Assalamualaikum semuga semua sahabat2 bersama keredoan Allah insya Allah sedikit renungan bersama Abg Ariff tentang JUMAAT.
Hari Jumaat adalah hari2 besar di sisi Allah dan dikhususkan bagi umatnya. Ini jelas daripada Firman Allah : Apabila diseru untuk bersembahyang pada hari Jumaat maka segeralah kamu mengingati Allah serta tinggalkan jual beli. Inilah yang lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui. (Jumaah ayat 9)
Dalam ayat itu, Allah melarang manusia bekerja dan berusaha untuk kepentingan dunia sebaik ia mendengar seruan azan solat Jumaat. Larangan ini menggambarkan bahawa menunaikan fardu Jumaat penting dan wajib dikerjakan.
Dalam hadis lain Rasulullah mengatakan hari Jumaat adalah hari yang besar disisi Allah. Ia lebih besar daripada Aidilfitri dan Aidiladha.
Pada hari Jumaat kita disunatkan pergi ke masjid awal,sekurang2nya sebelum tergelincir mata hari mlm jumaat. Ini kerana pada setiap hari Jumaat, Allah mengutus malaikat berdiri di pintu masjid untuk mencatat nama mereka yang masuk. Apabila khatib naik ke mimbar, berhentilah mereka mencatatnya.
Dalam perjalanan ke masjid kita hendaklah dalam keadaan khusyuk dan merendahkan diri. Apabila berada dalam masjid, janganlah melangkah kepala orang untuk kesaf hadapan atau berjalan di sisi mereka. Jika hendak duduk di saf hadapan, kita hendaklah datang awal kerana Rasulullah sangat melarang melangkah kepala orang. Apabila masuk masjid, hendaklah kita solat dua rakaat tahayattul masjid walaupun pada masa itu khatib sedang berkhutbah.
Sebaik2nya hendaklah ia solat di tiang yang terdekat dengannya supaya orang ramai tidak lalu di hadapannya ketika ia sedang solat. .Ketika imam berkhutbah, kita hendaklah mendengar nasihat dan tunjuk ajar yang disampaikan. Anggaplah nasihat itu untuk diri kita dan berazamlah untuk melaksanakan segala nasihat tersebut.
Jangan sekali2 berkata2 atau bercakap dengan teman ketika imam berkhutbah. Larangan ini jelas daripada sabda Rasulullah:"Sesiapa yang berkata kepada temannya sedangkan imam masih berkhutbah: Dengarlah! Maka dia telah lalai, dan barang siapa yang lalai pada waktu imam sedang berkhutbah maka tiada Jumaat baginya. ( Riwayat Ibn Majah)
Khamis, 31 Mac 2016
Ahad, 20 Mac 2016
Tips Cara Mendapatkan WhatsApp - Aplikasi chat WhatsApp, siapa yang tidak menggunakannya saat ini, hampir sebahagian pengguna telefon pintar pada masa ini menggunakan WhatsApp, data Januari 2015 mencatatkan bahawa pengguna WhatsApp mencapai angka 700 bilion pengguna. Wow !!
Sebegitu ramainya pengguna WhatsApp, kita berkongsi video, kenalan, mesej yang penting dan bahkan butiran sensitif seperti akaun bank di WhatsApp. WhatsApp mempunyai data peribadi yang sangat banyak. Anda sebagai pengguna WhatsApp perlu mengetahui beberapa tips untuk mendapatkan berbual peribadi anda. Berikut adalah beberapa tips untuk mengamankan perbualan WhatsApp anda.
1. Mengunci WhatsApp
Whatapps memang tidak memberikan ciri-ciri khusus untuk mengunci, tapi anda boleh menggunakan aplikasi pihak ketiga yang menawarkan fungsi kunci WhatsApp. Jika anda kehilangan telefon bimbit atau rakan anda meminjam telefon bimbit, perbualan peribadi anda boleh dilindungi. Aplikasi seperti Messanger & Chat Lock, Lock for WhatsApp dan Secure Chat adalah beberapa pilihan yang boleh anda gunakan.
2. Sembunyikan Foto WhatsApp di Gallery.
WhatsApp bisanya akan membuat folder tersendiri untuk menampung video dan foto yang dihantar oleh rakan anda. WhatsApp akan membuat folder "WhatsApp Videos" dan "WhatsApp Photos" di gallery. Untuk menghalang folder tersebut agar tidak muncul di gallery cukup mudah.
di iPhone, Masuk menu Ke Tetapan -> Privasi -> Foto -> Buang tanda WhatsApp .
Pada Android, buka aplikasi File Manager yang anda miliki (anda boleh cari dan install di PlayStore)> masuk ke folder WhatsApp -> Media -> WhatsApps Image .
Lalu buat satu fail dengan nama ' .nomedia ' di dalam folder tersebut (tanda tanda kutip ).
Lalu buat satu fail dengan nama ' .nomedia ' di dalam folder tersebut (tanda tanda kutip ).
Dengan cara-cara tersebut maka gambar dan video yang ada di WhatsApp anda tidak akan muncul di Gallery.
3. Matikan Maklumat Last Seen
Di Whatsapp kita boleh mengetahui kapan seseorang terakhir kali online atau membuka aplikasi WhatsApp dengan cara melihat pada maklumat Last seen. Dengan status yang tertulis di situ sebenarnya kita boleh mengetahui sama ada seseorang sedang online atau offline. Nah untuk anda yang tidak ingin orang lain mengetahui sama ada anda online atau tidak, atau tidak ingin orang lain tau kapan terakhir kali anda dalam talian maka anda boleh mematikan atau menghilangkan maklumat Last Seen tersebut, caranya.
Buka WhatsApps -> Akaun -> Privasi -> Kemunculan Terakhir -> " Tiada siapa ".
keterangan:
- Nobody: Semua orang tidak boleh melihat.
- My Contacts: Hanya yang berdaftar di kenalan kita sahaja yang boleh melihat
- Nobody: Semua orang tidak boleh melihat
4. Sembunyikan Photo Profile
Selain kita boleh menetapkan siapa yang boleh atau tidak boleh melihat Last Seen, kita juga boleh menyekat orang lain untuk tidak melihat gambar profile kita, atau kita boleh juga menetapkan hanya yang ada pada kenalan kita yang boleh melihat Gambar Profil, yang belum ada di kenalan tidak boleh melihat. Untuk itu kita boleh tetapkan di:WhatsApp -> Account -> Privacy -> Profile Photo -> " Nobody "
5. Sembunyikan Status
Selain Maklumat Last Seen dan Gambar Profil, kita juga boleh mematikan status agar semua orang boleh lihat, atau hanya orang yang berdaftar di kenalan yang boleh lihat atau semua orang tidak boleh melihat. Boleh diatur di: WhatsApps -> Account -> Privacy -> Status -> " Nobody "
6. Hati-Hati Penipuan Melalui WhatsApp
Sering kali terjadi penipuan melalui WhatsApps, oleh kerana itu selalu hadkan orang yang anda benarkan untuk mengetahui nombor tel anda, jangan berikan kepada sembarangan orang.
Selain itu perlu anda ketahui agar tidak berlaku penipuan yang mengatas namakan pegawai atau pekerja WhatsApps, bahawa WhatsApp tidak pernah setakat ini menghantar mesej kepada anda melalui chat , video, audio. Jadi jika anda menerima dari orang yang mengaku pegawai / pekerja WhatsApp maka dan boleh abaikan saja mesej tersebut.
7. Non-Aktifkan Akaun WhatsApp
WhatsApp menawarkan pelbagai langkah keselamatan untuk memberikan kawalan lebih besar kepada akaun anda jika peranti / telefon bimbit anda tersebut dicuri. Satu akaun WhatsApp boleh digunakan hanya pada satu peranti sahaja dalam satu masa. Misalnya ada kes telefon bimbit anda dicuri atau hilang, maka anda boleh mengunci kad SIM anda dengan meminta bantuan provider yang anda gunakan (yang penting hafal nombor tersebut) lalu meminta kad SIM baru dengan nombor yang sama sebagai penggantinya. Anda perlu mengaktifkan WhatsApp dengan kad SIM pengganti tersebut pada peranti anda yang baru dengan secepat mungkin. Jika tidak membolehkan anda boleh melawat laman web WhatsApp dan ikuti prosedur ringkas untuk mematikan akaun anda.
8. Berhati-hati berkomunikasi di WhatsApp
Walaupun WhatsApps adalah aplikasi yang sangat baik untuk melakukan sharing kepada rakan-rakan anda, namun anda tetap perlu waspada ketika melakukan perbualan, tetap menggunakan akal sehat dalam berkomunikasi di WhatsApp. Jangan pernah menghantar maklumat sensitif seperti butiran akaun bank, butiran kad kredit, maklumat pasport, password website, password e-mel atau apa-apa yang boleh merugikan diri anda.
9. Blok akaun pembuli.
Jika anda merasa terganggu dengan orang atau rakan anda yang tidak anda kehendaki untuk chat, maka anda boleh menghalang dia agar tidak boleh menghantar mesej kepada anda, tidak boleh melihat foto, last seen mahupun status anda. Caranya buka WhatsApps -> Klik Salah Satu Akaun ( yang ingin anda blok ) -> Klik icon / menu tetapan yang ada di kanan atas -> pilih More -> Block .
10. Padam Perbualan.
Jika anda tidak ingin orang lain membaca chattingan anda, maka anda boleh memadam chat anda, caranya bukaWhatsApps -> Klik Salah Satu Akaun ( yang ingin anda blok ) -> Klik icon / menu tetapan yang ada di kanan atas -> pilih More -> clear Conversation .
11. WhatsApps Web.
WhatsApp baru-baru ini melancarkan perkhidmatan web mereka. Perkhidmatan pencerminan ini boleh bekerja melalui rangkaian WI-FI di pelayar desktop anda. Jika anda lupa log out dari WhatsApp web tersebut, maka ada peluang orang lain boleh membuka dan membaca isi chatingan anda, jadi jangan lupa log out selepas menggunakan WhatsApp web, apatah lagi jika anda menggunakan dikomputer selain komputer peribadi anda, contohnya di kafe siber atau di komputer pejabat , atau ditempat-tempat umum lainnya.
Itulah beberapa tips cara mengamankan WhatsApp yang boleh jurnal web berikan kepada anda, mungkin masih banyak cara-cara lain yang belum tertulis di artikel ini, anda boleh menambah dibahagian komen jika mengetahui cara-cara lain mendapatkan chat whatsapp anda. Sampai jumpa di artikel jurnal web berikutnya
Assamualaikum sedikit renungan bersama Abg Ariff saat2 kita dikuburkan insya Allah.Rasulullah s.a.w bersabda: 'Apabila si mati dikuburkan.., datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama 'Munkar' dan yang satulagi disebut dengan nama 'Nakir', (lalu keduanya mendudukan si mati itu.
Setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:'Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)? (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud: Mereka bertanya kepadanya: 'Apa yang engkau pernah sembah? Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: 'Aku menyembah Allah! Kemudian ia ditanya lagi: 'Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)? (Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: 'Siapa Tuhanmu?' Ia menjawab: 'Tuhanku ialah Allah!' Mereka bertanya lagi: 'Apa agama mu?' Ia menjawab: 'Agamaku ialah Islam!' Mereka bertanya lagi: 'Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?' Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: 'Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!' Mereka berkata kepadanya: 'Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian'; (Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: 'Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: 'Sungguh benar hambaku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga'. 'Rasulullah s.a.w bersabda lagi: 'Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya ); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: 'Tidurlah!' Lalu ia berkata: 'Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?' Dua Malaikat itu berkata kepadanya: 'Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih2 ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu.
