Khamis, 3 Mac 2016

Assalamualaikum sedikit renungan bersama Abg Ariff serta semua sahabat2 yang dirahmati Allah subhanallah taala.    
Dari Jabir r.a bahawa Nabi SAW bersabda Sesiapa yang mati pada masa ia taatkan Allah, beramal soleh, maka ia dibangkitkan oleh Allah hidup kembali dalam keadaan yang menyukakan; dan sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah, berbuat jahat, maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakan.


Sudah seharusnya setiap Muslim hendaklah berusaha memanfaatkan usianya dengan melakukan perkara2 yang tidak bertentangan dengan kehendak agama serta menjauhi perkara maksiat dan dosa kerana ajal merupakan sesuatu yang tidak pasti bilakah saatnya ia mendatangai seseorang dan ajal juga tidak mengira batas usia seseorang, muda ataupun tua. Setiap manusia akan menghadapinya. Di saat itulah segala perkara akan berakhir dan setiap amalan akan dinilai. Bahkan keadaan seseorang semasa saat kematiannya memberi gambaran tentang kedudukannya di akhirat kelak sama ada baik atau pun buruk. Oleh itu supaya kita tidak mati melainkan dalam keadaan beriman hendaklah kita sentiasa mengawasi setiap tindakan yang dilakukan agar ia tidak menyimpang daripada hukum Allah SWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan