Assalamualaikum ramai sahabat2 yg bertanya tentang hadis yang Abg Ariff post kemarin apa pula tanggungjawab suami pada isteri.
Firman Allah
Lelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa2 yg Allah telah lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yg lain, dan lantaran lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka. Perempuan2 yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga diri di belakang suami akan apa2 yang disuruh Allah menjaganya.
(An-Nisak:34)
Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya.
Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan orang2 dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak2nya. Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar, oleh itu si suami hendaklah bersedia untuk memimpin sebuah kerajaan yang dibinanya.
suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.
Firman Allah
Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik.
(Al-Baqarah:233)
Tanggungjawab suami (Hak Isteri)
1.Memberi nafkah zahir dan batin
2.Membayar mas kahwin kepada isteri
3.Memberi layanan yang baik
4.Menjaga maruah isteri
5.Memberi didikan agama
6.Memberi bimbingan dan tunjuk ajar
7.Menjaga dari sebarang ancaman
8.Adil terhadap semua isteri
Tanggungjawab isteri terhadap suami (Hak Suami)
1.Taat dan hormat kepada suami
2.Menjaga maruah suami
3.Memberi layanan yang baik
4.Memuaskan hati suami dan menyenangkan pada bila-bila masa
5.Menjaga dan membelanjakan harta suami dengan sebaiknya
6.Tidak keluar rumah tanpa izin
7.Tidak mendedahkan kelemahan suami
Tanggungjawab bersama
1.Mengekalkan kerukunan rumahtangga
2.Memelihara dan menjaga anak-anak
3.Memberi pendidikan yang sempurna
4.Memberikan layanan yang saksama kepada keluarga kedua-dua belah pihak
5.Menyediakan rawatan dan perubatan
6.Menjamin keselamatan
Insya Allah semuga kita semua mendapat keredaan Allah serta menjaga hukum2 Allah.
Yang terakhirnya semoga kita semua menjaga serta bertanggungjawab mengikuti perkara-perkara yang disuruh oleh allah serta bertanggungjawab di atas keluarga kita insyaallah kita akan selamat di dunia mahupun di akhirat amin.. amin.
Ahad, 22 Januari 2017
Assalamualaikum sedikit renungan bersama.Insya Allah semuga kita semua tergolong dlm golongan org2 beriman serta bersama rahmat Allah.
Salah satu tujuan pernikahan adalah untuk menciptakan ketenangan, kasih sayang dan cinta diantara pasangan suami istri. Lebih2 lagi bila mendapatkan pasangan yang soleh serta beriman yg sentiasa memberi ilmu serta tujuk ajar sehingga mampu membimbing menuju jalan Allah SWT. Dengan demikian bukan hanya kebahagiaan dunia yang akan diraih namun juga kebahagiaan akhirat.
Kebanyakan wanita mungkin tidak menyadari bahwa ada beberapa tindakan mereka terhadap suami yang dapat menjurumuskannya ke neraka. Namun, ada juga yang memang sengaja berbuat durhaka kepada suami sebagai bentuk kekecewaannya terhadap pasangan.
Seorang isteri sudah semestinya mempunyai tanggungjawab dan tugas yang berat terhadap suami. Tanggungjawab ini sudah semestinya satu tugas yang serius dan tidak boleh diabaikan. Isteri yang mengabaikannya dikhuatiri mendapat laknat dan termasuk dalam kategori isteri derhaka.
1. Balasan wanita yang tidak mensyukuri kebaikan suami
Rasulullah saw bersabda : ” Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka terdiri daripada wanita.” Mengapa demian ya Rasullulah ?
Rasulullah menjawab, “Wanita mengingkari suaminya dan menolak ihsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyakpun, dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”
(Riwayat Imam Bukhari)
2. Balasan wanita yang suka menyakiti hati suami
Rasulullah saw bersabda : “Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang tengkuknya.”
3. Balasan wanita yang bermasam muka terhadap suami
Rasulullah saw bersabda : ” Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung hati suami, maka wanita itu dimurkai Allah swt sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.” (al-hadis)
4. Balasan wanita yang lari dari rumah
Rasulullah saw bersabda : “Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangannya kepada suaminya(meminta maaf)(Riwayat Hassan)
5. Balasan wanita yang berhias bukan untuk suami
Rasulullah saw bersabda : “Perempuan yang mengenakan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami)adalah seumpama gelap-gelita pada hari kiamat, tiada nur baginya”.
6. Balasan wanita yang meminta cerai daripada suaminya
Rasulullah saw bersabda : “Mana-mana wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak maka haramlah baginya bau syurga”. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
7. Balasan wanita yang keluar rumah tanpa izin suami
Telah datang seorang wanita kepada Rasulullah saw lalu bertanya, ‘Apakah hak suami ke atas isteri?’ Jawab baginda, ” Tunaikanlah hajat suami sekalipun engkau berada di belakang unta. Jangan berpuasa sunat melainkan seizin suami. Keluar dari rumah juga memerlukan izinnya. Jika keluar juga akan dilaknat malaikat rahmat dan malaikat azab sehinggalah dia kembali ke rumahnya”.
Semoga kita dapat memberi manfaat dan kesedaran kepada kita semua, khususnya kepada kaum hawa yang bergelar Isteri.

Ahad, 8 Januari 2017
Assalamualaikum sedikit renungan bersama Abg Ariff serta semua sahabat2 yg dirahmati Allah.Apabila kita menilai tentang diri sesaorang...yg kita nilai adalah hatinya samada baik atau buruk. Sebenarnya apa yg dicetuskan dalam tindakan berasal dari hati....kita tidak dapat berpura2 kerana semua yg ada di hati akan dizahirkan bila tiba masa dan ketika yg sesuai.
Begitulah juga penilaian Allah terhadap kita....Allah tidak memandang pada rupa fizikal diri tapi Allah memandang apa yg ada dalam hati kita!
Hati sebagaimana juga manusia...boleh jadi sakit, hidup sejahtera ataupun mungkin mati.
Menurut Syeikh Ibrahim Adham,
Diantara sebab atau tanda2 hati mati ialah :
1)Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak2nya.
2) Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3)Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum2 di dalamnya.
4)Memakan nikmat2 Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberiannya.
5)Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6)Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7)Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8)Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9)Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10)Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran serta menambah keimanan tiada persediaan utknya.
Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.
Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.
Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah ( berzikir ).
Firman Allah:
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ (٢٨)
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
...dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu."
Hati merupakan tempat yang lembut, rahmat, kasih sayang dan lain-lain. Apabila kita mengisi hati kita dengan banyak zikrullah, nescaya ia memenuhi rahmat dan kasih sayang.
Hati merupakan anggota yang menentukan segala permasalahan hidup. Jika ia dimakmurkan dengan keyakinan dan iman, sudah tentu segala anggota akan mengikut dengan penuh keimanan. Untuk kita melihat betapa kuat, kuasa dan luasnya hati dengan keimanan, Allah Taala menjelaskannya dalam Surah az-Zumar ayat 23 yang bermaksud:
ٱللَّهُ نَزَّلَ أَحۡسَنَ ٱلۡحَدِيثِ كِتَـٰبً۬ا مُّتَشَـٰبِهً۬ا مَّثَانِىَ تَقۡشَعِرُّ مِنۡهُ جُلُودُ ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّہُمۡ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمۡ وَقُلُوبُهُمۡ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَہۡدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُۚ وَمَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُ ۥ مِنۡ هَادٍ (٢٣)
"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya."
Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjukkan siapa yang yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat segumpal darah, apabila elok nescaya eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itulah hati."
Kalaulah begitu, hati merupakan tempat cahaya keyakinan dan keimanan. Sebagaimana iman boleh bertapak dalam hati, begitu juga kekerasan dan kekufuran juga boleh bertapak dalam hati. Hati yang lupa untuk berzikrullah akan menjadi keras, kenapa? Ini kerana ia beriktikad bahawa tiada di sana kecuali kehidupan dunia sahaja dan maddi(kebendaan).
Justeru, ia cuba mendapatkannya semampu mungkin dan dengan apa cara sekalipun sehingga melangkaui hak-hak dengan melakukan kezaliman, kerosakan dan mengambil hak mereka yang daif. Inilah puncanya.

Khamis, 5 Januari 2017
Assalamualaikum sedikit renungan bersama Abg Ariff serta sahabat2 yg dirahmati Allah.
Daripada Anas RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat. Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.” Orang beriman akan diuji menurut tahap keimanan dan kedudukan mereka di sisi Allah.
(Riwayat: at-Tirmizi)
Al-Furqān:20 - Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).
Bersabar menghadapi bala atau penyakit akan menghapuskan dosa.
Di antara tanda-tanda seseorang itu disayangi Allah ialah bala ujian yang ditimpakan ke atasnya.
Oleh itu kita wajib bersabar atas kesusahan yang menimpa kita agar tidak ditimpa bala dua kali, yang keduanya ialah kerugian luput pahala.
Seseorang yang sabar menghadapi kesusahan hidup adalah sebagai tanda bahawa dia dikasihi Allah. Orang yang tidak dikasihi Allah dilambatkan balasannya iaitu sampai ke hari kiamat.
Seseorang yang bersabar menghadapi kesusahan akan diberi ganjaran yang setimpal dengan kesusahan yang dihadapi itu.
Seseorang yang ingin menjadi hamba yang dikasihi Allah dia hendaklah bersedia menerima ujian yang diturunkan Allah kepadanya, sebaliknya seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah dia akan dibenci Allah.

Langgan:
Ulasan (Atom)