Assalamualaikum sedikit renungan bersama Abg Ariff serta semua sahabat2 yang dirahmati Allah insya Allah.
Drpd Zaid bin Arqam RA bahawa ia telah melihat sekumpulan orang ramai melakukan sembahyang sunat Dhuha. Lalu ia berkata : Apakah mereka ini tidak mengetahui bahawa sembahyang Dhuha diwaktu lain adalah lebih utama, sesungguhnya Rasulullah SAW ada bersabda, sembahyang orang2 yang bertaubat itu ialah ketika anak2 unta yang tidur berasa panas dengan cahaya matahari (panas terik yang bersangatan). Riwayat: Muslim
Umat Islam perlu bersungguh2 melakukan ketaatan terhadap perintah2 Allah.
Amal ibadat yang dilaksanakan dengan kesungguhan dan keikhlasan akan membentuk jati diri muslim yang sejati.
Sembahyang sunat Dhuha boleh dilakukan ketika naiknya matahari sehinggalah condongnya, tetapi afdhal sekiranya dilakukan ketika matahari betul2 naik dan bersangatan panas.
Hikmah disunatkan sembahyang Dhuha ketika matahari bersangatan panas, ialah untuk mengelakkan waktu yang diharamkan sembahyang, seperti terbitnya matahari.