan kehendak syarak akan diganjari pahala termasuklah juga perkara makan dan minum.