Jika si mati itu seoarang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: 'Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak'. Lalu dua Malaikat itu berkata: 'Memang kami tahu engkau berkata demikian'; (dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud: 'Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: 'Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka'. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: 'Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang2 rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya.'

Khamis, 3 Mac 2016
Assalamualaikum Abg Ariff hanya mampu mengajak rakan2 ke arah kebenaran islam bukan mendapatkan kemenangan didalam berhujah,Kerana tiada apa2 untung pun kalau menang dalam berhujah yg Abg Ariff cari keredaan Allah subhanallah Taala semata2 menunggu habuan di Akhirat share ilmu serta bertukar2 ilmu itu yg lebih baik,Kita semua menunggu giliran yang akan dipanggil oleh Allah bila2 masa sahaja entah sekejap lagi atau besok atau lusa atau 20tahun lagi yang pasti kita semua pasti akan kesana apakah Allah taala dah ampun dosa2 kita, sudah kita bersedia, sudah kah kita bertaubat, sudah kah kita berhenti berbuat dosa,Sudah kah kita bersedia wahai sahabat yg Abg Ariff sayangi,Marilah sama2 kita tingkatkan keiman kita dengan menjauhi perkara2 yang dilarang oleh Allah Fitnah dan sebangainya, sama2 kita cari jalan bekal kita keakhirat kelak,Kita semua akan disoal oleh Allah Apakah perbuatan kita semasa kita hidup didunia,Subhanallah macamanakah kita jikalau kita berhadapan di hari pembalasan dihadapan Allah diakhirat kelak sahabat.
Dari Ibnu ‘Abbâs R.a dari Nabi S.a.w tentang hadis yang beliau riwayatkan dari Rabb-nya Azza wa Jalla . Nabi S.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah menulis kebaikan2 dan kesalahan2 kemudian menjelaskannya. Barangsiapa berniat melakukan kebaikan namun dia tidak (jadi) melakukannya, Allah tetap menuliskanya sebagai satu kebaikan sempurna di sisinya. Jika ia berniat berbuat kebaikan kemudian mengerjakannya, maka Allah menulisnya di sisinya sebagai sepuluh kebaikan hingga tujuh ratus kali ganda sampai berganda2 banyaknya. Barangsiapa berniat berbuat buruk namun dia tidak jadi melakukannya, maka Allah menulisnya di sisinya sebagai satu kebaikan yang sempurna. Dan barangsiapa berniat berbuat kesalahan kemudian mengerjakannya, maka Allah menuliskannya sebagai satu kesalahan.[ al-Bukhâri dan Muslim]

Assalamualaikum sedikit renungan bersama Abg Ariff serta semua sahabat2 yang dirahmati Allah subhanallah taala.
Dari Jabir r.a bahawa Nabi SAW bersabda Sesiapa yang mati pada masa ia taatkan Allah, beramal soleh, maka ia dibangkitkan oleh Allah hidup kembali dalam keadaan yang menyukakan; dan sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah, berbuat jahat, maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakan.
Sudah seharusnya setiap Muslim hendaklah berusaha memanfaatkan usianya dengan melakukan perkara2 yang tidak bertentangan dengan kehendak agama serta menjauhi perkara maksiat dan dosa kerana ajal merupakan sesuatu yang tidak pasti bilakah saatnya ia mendatangai seseorang dan ajal juga tidak mengira batas usia seseorang, muda ataupun tua. Setiap manusia akan menghadapinya. Di saat itulah segala perkara akan berakhir dan setiap amalan akan dinilai. Bahkan keadaan seseorang semasa saat kematiannya memberi gambaran tentang kedudukannya di akhirat kelak sama ada baik atau pun buruk. Oleh itu supaya kita tidak mati melainkan dalam keadaan beriman hendaklah kita sentiasa mengawasi setiap tindakan yang dilakukan agar ia tidak menyimpang daripada hukum Allah SWT.

Langgan:
Ulasan (Atom)